Jom kongsi pendapat anda.
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

30 December 2008

Mohd Shubhi  /  30.12.08  /  No comments

Melihatkan fenomena penghinaan serta penindasan terhadap umat Islam yang terjadi semenjak dua menjak ini saya tertanya-tanya ke mana arah umat Islam. Kenapa kita terlalu lemah sedangkan kita tidak kurang dalam melahirkan cendekiawan cerdik pandai, pemikir, professor, Dr PHD, ilmuan, pejuang, pedagang, hartawan, seniman, budiman, dan lain-lain lagi.

Mungkin kerana ada yang terlalu melihat yang kerja dakwah Islam itu ialah bagaimana mahu menarik agar orang bukan Islam menghampiri kita. Kita terlalu ingin menunjukkan betapa baiknya kita umat Islam dalam pergaulan hatta mengorbankan prinsip sekalipun.

Hingga ada yang sanggup sama-sama pergi meraikan perayaan agama lain, hingga ada yang mahu supaya assalamualaikum juga diucapkan pada orang bukan Islam, kita mahu ucapkan salam sejahtera dan pohon keselamatan pada yang orang yang kita yakin memilih jalan yang memang pasti tak selamat.

Saya lihat ada juga yang berkecenderungan untuk mengintegrasi semua agama semata untuk menunjukkan yang umat Islam amat bertolak ansur. Ada yang cenderung untuk berhujah dengan system pentadbiran, berhujah tentang syariat sedangkan dakwah yang utama ialah mengajak manusia memperhambakan diri hanya pada Allah yang Esa. Kalau yang memberi hukum tak diiktiraf mana mungkin hukumnya diikuti.

Adakah kalau kita keras dengan prinsip asas membuatkan kita dijauhi…? Adakah jika kita dijauhi kita tak boleh menghampiri…?.

Kekadang saya cemburu dengan para pejuang berani mati. Kalaulah ramai antara kita yang berprinsip tegas dengan musuh dan lembut dengan saudara seagama, kalaulah kita kuat tegas pegangan akidah, kalaulah kita bersatu hati membantu yang lemah, tentu kita kuat, tentu tak ramai pejuang berani mati yang kita korbankan.

Kita tegas bukan dengan menindas, kita tegas untuk memimpin jalan selamat, kita tegas untuk menunaikan hak masing-masing, kita tegas untuk berlaku adil pada sesama manusia, pada binatang, pada tumbuhan, pada alam. Kita tegas untuk mengembalikan hak pada yang lemah, pada yang susah. Kita tegas untuk menjinakkan yang kuat tapi salah guna kuasa, yang kaya raya tapi kedekut, yang pandai tapi mengecoh, yang berktrampilan tapi rakus, yang berjawatan tapi korup, yang berpangkat tapi zalim.

Sempena tahun baru hijrah marilah kita berusaha mendekatkan diri kita pada Allah, memperhambakan diri kita hanya pada Allah, bukan pada manusia, bukan pada wang ringgit, bukan pada pangkat, bukan pada jawatan, bukan pada perempuan, bukan pada kesenangan, bukan pada keselesaan, bukan pada kenikmatan, bukan pada majikan, bukan pada hiburan, bukan pada glamour, bukan pada pujian, bukan, bukan bukan…memang amat susah untuk mencapainya. Namun jangan kita putus harap dengan Rahmat Allah.

0 comments:

Post a Comment

Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search