Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

28 October 2008

Mohd Shubhi  /  28.10.08  /    /  No comments
Selama saya mempelajari ilmu agama daripada murid Sheikh Abdullah, satu perkara yang saya amat tertarik ialah akhlak mereka dalam pertuturan. Mereka amat berhati-hati dalam menyusun kata sepanjang menyampaikan kuliah ilmu.

Segala perkataan yang disusun di pastikan terlebih dahulu tiada percanggahan dalam syariat. Terutamanya dalam menterjemahkan bahasa Arab ke dalam bahasa lain. Ini dilakukan semata-mata agar tidak berlaku salah paham sehingga membawa kesilapan penafsiran.

Perkara yang paling diambil perhatian sekali ialah apabila bercakap tentang Sifat-sifat Allah. Segala perkataan di beri perhatian agar tidak menimbulkan salah paham tentang Allah. Pernah diberitahu kepada saya salah seorang murid Sheikh Abdullah sentiasa merakamkan semua kuliahnya dan mendengarkannya semula, takut kalau ada kesilapan dalam tutur katanya.

Begitu juga dalam menuturkan hadith atau menterjemahkannya atau menafsirkannya, segala perkataan di beri perhatian agar tiada kesilapan berlaku.

Dalam menjawab soalan agama atau menentukan hukum sesuatu perkara. Sheikh Abdullah dan muridnya amat berhati-hati. Mereka lebih dahulu merujuk kepada fatwa yang pernah dikeluarkan oleh ulamak terdahulu daripada mengeluarkan pendapat mereka sendiri. Jika mereka tidak pernah mendengarnya jawapan nya mereka akan berkata tidak tahu dan akan merujuk kepada mereka yang lebih tahu sebelum memberikan jawapannya.

Hasil dari kebiasaan sikap yang ditunjukkan sepanjang saya bersama mereka, saya juga terikut-ikut dengan sikap berhati-hati dalam menuturkan kata-kata.

Namun saya perhatikan sikap orang kita di Malaysia amat berbeza sekali. Para pendakwah amat ringan sekali meriwayatkan segala cerita yang entah dari mana sumbernya dan sering kalinya bertentangan dengan syariat.

Terdapat dari kalangan para pendakwah juga sering sekali mereka-reka cerita dalam menyedapkan ceramah mereka. Terjemahan ayat Al_Quran atau Hadith juga dilakukan sewenangnya sihingga kadangkala tersasar dari makna sebenar.

Nasihat yang saya masih ingat daripada Sheikh Abdullah yang saya pegang hingga sekarang: " Adalah bukan sesuatu yang memalukan apabila kita berkata tak tahu apabila di tanya hukum pada sesuatu yang kita tidak tahu "

0 comments:

Post a Comment

Back to Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search