Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

13 May 2009

Mohd Shubhi  /  13.5.09  /    /  10 comments

Lumrah bagi seorang Islam yang cintakan agamanya, mengorbankan segala masa hidupnya mendalami ilmu-ilmu agama, berjiwa besar dan punyai daya juang yang tinggi akan berakhir dengan mempunyai para pengikut yang setia. Jumlah para pengikut berkadar dengan kehebatan ilmu ulama tersebut. Apatah lagi jika ulama itu berasal dari penduduk timur tengah yang berbahasa arab.

Pertelingkahan fatwa sering terjadi di antara para ulama tersebut dan biasanya berlarutan dan membesar hasil dari kefanatikan para pengikut ulama masing-masing. Kehebatan ulama ikutan akan ditokok tambah, manakala kesilapan atau kelemahan ulama musuh akan ditokok tambah. Lazimnya penambahan akan menjadi karut sehingga ke tahap yang tak dapat diterima akal yang waras.

Bagi pengikut yang ulama ikutannya diserang, mereka akan membalas dengan mencari kesalahan musuhnya dan membesar-besarkan lagi kesalahan tersebut. Habis segala maklumat yang melintas akan disebarkan tanpa ada sikap untuk menyaringkannya terlebih dahulu. Apatah lagi zaman teknologi maklumat yang begitu canggih sekarang ini. Ia amat membantu dalam penyebaran maklumat palsu dan menjatuhkan serta memburukkan musuh.

Hasil dari perhubungan umat manusia kini yang amat mudah maka tempias pengaruh mengikut ulama-ulama tertentu dari dua aliran yang berbaza datang juga ke negara kita Malaysa. Aktiviti serang menyerang juga turut sama berlaku di kalangan pegikut mereka yang berada di Malaysia.

Dalam aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) sahaja terdapat 2 aliran yang begitu aktif berbalas serangan dan tohmahan. Sebelah pihak dinamakan Wahabi dan sebelah pihak lagi dinamakan pejuang ASWJ. Walaupun masing-masing mengatakan merekalah ASWJ yang sebenar.

Kebetulan saya pernah mempelajari ilmu agama dari seorang Ulama yang berasal dari Harar yang terkenal di sebut sebagai Al-Habashi. Beliau telahpun kembali ke Rahmatullah tahun lepas. Kalau dulu para pengikut ahbash hanya di serang di sebelah timur tengah, eropah dan emerika namun kini turut berlaku dengan agresif sekali di Malaysia.

Tidak menghairankan itu berlaku kerana para pengikut ahbash kebiasaanya merupakan para pengikut yang aktif menolak ulama-ulama yang salah atau sesat berdasarkan hujah mereka tersendiri. Dan mereka terkenal amat keras dan tidak berlapik dalam menjatuhkan hukum terutamanya dalam bab Ar-Riddah. Itu juga saya rasa yang menyebabkan para musuhnya menggelarkanya Ulama Takfir.

Para pengikut Ahbash tidak mengiktiraf ulama yang mencedok ilmu-ilmu mereka melalui pembacaan. Mereka juga menolak pengiktirafan sebagai Muhadithsin pada mereka yang hanya menghafal hadith-hadith serta rawinya melalui buku sahaja.

Mereka tetap mengamalkan penyebaran ilmu melalui berguru dan pengijazahan dari guru atau ulama yang mengajar. Mereka giat menyebarkan ilmu dengan cara tersebut dan memang ia bergerak lancar dan melahirkan para pengikut yang setia dan jitu pegangannya.

Satu aliran lagi pula merupakan para ilmuan yang lahir dari sistem moden yang di anugerahkan gelaran Dr falsafah dan sebagainya. Mereka lebih terbuka dengan pemerimaan ilmu melalui pembacaan dan kajian sendiri dan dipimpin oleh guru atau mungkin juga tiada guru, cuma sekadar mendapatkan rujukan dari seseorang yang lebih arif.

Cuma sebagai seorang yang pernah mengikuti penyampaian ilmu fardu ain feqah dari Taharah hinggalah ke jinayah, munakahat, muamalat dan sebagainya juga ilmu Tauhid asas melalui kitab karangan Sheikh Abdullah Al Habashi sendiri iaitu As-Siratolmustaqim, tak pernah saya mendengar fatwa-fatwa yang pelik-pelik seperti yang digembar-gemburkan sekarang ini.

Saya mendengar tuduhan seperti Sheikh Al-Habashi memberi fatwa yang arak halal, mengizinkan tidak bersolat, menelan air ludahnya menjadi perkara yang mulia, membaca kitab karangannya lebih bagus dari membaca al-quran dan macam-macam perkara mengarut lagi.

