Jom kongsi pendapat anda.
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

12 May 2009

Mohd Shubhi  /  12.5.09  /  No comments

Masjid Damai, itulah yang dipanggil oleh kawan saya Rosli ketika dia memperkenalkan Masjid itu kepada saya tidak berapa dulu. Ia terletak di satu kawasan di belakang antara Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak di mana terdapat banyak restoran arab sekarang ini.

Sejak mula saya diperkenalkan dengan masjid itu saya kerap singgah untuk bersolat di situ bila ada kesempatan dek kedamaian suasana masjid tersebut yang sejuk dan nyaman tanpa hiruk pikuk kenderaan seperti di Jalan Ampang.

Rekabentuk masjid itu sebelum ini memudahkan aliran udara keluar masuk ke ruang terbuka masjid yang hanya mempunyai bumbung dan di kelilingi dinding separas lutut. Rekabentuk itu membuatkan ia menjadi amat nyaman sekali.

Sekarang, ia telah di ubah suai dengan ditambah bumbung plastik biru di sekeliling kawasan luarnya yang sebelum ini merupakan kawasan terbuka yang menutup segala laluan angin. Masjid itu juga telah dilengkapi dengan penyaman udara di dalam dewan solat utamanya. Kompresser penyaman udara pula dipasang pada dinding sebelah kolah wuduk.

Hasilnya, masjid menjadi sebuah oven pemanas yang boleh memanaskan makanan sejuk jika diletakkan pada kawasan tersebut. Tiada lagi laluan angin sepoi-sepoi bahasa membuai para jemaah yang ingin merehatkan badan disitu. Hilang sudah kedamaian di situ. Ditambah dengan silauan bumbung plastik berwarna biru yang menambahkan lagi bahangnya.

Adakah mereka yang mereka bentuk pembaikan masjid itu tidak memikirkan akibat atau kesan dari rekacipta mereka sebelum membinanya ?.

Banyak rekacipta bentuk masjid di negara kita akhir-akhir ini tidak menggambarkan keperihatinan dan ketelitian mereka dalam mengambil kira cuaca dan persekitaran negara kita yang beriklim khatulistiwa.

Kita banyak mengikut bentuk rekaan masjid di timur tengah yang mana iklim mereka amat jauh berbeza dengan iklim kita. Kita boleh lihat bentuk bersegi pada bangunan yang bumbungnya seolah negara kita jarang ditimpa hujan.

Hasilnya terdapat masjid yang akan dibanjiri oleh air hujan yang masuk secara terus atau akibat tempias dek bentuknya yang lansung tak sesuai.

Tiap kali berlaku kesilapan bentuk ini, mereka akan menambah bumbung plastik bagi mengelakkan hujan menerpa masuk ke dalam masjid dan hasilnya sebagaimana yang kita lihat menambahkan bahang panas di ruang masjid. Lalu di tambah pula penyaman udara untuk mmenyejukkan kawasan dalam masjid.

Menambahkan lagi masalah ialah hampir semua masjid kita dihiasi dengan mar-mar yang licin termasuklah di kawasan mengambil wuduk hingga ke ruang tangga. Saya yakin setiap bulan mesti ada hamba Allah yang terlentang kerana licin dan tergesa-gesa mahu ke dewan solat. Kenapa kita tak fikirkan semua ini ?


Tolonglah para arkitek, gunakanlah akal anda untuk mereka bentuk masjid yang bersesuaian dengan iklim negara kita. Hasilkanlah satu rekabentuk yang melambangkan ciri-ciri setempat yang sesuai dengan suasana persekitaran. Bukan dengan mengambil bentuk rekaan masjid yang hanya sesuai dengan suasana persekitaran di timur tengah.

Kita perlu ada perubahan yang lebih praktikal dalam mereka bentuk masjid di negara kita.

0 comments:

Post a Comment

Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search