Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

07 November 2008

Mohd Shubhi  /  7.11.08  /    /  2 comments
Ini gambar berkumpulan kurus yang diadakan pada 19 Oktober 2008 yang lepas. Kursus ini adalah kursus yang paling besar dan ramai pernah diadakan oleh saya iaitu sebanyak kira-kira 30 orang. Alhamdulillah kursus berjalan lancar dengan banyak pernyertaan dan respon dari peserta yang agak aktif dalam kursus ini.

Ramai di antara mereka ini yang telah mengesahkan diri untuk menyertai rombongan memborong ke China pada 21 Disember 2008.

Moga segala usaha kita diberkati Tuhan untuk sama-sama membangunkan ekonomi kita.
Mohd Shubhi  /  7.11.08  /  3 comments


Pada suatu petang saya menerima panggilan telefon dari seorang kawan, Norizan namanya. Dia mahu berjumpa dengan saya sebentar, "ada hal penting", katanya.

Saya meminta dia menunggu saya di sebuah kedai minum di Subang. Sesampainya saya di kedai tersebut, saya melihat dia bersama seorang lagi kenalan yang saya kenali. Seorang wanita yang beragama kristian. Memang saya tahu yang Norizan agak rapat dengan Magdalena atau Mag seperti yang selalu kawannya panggil.

Setelah duduk dan pesan minuman, Norizan memulakan ceritanya. Dia sebenarnya mahu tahu bagaimana mahu ke Perkim untuk masuk Islam. "Mag nak masuk Islam" katanya. Dah lama dia menyatakan hasratnya untuk masuk Islam tapi tak tahu macam mana nak buat.

Sebelum ini Norizan pernah membawa Mag ke sebuah Masjid untuk bertanyakan hal itu, namun pihak masjid menyuruh mereka pergi menemui seorang makcik berhampiran yang merupakan seorang guru mengaji quran.

Mereka pergi pula menemui Makcik tersebut namun Makcik itu kata dia tak tahu nak uruskan hal begitu,"ini kena pergi Perkim, saya tahu ajar mengaji saja", tambahnya lagi.

Norizan teringatkan saya dan mengajak Mag berjumpa dengan saya. Saya rasa marah dan kesal dengan kejahilan orang-orang yang disebutkan tadi. Mengapalah mereka begitu jahil dan menyusahkan hal yang amat mudah seperti.

Saya terus menyuruh Mag menyatakan keislamannya di depan saya dan Norizan. Pada mulanya mereka agak ragu-ragu, tapi setalah saya terangkan bahawa untuk masuk Islam tu mudah saja, bukan seperti mahu jadi ahli persatuan, mereka baru mula faham.

"Tapi makcik hari tu cakap kena mandi dulu" tanya Norizan pada saya. "Tak payah, ucapkan syahadah dahulu dengan segera, saya tak sanggup menanggung dosa menangguhkan perkara besar ini" saya jawab.

Masuk Islam cuma perlu mengucapkan dua kalimah syahadah dengan berniat untuk masuk Islam, dan memahami apa yang di ucapkan itu. Tak perlu isi borang atau jumpa orang tertentu.

Hal seperti pendaftaran ke Perkim atau jabatan agama Islam itu hanya hal administrasi sahaja. Yang pentingnya kita hendaklah menyegerakan kiislaman apabila mendapat hidayah.

Sesiapa yang sengaja menangguhkan seseorang masuk Islam adalah seolah-olah dia redho dengan kekufuran, dan redho dengan kekufuran hukumnya adalah kafir.

Mag mengucapkan dua kalimah syahadah dengan fasih, namun saya dapat melihat pada riak wajahnya yang dia amat gementar, matanya nampak berair. Selesai sahaja ucapannya saya memanjatkan doa ke hadrat Allah dan bersyukur dengan peristiwa tersebut.

Saya tekankan pada Mag yang mulai saat itu sahlah dia sebagai seorang Islam. Perkara pokok yang amat penting baginya sekarang ialah menuntut ilmu pengetahuan untuk mengamalkan Islam. Saya meminta Mag sekembalinya kerumah nanti untuk terus mandi hadas besar dan tunaikan solat fardu.

Mag kata yang dia tinggal dengan kakaknya, dan kakaknya sudah lama Islam. Saya suruh dia minta kakaknya mengajar dia solat. Buat setakat yang mampu dahulu sambil mendalaminya.