Begitu juga para pencinta Sheikh Al-Habashi sentiasa mencari kesilapan penyerang mereka yang kadang-kadang juga menjadi melampau dan berlebihan.

Sehingga masing-masing cabar mencabar dan mengajak menunggu keputusannya di akhirat nanti sebagai rumusan apabila kemarahan memuncak.

Apa yang hendak saya sampaikan sebenarnya mudah sekali tapi jadi panjang pula mukadimahnya. Bukalah minda anda semua, berbahas dengan tertib tapi bukan dengan menggunakan blog pro masing-masing. Tembak sana tembak sini, paparkan bukti yang di cedok dari sana dan sini untuk menjatuhkan pihak lawan. Hentikan semua itu.

Dapatkan nombor talipon masing-masing, mulakan dengan berkawan dan bukakan minda. Selanjutnya adakan perbincangan demi perbincangan sebagai perbincangan antara kawan dengan kawan. Cari di mana pertikaian, apa jalan penyelesaian. Bersua mukalah, senyumlah dan bincanglah.

10 comments:

  1. Salam.
    Rasul Junjungan tak pernah mempuak-puak agama Tuhan. Kabilah-kabilah berlainan suku, ansar-muhajirin dan bani-bani secara etniknya berpuak-puak tetapi secara pegangannya tetap agama Allah yang satu. Secara hukumnya tetap berpandu al-Quran yang satu. Mazhab pun belum muncul. Ajaran itu dipatuhi sampai sekarang. Kita pun tidak bertanya Islam yang mana? Umat siapa?

    Setelah wafat Rasul Junjungan, bani Umaiyyah gila kuasa. Berpecahlah umat kepada pengikut imam dan pengikut bani. Dari imam berpecah pula kepada mazhab-mazhab sahih manakala bani-bani dilaknat Tuhan sehingga pupus. Kesucian mazhab-mazhab tetap dipelihara Tuhan kerana perbezaan pendapat imam-imam tetapi pegangannya tetap satu tanpa sebarang unsur kuasa dan wang. Kita bebas memilih mazhab.

    Dari mazhab-mazhab berpecah pula kepada ajaran-ajaran yang dipelopori ulamak-ulamak. Disinilah kepincangan berlaku bila timbul ulamak-ulamak sesat yang berpandukan ajaran syaitan untuk mendapat pengaruh, kuasa dan wang. Ini berlaku di seluruh dunia Islam termasuk Tanah Melayu.

    Lebih memburukkan keadaan bila ideologi politik barat mencuri masuk ke dalam Kesultanan Tanah Melayu 60 tahun lalu yang ketika itu mengamalkan ajaran Islam yang dibawa terus dari Tanah Arab. Kesultanan Melayu Islam diganti Demokrasi Raja Berperlembagaan mengikut acuan British. Berpecahbelah kita orang Islam di sebabkan politik. Begitu juga yang berlaku di Nusantara, China dan Filipina. Siapa yang mencipta pelbagai ideologi politik yang tidak pernah disebut al-Quran dan Sunnah?

    ReplyDelete
  2. Salam.. saya dah baca sikit, nanti dtng balik baca lagi, maklumlah tak tinggi sangat ilmu agama saya ni. :)

    ReplyDelete
  3. salam,
    khalifah atau Imamah adalah kepemimpinan secara teokratis setelah nubuwwah(Kenabian).Di dalam ajaran Islam yang suci, masalah kepemimpinan merupakan masalah yang prinsip(Ushuluddin).Dan yang di maksudkan dengan khalifah atau Imamah ialah kepemimpinan Islam,setelah Rasullullah saw wafat.Orang-orang yang dipilih Allah Azza wa jalla untuk menjadi pemimpin ummat setelah Rasullullah saw disebut imam atau Khalifah.
    Setiap orang Islam wajib mengenal dan mengikuti para Imam atau Khalifah pilihan Allah Azza wa jalla dikeranakan Khalifah atau Imamah(kepemimpinan selepas kenabian) itu adalah lanjutan dari risalah (kerasulan)atau nubuwwah.Maka orang yang tidak menerima Khilafah yang penunjukannya dari Allah adalah sama halnya dengan mengingkari kenabian Muhammad saw.Dan orang yang tidak mengenalnya jika ia mati,maka kematianya seperti kematian jahiliyyah sebagai mana di sebut didalam hadis-hadis.
    Rasullullah saw bersabda "Barang siapa mati tanpa imam dia mati sebagaimana kematian jahiliyyah".(Kanzu Ummal 1/103 hadis 464)(mizan Al-Hikmah 1/171) dan yang senada dengannya dalam hadis-hadis sohih aswj.
    Para Imam atau Khalifah itu penunjukannya adalah sebagaimana halnya para nabi dan rasul,mereka dipilih oleh Allah Azza Wa Jalla,tidak dipilih melalui musyawarah maufakat,atau dengan penunjukan seseorang atau dipilih oleh ummat manusia secara demokrasi.
    Di dalam kitab suci Al-Quran ada beberapa ayat yang menyebutkan kreteria para Imam atau Khalifah buat ummat manusia.
    "Ingatlah ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat,lalu dia menyempurnakannya. Dia berfirman,Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam untuk ummat manusia. Dia berkata,Dan dari keturunanku. Dia berfirman, Janji-Ku(dalam urusan imamah) tidak akan mencapai orang-orang zalim.(QS.Al-Baqarah 124)

