Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

28 October 2008

Mohd Shubhi  /  28.10.08  /    /  No comments

Ada sekali saya memberikan pada Sheikh Khaled kaset Al-Arqam pada zaman mula-mula mereka dahulu. Sebuah nasyid yang di nyanyikan oleh Asri mengenai Rasullah.

Saya memberikan pada Sheikh Khaled dengan rasa bangga bahawa kami rakyat Malaysia juga mampu menghasilkan lagu-lagu nasyid yang digemari ramai (pada ketika itu nasyid Al-Arqam mendapat sambutan yang amat hebat sekali di Malaysia).

Ramai yang terpesona dengan nasyid tersebut, apatah lagi ianya cuma di iringi dengan paluan kompang sahaja. Sheikh Khaled juga memuji persembahan nasyid yang di ketuai oleh Asri.

Ketika Sheikh Abdullah datang ke Perancis, Sheikh Khaled memperdengarkan nasyid nyanyian Asri tersebut kepada Sheikh Abdullah. Ketika mendengar nasyid itu setiap kali nama Rasullah disebut, Sheikh Abdullah akan menjawab salamnya (Sollaallahu alaihi wa sallam).

Kebetulan pada hujung nasyid itu Selawat dan salam diulang-ulang banyak kali ke atas junjungan mulia nabi Muhammad Solla Allahu Alaihi Wa Sallam. Dan setiap kali disebut selawat setiap kali itu jugalah Sheikh Abdullah menjawab salamnya. Hingga satu peringkat Sheikh Abdullah menjawab salam tak henti-henti.

Melihat keadaan begitu Sheikh Khaled menghentikan kaset tersebut kerana kesian melihat Sheikh Abdullah tercungap-cungap menjawab salam kepada Rasulullah.

Begitulah Sheikh Abdullah, dia amat gembira sekali apabila nama rasulullah di sebut. Dia amat berhati-hati membacakan hadith. Dijaganya segala adab, dan disebutnya dengan cermat setiap perkataan satu demi satu.

Begitulah sebagaimana yang pernah diceritakan oleh Sheikh Khaled pada saya.

0 comments:

Post a Comment

Back to Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search