Jom kongsi pendapat anda.
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

12 March 2009

Mohd Shubhi  /  12.3.09  /  No comments

Semalam saya ada satu temujanji dengan orang di sebuah restoran dekat ampang park. Oleh kerana saya agak lewat keluar dari pejabat dan waktu telah pun pukul 5 lebih saya ambil keputusan untuk naik komuter ke KL bagi mengelakkan jem.

Saya tukar naik LRT di KL Central untuk ke ampang park. Di pertengahan perjalanan satu keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan dua orang kanak-kanak masuk ke dalam LRT dan berdiri betul betul berhampiran saya yang juga berdiri dekat dengan pintu masuk.

Saya melihat lelaki itu seperti berbangsa Pakistan, janggutnya panjang, Isterinya pula berjubah serba hitam, bertudung dan ada mirip antara arab atau Pakistan.

Cuma yang menarik perhatian saya mereka sekeluarga bertutur dalam bahasa perancis. Perasaan ingin tahu saya menyebabkan saya mencuit bahu lelaki tersebut dan bertanya padanya, “Vous etes Maroccain ?” (adakah anda berbangsa Maroko ?). Biasanya orang Maroko memang berbahasa perancis terutamanya mereka yang menetap di Negara Perancis.

“Non..Non, je suis pas Maroccain, je vien de L’ile de Reunion, je suis decendant de Pakistanais mais je parle pas pakistanais” (bukan, saya dating dari Reunion Island, berketurunan Pakistan tapi saya tak boleh bertutur dalam bahasa Pakistan) Jawab orang itu.

Saya meneruskan perbualan dengannya sehinggalah dia turun ke KLCC sambil mengucapkan salam pada saya.

Saya terfikir kenapa di Malaysia kita tidak berjaya menerapkan bahasa Malaysia kepada mereka yang bukan berbangsa Melayu. Sedangkan di Negara lain seperti yang baru saya lihat tadi di Reunion Island semua rakyat Negara itu berkomunikasi dalam bahasa Perancis sebagai bahasa utama, tiada kompromi.

Di Negara kita maafkan saya jika menyinggung, ramai orang cina yang bahasa Malaysianya lintang pukang dan ada juga yang tak boleh cakap dan tak paham bahasa Malaysia. Mereka lebih fasih berbahasa inggeris daripada bahasa kebangsaan mereka sendiri. Seolah bahasa kebangsaan Negara kita bahasa inggeris pulak.

Saya amat kesal dengan kepimpinan kita dahulu yang tidak menekankan dan mewajibkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam semua aktiviti pengajian baik peringkat rendah atau menengah. Kalau tidak sudah tentu tak jadi sebagaimana sekarang ini, bahasa sendiri jadi “low standard” di tempat sendiri.

Dan kita meneruskan lagi usaha kita menghancurkan martabat bahasa kita dengan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris pula. Mungkin pemimpin kita nekad, alang-alang kita dah buat silap dulu lebih baik kita terus buat lebih teruk lagi kesilapan. Seperti kata pepatah “alang-alang seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan”

0 comments:

Post a Comment

Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search