Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

21 July 2009

Mohd Shubhi  /  21.7.09  /    /  5 comments

Malam minggu yang lalu saya dan beberapa orang rakan lain minum sambil sembang-sembang isu-isu semasa. Banyak yang diperbualkan malam itu dan hampir semuanya adalah tajuk-tajuk yang berat yang dapat mengasah minda untuk melatih kita berfikir, bersedia menerima pendapat yang berbeza, bersedia mempertahankan pendapat sehingga selagi tidak dapat ditolak oelh orang lain dan macam-macam lagi.

Salah satu isu yang menarik ialah mengenai sambutan hari lahir. Isu ini merebak diperpanjangkan sehingga sambutan maulidur Rasul, adakah boleh dan sesuai untuk disambut.

Cuma disini saya hanya ingin fokus pada tarikh lahir. Salah seorang kawan malam itu bertanya bolehkah kita menyambut hari lahir. Soalan yang masing-masing cuba "reserve" tak nak jawab.

Salah seorang dari kami menmberikan komen bahawa sambutan hari lahir tu adalah budaya barat yang kita cedok dari sambutannya hinggalah cara menyambutnya.

Saya mengutarakan pendapat kalau kita tidak prihatin kepada tarikh lahir kita maka kita juga tidak akan prihatin pada umur kita, dan kemungkinan kita akan leka tak sedar masa berlalu dan tak ada apa yang tercapai.

Maka dengan itu saya berpendapat kita sepatutnya sentiasa awas dengan peningkatan umur kita dan bagaimana caranya pula tentulah kita dapat menyesuaikannya dengan sesuatu yang tidak dilarang oleh syariat.

Satu perkara lagi yang saya lihat sejak akhir-akhir ini ramai yang amat berminat mengikuti teknik mengenali diri melalui tarikh lahir.

Kursus mengenali teknik mengenali diri melalui tarikh lahir amat giat dipromosikan melalui akhbar Metro oleh seorang Dr.

Saya terpanggil untuk mengkaji teknik membaca perwatakan diri melalui tarikh ini dengan membelek buku-buku yang ada dirak kedai buku dan saya dapati agak banyak juga yang boleh kita dapat.

Dan agak menakjubkan juga apabila setelah saya menguasainya, saya mencuba membaca perwatakan orang-orang yang saya kenali dan hampir semuanya tidak lari dari apa yang rumuskan.

Ramai juga yang memberikan tarikh lahir kawan, isteri dan anak-anak mereka yang saya tak pernah kenali untuk menguji bacaan saya dan ternyata hampir semua bacaan agak tepat.

Ramai yang berminat untuk mengetahui perwatakan anak-anak masing-masing untuk mengetahui kaedah yang sesuai untuk mendidik anak-anak mereka.

Saya sering bertanya sejak itu apakah mengenali perwatakan diri melalui tarikh lahir itu merupakan satu kesalahan seperti menilik nasib?.

Dalam teknik membaca tarikh lahir tersebut tiada ramalan yang dibuat dan kita tak akan tahupun apa akan terjadi pada hari-hari mendatang. Apa yang diteliti ialah sikap atau watak yang biasanya ada pada tiap-tiap orang yang mempunyai nombor tertentu setelah kiraan dibuat.

Cuma saya terfikir bahawa setiap kejadian yang Allah ciptakan tiada satupun yang sia-sia dan penuh dengan perancangan yang rapi.

Tidak sesuatupun berlaku secara rawak hatta tarikh bila kita dilahirkan pun sudah tentulah bukanlah saja-saja dan tidak bermakna.

Wa'allahu a'lam. Sekadar catatan untuk difikirkan.

5 comments:

  1. Salam.

    Ilmu mentafsir tarikh lahir dan tapak tangan merupakan sebahagian kecil dari ilmu laduni. Ilmu sebegini biasanya dipelajari orang alim untuk kegunaan diri sendiri dan dilarang untuk menterjemah kepada orang lain. Sekiranya diguna untuk menilik nasib orang lain maka haramlah ia. Misalnya jika tertulis di tapak tangan bahawa kita akan menjadi pencuri, maka kita masih ada jalan untuk menjauhi tabiat mencuri (ikhtiar) sambil berdoa bermunajat kepada Allah SWT. Ilmu sebegini pun ada yang betul, ada yang penipu. Kita pun tak tahu yang mana betul yang mana penipu melainkan diberi petunjuk.

    Ketetapan telah dikalam Tuhan di Loh Mahfuz sejak azali. Hanya kekuasaan Tuhan Yang Maha Berkuasa memberikan ketentuan Nya. Menentukan sesuatu yang telah tetap! Jangan kita hairan jika ada hamba-hamba Allah yang sangat bertakwa memohon kematiannya dilanjutkan hari demi hari semata-mata untuk berjuang demi agama Islam. Itu semua boleh berlaku dengan keizinan dan kekuasaan Nya.

    ReplyDelete
  2. Zaidi, Terima Kasih atas komen.
    Saya berminat untuk mendapatkan maklumat tentang ilmu tersebut agar dapat mencari kepastian tentang samada boleh atau tak boleh mempraktiknya.
    Yang saya pasti ia bukan lah ilmu menilik nasib seperti meramal masa depan tapi sekadar mengenal karakter seseorang seperti rajin, berfikiran jauh, suka menolong dsb.

    ReplyDelete
  3. saya rasa pendapat yg mengatakan boleh baca perangai melalui tarikh lahir adalah karut.

    memang tuan kata tidak meramal masa depan. Tapi masa depan diramal melalui perangai.

    Lagipun benda nie tak ada dalil untuk dipercayai.

    Sepatutnya kita kena kagum dengan keunikan dan kebaharuan yang Tuhan cipta dalam hidup kita.

    ReplyDelete
  4. Shahabudeen,
    Terima kasih. Pandangan yang sihat.

    ReplyDelete

Back to Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search