Jom kongsi pendapat anda.
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

26 December 2008

Mohd Shubhi  /  26.12.08  /  1 comment


Anai-anai sentiasa bergerak secara rawak mencari makanan. Pergerakan mereka secara radial, pecahan demi pecahan membolehkan mereka menemui makanan dengan cepat.

Rekahan lantai, dinding, saluran paip dan lain-lain struktur rumah yang senipis sehelai kertas mampu di bolos oleh anai-anai. Mereka amat gemar menelusuri kawasan yang lembab dan sejuk.

Jika salah seekor dari mereka menemui bahan makanan yang berupa kayu atau bahan yang berasaskan kayu, dia akan memberi isyarat kepada yang lain memberitahu yang makanan telah ditemui.

Anai-anai akan mengambil cellulose kayu tersebut dan membawanya ke sarang untuk di kongsi bersama dengan seluruh rakan yang lain. Mereka merupakan makhluk yang amat kuat ikatan kerjasama dan tidak pentingkan diri sendiri.

Kayu diambil sedikit demi sedikit tanpa merosakkan lingkaran luar kayu tersebut agar cahaya tidak tembus. Sebab itu apabila kita mengesan kehadiran anai-anai pada kayu biasanya telah terlambat, kayu itu telah kosong dan tidak boleh digunakan lagi.

Banyaklah kerosakan harta berlaku akibat dari aktiviti anai-anai selama ini. Hingga ada peristiwa kematian akibat dari keruntuhan struktur yang telah rosak akibat dimakan anai-anai.

Teknologi Terkini Dalam Kawalan Anai-Anai

Biasanya rawatan anai-anai di lakukan dengan menebuk lubang pada lantai rumah berhampiran dinding dan bergelen-gelen racun dipam kedalam lubang tersebut untuk membentuk satu lapisah racun di bawah rumah menghalang anai-anai.

Teknik ini kurang digemari oleh sebahagian orang kerana mencacatkan rupa lantai, dan menggunakan banyak bahan racun.

Namun dengan kecanggihan pengetahuan manusia dalam sains kawalan serangga, teknik umpan telah direka yang boleh menyelesaikan serangan anai-anai dengan penggunaan hanya sedikit bahan pembantut biologi untuk melenyapkan seluruh koloni anai-anai yang bersarang di bawah bangunan yang kita diami.

Teknologi tersebut dikenali sebagai:

“Xterm, Revolutionary Termite Baiting Technology”

Ia bertindak dengan pantas untuk menghapuskan masalah anai-anai tanpa mengorek lubang pada rumah anda dan tiada suntikan bergelen bahan kimia.

Hentikan kemusnahan hartabenda anda segera:

Hubungi 016-206 2573 untuk pemeriksaan percuma.

1 comment:

Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search