Cuba bayangkan jika kita tangguh keislaman Mag dan tiba-tiba berlaku kematian ke atas Mag, alangkan ruginya Mag dengan kematian itu.

Saya memberi penerangan serba ringkas pada Mag siapa itu Tuhan dan siap itu Rasullah. Sebelum pulang saya mengadiahkan pada Mag sejumlah wang untuk dia gunakan terutamanya bagi membeli telekong dan keperluan lain.

Saya bersyukur kerana berjaya mengislamkan Mag. Saya harap semua saudara Islam yang lain agar segerakan mereka yang mahu masuk Islam. Jangan ditangguhkan walaupun sesaat.

06 November 2008

Mohd Shubhi  /  6.11.08  /    /  No comments
Gambar penulis (2 dari kiri) bersama rakan-rakan di Canton Fair 


Di belakang gambar ini dapat di lihat salah satu daripada 3 bahagian dewan yang menetapkan pameran terbesar di dunia ini.

Ini dua lagi dewan. Ketiga-tiga dewan ini boleh memuatkan ruang sebanyak 200 buah padang bola sepak.

Berikut adalah keratan akhbar dari Utusan Malaysia pada 06 November 2008. klik disini

Pameran Canton Fair buka ruang peniaga Melayu

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Pameran perniagaan terbesar di dunia, China Import and Export Fairatau lebih dikenali sebagai Canton Fair di Guangzhou, China dapat memberi ruang kepada ahli-ahli perniagaan Melayu untuk mencari peluang-peluang perniagaan.

Ahli perniagaan, Shahabudeen Jalil Kamarul Jaman yang menyertai pameran itu berkata, terdapat lebih 55,600 ruang perniagaan telah disediakan di pusat pameran perniagaan itu yang akan berakhir 6 November ini.

''Dengan saiz ruang pameran sebesar lebih 200 padang bola sepak, ia disifatkan sebagai pameran terbesar di dunia buat masa ini,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau berkata, antara produk pameran termasuk mesin, motosikal, alat ganti kenderaan, elektrik dan elektronik, alatan komputer dan alat-alat pembinaan.

Barangan lain yang dipamerkan terdiri daripada alat-alat permainan, hadiah perabot, hiasan rumah, seramik, alatan dapur, jam dan alatan optikal.



04 November 2008

Mohd Shubhi  /  4.11.08  /  2 comments

Ada sekali saya solat berjemaah di sebuah masjid di Puchong. Di sebelah saya ada seorang lelaki berumur dalam linkungan awal lima puluhan sama-sama bersolat di situ.

Lelaki tersebut kelihatan amat susah sekali untuk duduk ketika berada dalam kedudukan di antara dua sujud. Dia terkial-kial untuk membengkokkan kakinya untuk duduk. Kakinya kelihatan amat keras sekali.

Selesai solat saya ke belakang sedikit sambil memerhatikan lelaki tersebut. Apa yang terlintas di fikiran saya pada ketika itu adalah perasaan simpati padanya namun dengan prasangka yang buruk.

Saya membual kesimpulan ketika itu bahawa tentu lelaki tersebut tidak membiasakan dirinya bersolat sejak zaman remajanya, maka itulah sebabnya ia nampak keras. Saya teringat di akhirat nanti ada manusia yang tidak dapat bersujud kepada Tuhan apabila diperintahkan untuk bersujud akibat dari kelalaian mereka dari bersolat semasa hidup.

Keesokan harinya kaki saya terhantuk dengan kuat pada kereta manyebabkan ia membengkak dan sukar untuk saya berjalan dan melipatkan kaki saya. Akibatnya saya bersolat dengan amat payah untuk duduk antara dua sujud persis lelaki yang saya lihat kelmarin.

Tersedarlah saya betapa buruknya pemikiran saya yang menyangka buruk pada orang lain. Allah telah membalas secara kontan pada saya. Sedarlah saya yang mungkin lelaki kelmarin itu telah mengalami keadaan yang sama.

Saya menyesal dengan kesimpulan saya yang bodoh tersebut dan memohon ampun pada Allah dan mendoakan lelaki yang saya buruk sangkakan kelmarin.

Saya berazam tidak akan sekali-kali membuat kesimpulan yang sebegitu di masa akan datang. Berbaik sangkalah pada orang lain, ianya adalah lebih baik pada diri kita dan dapat mengelakkan rasa bangga diri dan merasakan diri kita lebih baik.
Back to Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search