Jom kongsi pendapat anda.
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

11 June 2008

Mohd Shubhi  /  11.6.08  /  ,   /  8 comments
Belajar memanah adalah satu sunah. Kalau di zaman Rasullah dulu memanah merupakan satu senjata penting yang digunakan dalam pertempuran, zaman sekarang pistol, senapang atau senjata api telah mengambil alih peranan memanah untuk tujuan yang sama.

Tidak dapat di nafikan memanah tetap relevan masa sekarang ini. Ianya bergantung kepada di mana kita mahu mengaplikasikannya. Saya mengambil sikap menterjemahkan maksud belajar memanah itu sebagai belajar menembak untuk zaman kita ini.


Dengan niat untuk mangamalkan sunah tersebut saya terpanggil untuk pergi ke Persatuan Menembak Selangor. Pusat menembak ini terletak di Subang, berdekatan dengan Subang Airport. Saya mendapat maklumat berkenaan pusat menembak ini dari seorang kawan Duan, yang telahpun berdaftar sebagai ahli di kelab tersebut. Kebetulan hari ini Duan mengajak saya berkunjung ke situ, sayapun terus bersetuju.

Kami sampai di Kelab tersebut lebih kurang pukul 3.30 petang. Sampai saja di situ kami terus ke kaunter utama kelab. Kami dilayan oleh seorang wanita India yang peramah. Dia memberikan borang pendaftaran sebagai ahli sambil memberikan penerangan.

Selesai di situ saya meninjau sekitar pejabat utama kelab tersebut. Di satu sudut saya melihat senarai exco kelab yang saya dapati lebih 80% terdiri daripada ahlinya berbangsa Cina. Saya kurang pasti samada ahli biasa juga dimonopoli oleh kaum Cina. Tapi logiknya jika majoriti Exco nya berbangsa Cina tentulah ahlinya juga ramai berbangsa Cina.

Nampak di situ kurang orang Islam mengamalkan sunah belajar memanah (kalau boleh kita ertikan menembak sama dengan memanah). Kami kemudiannya pergi ke kaunter pengambilan senjata dan peluru. Duan mahu berlatih menembak.

Saya juga teringin untuk merasa bagaimana menembak dengan pistol. Kami mengambil sepucuk pistol, 50 butir peluru hidup dan 6 keping kertas sasaran lalu terus ke lapangan menembak yang terletak agak jauh dari pejabat utama.

Sambil berjalan saya melihat di satu lapangan terdapat 4 atau 5 orang ahli sedang berlatih menembak dengan mengunakan senapang (Shotgun - Skeet & Trap). Kuat bunyi dentuman tembakan.

Sampai di lapangan menembak pistol kelihatan 3 kumpulan penembak sedang berlatih di situ. Ada 3 pemuda melayu dan 4 pemuda cina di situ. Saya nampak 3 pemuda melayu yang ada itu ada ciri-ciri anggota keselamatan. Tambahan pula saya melihat tembakan mereka semuanya tepat-tepat belaka.

Sambil duduk saya perhatikan aktiviti menembak yang di lakukan oleh para penembak. Duan sibuk menyediakan pistol dan peluru kemudian memasang sasaran untuk di tembak. Bunyi dentuman menggoncang otak dan kepala saya, kalau selalu di situ tampa alat penutup telinga tentu akan jadi pekak.

Kesan di hujung lapang sasar nampaknya berlekuk dalam akibat dari terjahan peluru. Saya bayangkan jika kita berada di situ tentu hancur badan terkena peluru yang begitu kuat itu. Di situ juga saya dapat rasakan tahap bahaya senjata api yang digunakan.

Disiplin keselamatan perlu tinggi jika mahu selamat. Tiada erti melawak di situ, kita harus sentiasa serius dan tegas, silap bermakna parah. Kesempatan hari ini saya belajar menembak sebanyak 12 peluru hidup. Nampak senang tapi taklah berapa senang untuk membida sasaran.

Namun itu sebagai permulaan. Insyallah saya akan datang lagi sehingga cekap menembak. Moga ianya mendapat ganjaran di sisi Allah.

8 comments:

  1. Salamz.. ajarkan anak2mu 3 perkara... memanah, menunggang kuda serta berenang... pada zahir hadis tersebut amatlah senang pada pandangan mata dan.. setiap sesuatu itu.. adalah kembali pada tujuan penciptaan anak2 itu sendiri.. kerna Nabi juga pernah bersabda... Anak2 itu lahir puteh bersih.. ibu bapalah yg akan mencorakkan sesuatu utk anak tersebut untuk menjadikannya majusi atau nasrani... apakah kaitan2 hadis2 tersebut dgn memanah, menunggang kuda dan berenang tersebut? kerna ia adalah dari sumber yg sama.. apakah dunia dan dunia sebenar itu dapat d satukan? kerna imam ali a.s pernah berkata.. telah aku ceraikan dunia ini dgn talak 3 tiada bersatu kembali.. apakah kata2 dari pintunya gerbang rasul ini... sengaja d ucapkan.. atau.. kita boleh memilih?
    Terima kaseh kerna pemikiran2 yg bernaz saudara dan jika anda mampu utk fokuskan pada suatu.. arah (memanah @ menembak) ini.. pasti akan bertemu apa yg anda mimpikan...

    Barang Siapa yang keliru dalam sasaran yang d tuju, maka segala daya upayanya menjadi sia-sia - Mohamad Jawad Bin Ali

    ReplyDelete
  2. Ya !, bukan mudah untuk fokus secara konsisten, kita biasa hanyut tiba-tiba tanpa disedari. Hanya latihan dan kesungguhan serta Doa agar Allah menjadi satu-satunya matlamat kita...wallahu'alam

    ReplyDelete
  3. Saya tertarik dengan tulisan ini..

    Sila lihat komen saya dalam...
    ibnuhasyim.com

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. askum...sy nak tanye. klo nak daftar utk menjadi ahli berape fee yang di kenakan??? lg 1 pada sapa kita nak berhubung???

    email ; warisan_sri_delima@yahoo.com

    fon ; 03-78464691

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikom,

    Brapa ringgit utk blajaq menembak? Ada kos2 lain? Peluru, pistol?

    Tima Kaseh,
    Shah

    ReplyDelete
  6. Sy pun nak tahu. Kos daftar ahli,kos nak belajar menembak dan sebagainya. Tq. munirah_captlokman@yahoo.com.my

    ReplyDelete

Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search