Jom kongsi pendapat anda !

01 August 2008

Petua untuk berjaya

Semenjak saya membuat keputusan untuk menyara hidup saya dengan berniaga 6 tahun yang lalu, saya tidak jemu-jemu mencari petua untuk berjaya. Saya sentiasa mencari peluang mengenali mereka yang saya lihat telah berjaya dan merapatkan diri saya dengan mereka. Saya juga merapatkan diri dengan mereka yang telah berjaya kemudian jatuh dalam perniagaan. Banyak duit saya dihabiskan dengan membeli buku-buku yang menceritakan tentang perniagaan atau keusahawanan, juga buku pengurusan, motivasi, case study, biography dan lain-lain lagi.
Semua itu saya lakukan semata-mata untuk mencari formula bagaimana mahu berjaya. Hasil dari pengamatan saya selama 6 tahun tersebut saya makin yakin bahawa tiada satupun kriteria yang sama dikongsi oleh mereka yang berjaya. Saya berjumpa dengan berbagai perangai orang berbeza-beza, ada yang tak sabar, ada yang lembab, ada yang rakus tergopoh gapah, ada yang dari keturunan orang susah, ada dari keturunan keluarga kuat agama, ada dari keluarga kurang agama, ada yang berakhlak mulia, ada yang gila-gila bahasa ada yang bijak dalam pelajaran, ada juga yang gagal dalam pelajaran dan bermacam-macam lagi. Namun semua itu tak menghalang mereka untuk menempa kejayaan. Begitu juga semua itu tidak menjamin untuk menempa kegagalan. Jadi apa perlu sebenarnya untuk berjaya ?.
Dalam berbagai ragam perangai manusia yang berjaya tersebut saya amati ada satu perkara yang boleh dikatakan semua mereka mempunya persamaan. Perkara tersebutlah yang dipegang oleh semua orang yang berjaya dan juga oleh orang yang bakal berjaya jika diamalkan. Saya dapati semua mereka yang berjaya adalah mereka yang apabila sesuatu yang tak baik berlaku pada dirinya atau aktivitinya, atau kehidupannya, orang yang mula-mula sekali dipersalahkan adalah dirinya sendiri.
Itulah tabiat yang dikongsi oleh hampir semua mereka yang berjaya. Samada dalam pelajaran, karier pekerjaan, politik, perniagaan atau apa-apa saja.
Bertentangan pula dengan mereka yang gagal, tak ada kemajuan, mereka ini apabila berlaku sesuatu yang tak kena, yang mula sekali dipersalahkan adalah orang lain. Diri sendiri adalah yang terakhir sekali dilihat dan biasanya amat jarang sekali diri sendiri dipersalahkan.
Perkara ini saya sering jadikan pedoman dalam mengenal pasti potensi orang yang saya temui. Dengan berbual kisah hidup dan pengalaman seseorang itu saya dapat mengenal pasti potensinya.
Walaubagaimana pun cukup susah untuk mencari manusia yang berperangai sebigini, tidak hairanlah jika tak ramai orang yang berjaya. Saya sering tekankan pada semua staf saya agar mengamalkan tabiat menyalah kan diri sendiri apabila sesuatu tak kena berlaku. Walaupun berkali-kali dipesan, nampaknya macam orang tak faham, masih juga bersikap menyalah kan orang lain.
Mungkin saya harus bersabar dan teruskan memesan sehingga mereka mendapat hidayah untuk menyelami maksud saya dan seterusnya mula menempa kejayaan.
Cuba-cubalah fikirkan kebenaran petua saya ini...

1 comment:

  1. Ada sesuatu yang saya pelajari selama 10 tahun dalam keusahawanan. Ia nya tidak boleh diajar tetapi boleh dipelajari!. Pelik bunyinya tetapi hakikatnya seorang usahawan adalah self starter dan self motivated. Orang yang tiada karakter ini lebih baik bagi mereka makan gaji...

    ReplyDelete

Contact Form

Name

Email *

Message *

Follow by Email