    وَ جَعَلْنا مِنْهُمْ >>أَئِمَّةً<< يَهْدُونَ بِأَمْرِنا لَمَّا صَبَرُوا وَ كانُوا بِآياتِنا يُوقِنُونَ

    24. Dan Kami jadikan di antara mereka itu imam-imam yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan mereka meyakini ayat-ayat Kami.(Assajadah 24)

    وَ نُريدُ أَنْ نَمُنَّ عَلَى الَّذينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَ نَجْعَلَهُمْ ((أَئِمَّةً)) وَ نَجْعَلَهُمُ الْوارِثينَ

    5. Dan Kami hendak memberi karunia kepada orang-orang yang tertindas di muka bumi itu, hendak menjadikan mereka imam, dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi),(Al-Qashash 5)

    وَ جَعَلْناهُمْ ((أَئِمَّةً)) يَهْدُونَ بِأَمْرِنا وَ أَوْحَيْنا إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْراتِ وَ إِقامَ الصَّلاةِ وَ إيتاءَ الزَّكاةِ وَ كانُوا لَنا عابِدينَ َ

    73. Kami telah menjadikan mereka itu sebagai Imam-Imam yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada mereka untuk mengerjakan kebaikan, mendirikan salat, dan menunaikan zakat, dan hanya kepada Kami-lah mereka selalu menyembah.(Al-Anbiya 73)

    ﴿وَ لَقَدْ أَرْسَلْنا نُوحاً وَ إِبْراهيمَ وَ جَعَلْنا في‏ ذُرِّيَّتِهِمَا النُّبُوَّةَ وَ الْكِتابَ فَمِنْهُمْ مُهْتَدٍ وَ كَثيرٌ مِنْهُمْ فاسِقُونَ﴾

    26. Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh dan Ibrahim, dan Kami tetapkan kenabian dan kitab bagi keturunan mereka berdua. Di antara mereka ada yang memperoleh petunjuk dan banyak di antara mereka yang fasik. (Al-Hadid 26)

    Semua manusia tidak diragukan lagi adalah keturunan nabi-nabi,keturunan orang-orang suci dan keturunan manusia-manusia pilihan tuhan, baik dari dzurriyyah Nabi Nuh,Nabi Ibrahim maupun dari nabi -nabi yang lain, paling tidak kita semua keturunan Nabi Adam as sebagaimana yang Rasullullah katakan bahwa semua manusia dari Adam dan Adam dari tanah.Namun berdasarkan ayat diatas bahwa ternyata keturunan para nabi itu ada yang baik dan ada yang buruk, ada yang menerima kebenaran dan ada yang menentangnya bahkan pada ayat tersebut diungkapkan "dan banyak diantara mereka yang fasik".

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Salam.
    Saya ingin menegur sedikit mengenai penyelewengan ayat-ayat oleh komen saudara Binwan.

    Imam yang dimaksudkan dalam ayat-ayat itu merujuk kepada imam-imam nubuwwah (para Nabi) yang nyata sama sekali bukan khalifah atau imam-imam atau pemimpin-pemimpin umat selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.

    al-Baqarah 124 hendaklah dibaca selepas al-Baqarah 123 dengan maksudnya, "Dan takutlah kamu kepada suatu hari di waktu seseorang tidak dapat menggantikan seseorang lain sedikit pun dan tidak akan diterima suatu tebusan daripadanya dan tidak akan memberi manfaat sesuatu syafaat kepadanya dan tidak (pula) mereka akan ditolong."

    as-Sajadah 24 hendaklah dibaca selepas as-Sajadah 23 yang maksudnya,
    "Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Musa Al Kitab (Taurat), maka janganlah kamu (Muhammad) ragu-ragu menerima (Al Qur'an itu) dan Kami jadikan Al Kitab (Taurat) itu petunjuk bagi Bani Israel."

