Jom kongsi pendapat anda.
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

10 April 2009

Mohd Shubhi  /  10.4.09  /    /  No comments
Kenapa kita bekerja ? (Bekerja disini bukan hanya bermaksud bekerja makan gaji, tetapi juga termasuk bekerja sendiri atau berniaga).

Terdapat peringkat yang berlainan bagi setiap orang untuk menjawap persoalan ini. Kita cuba singkap setiap peringkat dalam artikel ini. 


Peringkat 1 : Bekerja untuk Keperluan

Pada peringkat pertama, manusia perlu bekerja untuk membiayai keperluan iaitu makan minum, sewa rumah, pakaian, perbelanjaan sekolah anak-anak dan lain-lain. Ini semua adalah keperluan untuk seseorang itu untuk hidup tanpa bergantung harap pada orang lain. 

Peringkat ke-2 : Bekerja untuk Jaminan

Manusia yang meningkat maju, akan melompat ke tangkah tingkat yang kedua iaitu bekerja untuk mendapatkan jaminan. Jaminan ini berbentuk keselamatan diri dan keluarga, kesihatan dan simpanan duit untuk masa depan.

Peringkat 3 : Bekerja untuk Kebebasan

Selepas kita mempunyai jaminan yang kita rasakan mencukupi, kita akan bergerak pula untuk mendapatkan kebebasan dengan pekerjaan dan pendapatan kita. Bekerja untuk bebas membuat keputusan dalam pelbagai hal. Contohnya bebas untuk memilih pakaian untuk dibeli, bebas menghantar anak ke sekolah swasta, bebas menjamu selera di restauran tanpa perlu memikirkan berapa kos makanan dan kebebasan-kebebasan lain. 

Ketiga-tiga peringkat ini sudah pun menjawab 75% daripada soalan "kenapa kita bekerja ?". Namun ketiga-tiga peringkat ini masih belum menjawab soalan kenapa orang-orang yang sudah mencapai peringkat ke-3 tetapi masih bekerja. Orang seperti Tun Mahathir, Syed Mokhtar Al-Bukhary, Ananda Krisnan dan ramai lagi di dunia ini seperti Bill Gates, Warren Buffet mahupun Britney Spears.

Mereka terus bekerja walaupun mereka tidak perlu lagi bekerja. Dengan wang yang ada, mereka boleh menghabiskan sisa hidup mereka dengan bahagia tanpa perlu bekerja. 


Peringkat ke-4 : Kepuasan Diri 

Setelah mencapai kebebasan pada peringkat yang ketiga. Manusia akan mendaki pula ke peringkat keempat iaitu untuk mencari kepuasan diri. Bekerja untuk kepuasan diri. 

Kepuasan ini adalah apabila manusia itu dapat mencapai sesuatu yang diletakan dengan nilaian yang tinggi dalam dirinya. Agama, kuasa, harta, pangkat, jawatan, status, pujian, pengiktirafan, kasih sayang, keselesaan adalah antara perkara yang akan menjadikan seseorang manusia itu puas. 

Manusia bekerja untuk kepuasan.

Kepuasan ini adalah apa yang berselindung disebalik setiap tujuan kita dalam hidup. Sebagai contoh, katakan seseorang itu membuat perniagaan dan bercita-cita untuk membeli sebuah kereta mewah yang mahal. 

Aktiviti = Menjalankan perniagaan

Tujuan = Membeli kereta mewah

Kepuasan = Dipandang hebat, lebih dihormati, lebih rasa selamat sewaktu memandu dll.

Kepuasan adalah motivasi yang paling kuat untuk kita bekerja dengan lebih baik. Lebih kuat berbanding duit, lebih kuat berbanding jaminan, lebih kurang berbanding kebebasan. 

Maka adalah penting untuk kita mengetahui apa yang kita benar-benar mahu. Cara untuk tahu apa yang kita benar-benar mahu adalah dengan bertanya diri sendiri, kenapa dan kenapa kita buat ini dan itu. 

Akhirnya kita akan mendapat jawapan tentang apa sebenarnya yang kita mahu. Setelah tahu apa sebenarnya yang kita mahu (kepuasan), gunakan kepuasan itu sebagai motivasi untuk kita bekerja. 


Terima kasih 


Shahabudeen Jalil
10 April 2009
Kuala Lumpur

0 comments:

Post a Comment

Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search