Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

06 May 2008

Mohd Shubhi  /  6.5.08  /  No comments
Sebagai muslim saya wajib menunaikan hak-hak orang lain yang telah diamanahkan kepada saya di samping menunaikan hak-hak Allah yang tergalas di bahu saya. Saya harus melunaskan segala ibadah wajib khusus seperti solat dan puasa, ibadah yang lain seperti zikir, membaca Quran begitu juga sentiasa mempertingkatkan usaha dalam mendekatkan diri saya kepada Allah dengan sentiasa membersihkan hati.

Saya tidak boleh hanya mementingkan diri sendiri dalam usaha menyuci hati dan mendekat diri kepada Allah kerana ditakdirkan saya mempunyai tugas-tugas lain yang harus dipenuhi seperti melaksanakan tugas sebagai seorang suami, seorang ayah seorang anak, ahli masyarakat, seorang majikan, seorang kawan, seorang adik, seorang abang, seorang rakan, dan lain-lain lagi. Masing-masing memerlukan penumpuan yang berkadar dengan sejauh mana hubungan dan tanggung jawab saya kepada pihak lain yang tersebut.

Diantara yang paling besar tugas saya buat masa ini adalah tugas saya dalam mendidik anak-anak dan isteri. Maka saya pastikan setiap hari ada masa yang di peruntukkan untuk mereka. Apabila pulang saja dari kerja saya pastikan saya melemparkan senyuman pada isteri saya seterusnya melayan kerenah semua anak-anak saya yang masih kecil. Tugas melayan dan mendidik anak-anak ini masyaallah ! sangatlah mencabar. Untuk memahami mereka saya mesti membuang segala anggapan yang terbentuk di dalam diri saya sebagai seorang dewasa. Pilihan saya dalam membuat rumusan mestilah amat luas sesuai dengan segala kemungkinan pilihan yang amat banyak sebagai seorang kanak-kanak. Ini bukan lah satu tugas yang mudah. Bayangkan sikap kanak-kanak yang mahu bercakap serentak, dan semuanya mahu mereka dilayan dalam masa yang sama. Menunggu giliran masing-masing bukanlah sesuatu yang difahami oleh mereka. Keupayaan saya yang terbatas tidak dapat mendengar 3 percakapan serentak tidak dapat diterima oleh mereka.
Dalam melalui semua proses itu saya harus bersabar untuk menjadi mereka (berfikir seperti mereka) dalam proses membentuk mereka menjadi saya (dewasa). Kanak-kanak tidak pernah tewas tapi sepanjang masa saya yang tewas dahulu, tak sabar, tak dapat mengawal emosi, otak letih bekerja menyesuaikan cara berfikir...dan akhirnya saya akan merajuk. Lemahnya saya...! tak apalah...cuba dan cuba lagi jangan putus asa. Moga-moga semua itu termasuk dalam amal kebajikan saya untuk bekalan di hari kemudian. Amin...

05 May 2008

Mohd Shubhi  /  5.5.08  /  No comments
Sekarang heboh dibicarakan orang betapa melayu perlu membuat sesuatu bagi memertabatkan semula ketuanan bangsa melayu di bumi bertuah tanah melayu, Malaysia ini. Sana-sini mula mendesak agar bahasa melayu di letakkan semula pada tempatnya sebagai bahasa utama di bumi Malaysia, bangsa Melayu harus melakukan sesuatu bagi mengekalkan ketuanannya di bumi Malaysia, kedaulatan raja-raja melayu harus dikembalikan semula dan berbagai-bagai lagi.
Secara peribadinya saya sendiri pening apa yang mahu diperjuangkan oleh kononnya pejuang bangsa ini. Adakah kita mahu kekal berkuasa di bumi Malaysia...?, adakah kita mahu identiti bangsa melayu yang di kekalkan atau adakah kita mahu bangsa melayu yang maju kehadapan bersaing dalam dunia globalisasi dan seterusnya menjadi bangsa yang dihormati dan digeruni atau ringkasnya satu kuasa besar dunia. Apa agenda kita...? apa matlamat kita...?
Kalau kita mempunyai satu matlamat yang terang dan pasti maka senanglah kita merangka perancangan dan polisinya bagi mencapai arah tuju kita.
Ada 2 permasalahan di sini:
1. Bangsa Melayu
2. Negara Malaysia
Mana satu yang kita mahu perjuangkan...? kemana mahu di bawa...? celaru...!
Nak mudah kita kena tambah satu lagi isu pokok, iaitu
3. Islam
Mari kita susun...Kita mahu Islam tegak di muka bumi, diterima sebagai satu cara hidup dan segala peraturannya diiktiraf sebagai yang terbaik oleh semua bangsa dan agama. Kita mulakan dengan menjadikan Malaysia sebagai contoh dan tapak permulaan. Kita bangsa melayu menjadi pelopor kepada agenda Islam ini. Kita buktikan dengan Islam identiti bangsa melayu kita kekal tak hilang. Kita sebarkan pada orang cina malaysia identiti mereka juga tak akan hilang jika mereka menerima Islam. Begitu juga bangsa lainnya. Orang Islam sama bersaudara, bangsa hanya sebagai identiti untuk kita saling kenal mengenali.