    Ianya jelas merujuk kepada Nabi Musa AS (bukannya imam selepas nubuwwah).

    al-Qashash 5 hendaklah dibaca dari al-Qashash 1 sehingga 88. Imam itu merujuk kepada Nabi Musa AS yang di kurnia untuk membela umatnya yang ditindas Firaun di Mesir.

    al-Anbiya 73 hendaklah di baca dari al-Anbiya 1-112. Imam yang dimaksud Tuhan dalam surah ialah semua para Nabi dan bukannya imam selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.

    Maksud asal al-Hadid 26,
    "Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh dan Ibrahim dan Kami jadikan kepada keturunan keduanya kenabian dan Al Kitab, maka di antara mereka ada yang menerima petunjuk dan banyak di antara mereka fasik."

    Jangan di seleweng maksud kalimah Allah, seperti firman-firman Tuhan yang maksudnya,

    "Dia-lah yang menurunkan Al Kitab (Al Qur'an) kepada kamu. Di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat itulah pokok-pokok isi Al Qur'an dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebagian ayat-ayat yang mutasyabihat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu dari isi Tuhan kami." Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal." (al-Imron:7)

    "Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al Qur'an yang merupakan ayat-ayat yang nyata; dan bahwasanya Allah memberikan petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki." (al-Hajj:16)

    Saudara Binwan, Kalam Tuhan bukanlah seperti hadis-hadis atau teks khutbah imam SYIAH yang boleh diputar belit. Saudara perlu faham keseluruhan surah sebelum memetik ayat.

    wallahu aklam.

    ReplyDelete
  6. Salam Sdr Pakoz,

    Al-Quran ialah kalam Tuhan yang terakhir, diturunkan kepada Rasul terakhir sebagai nur untuk umat terakhir. Kalam ini merangkumi semua kalam wahyu terdahulu yang dengan sengaja dipinda umat-umat terdahulu. Kalam ini dijanji Tuhan terpelihara dari sebarang pindaan dan mastercopy al-Quran telah terkalam di Loh Mahfuz.

    Kisah-kisah yang terkalam merujuk kepada kisah ummat Nabi-nabi terdahulu. Kisah sejarah ini tidak akan terpinda. Kisah-kisah ini dijadikan pedoman untuk ummat terakhir. Pembunuhan kaum kerabat Nabi Muhammad SAW di Karbala' oleh Bani Umayyah pimpinan anak Muawiyah hanya meninggalkan cicit Rasulullah SAW iaitu Imam 'Ali Zainal Abidin ibni Sayiddina Hussein. Keturunan Imam 'Ali ini lah yang membenihkan keturunan ahlul-bait di seluruh dunia. Puteranya, Imam Zaid ibni Ali Zainal Abidin dikuti oleh para pengikutnya iaitu Zaidiyyah. Imam Zaid dikenali sebagai Abu Muhammad dan Abu Hasan. Aliran ini dianggap paling hampir dengan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah. Mereka tidak menganggap martabat imam itu sama seperti martabat nabi-nabi. Mereka tidak mengkafirkan para sahabat nabi Muhammad. Mereka berpendapat Imam Zaid paling layak menjadi imam selepas Sayiddina Husain bin Ali meninggal dunia. Kemudian, ia diikuti zuriat daripada keturunan Fatimah az-Zahra”. Mereka mengiktiraf Abu Bakar, Umar sebagai imam negara Islam walaupun mereka percaya Ali lebih layak. Ini kerana, orang yang kurang syaratnya boleh menjadi khalifah walaupun ada orang yang paling layak dan imam tidak MAKSUM. Dalam perkara Tauhid mereka lebih hampir kepada Muktazilah, tetapi dalam perkara Fikah mereka lebih hampir kepada mazhab Syafie. Kerana cintanya keturunan saya kepada keturunan ahlul-bait maka nama saya pun diberi bersempena Imam Zaid ibni imam 'Ali.

    Pengikut-pengikut Imam Zaid pula berpecah kepada beberapa aliran Syiah. Ada yang berfahaman Imam Zaid malah ada yang terlalu mengagungkan ahlul-bait sehingga mengatakan ahlul-bait MAKSUM. Ahlul-bait cuma didoakan disucikan dari dosa oleh Nabi Muhammad SAW dan ummat baginda didalam salawat 15 kali sehari ketika solat. Sama sekali bukannya MAKSUM.