03 May 2008

Mohd Shubhi  /  3.5.08  /  1 comment
"Kamu ikut Shafie, bukan ikut Rasulullah..." kata kawan saya. Saya kata tidak saya taat pada Rasulullah.

"Kami mengambil Islam terus dari rumah Rasulullah", katanya lagi, "sedangkan kamu ambil Islam dari Shafie".

Saya tak peduli apa katanya, saya tegaskan sekali lagi, "saya taat pada Rasulullah". Dia gelengkan kepala.

"Kamu kiam tangan masa sembahyang itu sesat, menambah-nambah dalam ibadat" katanya.

"Kamu pandai-pandai sebut amin selepas fatihah, batal solat kamu tambah perkataan dalam solat, tak pernah dilakukan oleh Rasul Allah" tambahnya lagi.

Saya kata, "nak lepas tangan pun takpa, nak kiam tangan pun tak apa, Nak sambut amin pun takpa taknak kata amin pun tak pa, keduanya ada dalilnya".

Sekali lagi dia marah, "itulah kamu ikut Shafie tak ikut Rasul Allah".

"Ada dalam sahih Bukhari dan Muslim", kata saya lagi.

"Sahih Bukhari dan Muslim tak Sahih, hanya hadis yang diriwayatkan oleh keturunan Rasul Allah saja yang sahih", katanya.

"Kamu sebenarnya tak cintakan Rasul Allah, kamu tak ikut dan tak mengenali Rasul Allah kerana kamu tak kenal Rasul Allah 100%", ulangnya lagi.

Saya kata, "saya cintakan Rasul Allah dan orang-orang soleh samada dia keturunan Rasul Allah atau tidak, tak perlu saya mengenali 100% untuk menyatakan cinta saya pada Rasul Allah cukup sekadar yang diperlukan untuk mengenalinya".

"Tidak ! kamu dusta, bagaimana kamu kata kenal kalau tidak 100% !" dia tinggikan suaranya.

Saya kata "kamu sendiri tak pernah jumpa Rasul Allah, malah Ayatullah Khomeini pun tak pernah tengok wajah Rasul Allah, macammana suara Rasul Allah ?"

kata saya lagi, "kamu tak pernah dengarnya...bagai mana kamu kata kamu kenal Rasul Allah ?". Saya menghimpit...dia amat marah.

"Kamu ikut dan sanjung orang-orang zalim, orang-orang fasik" katanya pada saya.

Saya terkejut dan bertanya "apa pulak ni...?"

Dia sambung, "Abu Bakar sembah berhala sebelum Islam, Umar bunuh anak sebelum Islam mana boleh ikut orang-orang yang sesat sebegitu".

Sambungnya lagi, "Saidina Ali Islam suci sejak mula, sejak kecil lagi, itu saja yang patut diikut".

Saya naik marah namun saya tak jawab penghinaan terhadap Saidina Abu Bakar dan Saidina Omar itu. Tak tergamak saya mendengarnya. Kawan saya memandang hina Saidina Abu Bakar dan dan Saidina Umar. Saya memandang tinggi kedua-dua sahabat itu termasuk Saidina Ali, itu pegangan saya, bisik saya dalam hati.

"Osman meninggal, meninggalkan harta yang banyak, unta yang banyak, tak betul Osman itu kerana Rasul Allah tak macam itu", dia meneruskan penghinaan pada seorang lagi sahabat besar.

Saya kata "apa salahnya kaya..?.

"Tak boleh ikut orang macam itu bersalahan dari perbuatan Rasul Allah", jawabnya.

Saya mula sedar ini satu perbincangan yang kasar dan tidak jujur. Saya mahu tinggalkannya.Dia tuduh saya beragama tak guna akal, saya nafikannya. Namun saya terima saya masih terlalu lemah, banyak yang perlu diperbaiki... saya cahut cabaran itu...

Saya tertanya-tanya bagaimana dia berfikir...apa sebabnya dia terus memeluk erat fahaman itu dalam masa yang pendek. Tentu hebat program dakwah Syiah ...!

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search