    Walaubagaimanapun, percubaan ulamak-ulamak berfahaman syaitan cuba mengubah kandungan maksud al-Quran yang terkalam maka dosanya lebih besar dari kaum kafir yang mendustai ayat-ayat al-Quran. Dosanya lebih berat bila pengubahan maksud disebarkan kepada ummah. Sekiranya mereka yang bertanggungjawab ini dikalangan ahlul-bait maka mereka adalah dikalangan insan yang amat rugi dan dikutuk Rasulullah SAW di akhirat kelak dan tiada syafaat bagi mereka!

    wallahu aklam. wassalam.

    ReplyDelete
  7. Salam semua.
    Pada ketika ini ramai yang ingin mengakui dari keturunan ahlul-bait.
    Tiada seorang pun yang mahu mengakui dari keturunan firaun, muawiyah atau quraish sedangkan Rasulullah SAW juga dari kalangan Quraish berketurunan bani Hasyim.

    Syukur kita kehadrat Allah SWT sekiranya kita dilahirkan dikalangan ahlul-bait yang kerkewajipan menegakkan agama Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW. Jangan kita mencari pengaruh dan kekuasaan yang memecahbelah ummat. Percayalah kita kepada kedatangan Imam Mahadi, imam terakhir yang akan mengetuai ahlul-bait dan seluruh ummah melawan kebatilan.

    Janganlah kita mengaku ahlul-bait sekiranya anak-cucu kita MASIH bergelumang dengan dosa.

    Insaflah para ahlul-bait yang didoakan ummah setiap kali mereka shalawat semoga kita mendapat hidayah dan syafaat Nabi Muhammad SAW.

    wassalam.

    ReplyDelete
  8. Salam Tuan Pengerusi.

    Komen la sikit...tak "rugged" laa tak layan tetamu nie.

    ReplyDelete
  9. Assalamalaikom Semua,
    Terima kasih kerana memberikan sambutan yang menggalakkan dalam isu ini.

    Kepada Tuan Zaidi, mohon maaf kerana tak ada komen segera dari saya. Bukan tak mau layan, tapi dek kurangnya ilmu dalam isu perbahasan.

    Namun, secara ringkasnya perbezaan diantara ahlissunah dan syiah adalah perbezaan penerimaan riwayat dan pengiktirafan sumber ilmu.

    Syiah hanya mengsahihkan periwayatan dari para ahlil bait dan ada juga riwayat riwayat hadith-hadith sahih yang berbeza penyampaiannya yang jika kita bahaskan tak akan berkesudahan.

    Untuk perbahasan tafsiran dan huraian hadith dan juga petikan dari kat-kata ulama, yang paling asas sekali kita harus melihat kesahihan dan rantaian rawi penyampaiannya. Dan ini bukan lah sesuatu yang mudah.

    Jikan kita melihat konteks ayat-ayat al-quran dan juga hadith, penafsirannya memerlukan satu penelitian yang menyeluruh yang melibatkan penguasaan ilmu yang amat mendalam.

    Untuk saya yang berada di dalam kategori orang awam, penafsiran dan pemahaman ayat berkisar dalam konteks apa yang telah dicerap dan di terima oleh pemikiran kita.

    Maka bagi yang beraliran ahlissunah, kita akan merasionalkan tafsiran berdasarkan matlamat atau keputusan bahawa ahlissunah itulah asasnya.

    Begitu juga sebaliknya bagi syiah, penafsiran dan pemahaman adalah proses merasionalkan pegangan mereka.

    Dalam hal menghina para sahabat, dan menolak kepimpinan para sahabat, ini merupakan kesinambungan dari fahaman bahawa imam atau pemimpin mestilah maksum.

    Maka apabila berlaku kekilafan atau kesilapan yang biasa sebagai manusia biasa, orang itu terus ditolak. Maka habislah para sahabat yang memeluk islam setelah dewasa yang mana zaman jahiliyahnya tercalar dihina dan ditolak kepimpinannya kecuali Saidina Ali.

    Kita juga berpegang bahawa Islam merupakan agama yang universal yang mengikut hukum sunatullah yang sesuai dengan sifat dan jiwa kemanusiaan.

    Jesteru itu percaya bahawa hanya satu golongan tertentu sahaja layak memimpin dan layak diagongkan merupakan sesuatu yang tidak bersifat universal. Apatah lagi kepercayaan kepada hanya satu galur keturunan tertentu sahaja yang mulia.

    ReplyDelete
  10. Salam Tuan Shubhi,

    Begitulah yang dianjurkan.

    Terima kasih kerana kesimpulan yang jelas dan teguh.

    ReplyDelete

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search