Jom kongsi pendapat anda.
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

19 August 2009

Mohd Shubhi  /  19.8.09  /  ,   /  6 comments


Nota Tambahan: Angkat topi kepada ayah Kartina yang menyatakan kekesalannya kerana anaknya tidak dihukum sebat dikhalayak ramai kerana itu lebih berkesan dalam memberikan kesedaran kepada orang ramai agar menghindari maksiat minum arak.

Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, seorang model separuh masa menjadi wanita muslim pertama di Malaysia yang akan dihukum rotan sebanyak 6 sebatan.

Dia ditangkap ketika minum arak di sebuat pusat peranginan di Cherating yang memang terkenal dengan pusat hiburan ala-barat yang menawarkan segala macam aktiviti maksiat.

Kartika mengaku bersalah dan tidak membuat permohonan rayuan dan meminta segerakan hukuman agar dia dapat kembali ke pangkuan suami dan keluarganya semula. Dia kini dipenjarakan sehingga menerima sebatan sebelum di benarka keluar dari penjara.

Moga peristiwa ini dapat menjadi pengajaran kepada muslim yang lain dan memberikan mereka keinsafan untuk bertaubat.

Namun masih ada segelintir ahli politik dan pejuang hak wanita yang membantah hukuman ini kerana mereka beranggapan hukuman tersebut terlalu berat.

Saya mahu bertanya kepada mereka adakah perbuatan minum arak itu perkara ringan?

Saya sering melihat orang yang mabuk mendera anak dan isteri mereka dan menghancurkan kesejahteraan institusi rumah tangga.

Adalah lebih buruk jika perempuan ketagih arak, mungkin dia tak sampai memukul suaminya, tapi bagaimana dengan anak-anak, bagaimana jika dia disalahlakukan atau dicabul ketika mabuk?.

Syabas kepada hakim yang menjalankan tugasnya dan saya mengharapkan lebih banyak hukuman sebegini dilaksanakan di seluruh negara kita.

Kalau aktivis wanita tak rela hukuman sebegini dijalankan di Malaysia, lebih baik berusaha membenteras penjualan arak berleluasa di negara kita, ini dapat mengelakkan orang ramai terjebak dalam maksiat minum arak.

Bukankah mencegah lebih baik dari merawat?

Apa kerajaan UMNO kita buat setelah memerintah Malaysia sekian lama, adakah kita masih memberikan alasan bahawa negara kita negara majmuk dan arak adalah minuman rutin kaum atau bangsa lain yang bukan muslim?

6 comments:

  1. Salam En.Shubhi.. ya betul tu, mencegah lebih baik dari merawat.

    ReplyDelete
  2. Zaidon, terima kasih kerana menyokong...

    ReplyDelete
  3. cuma silapnya orang pertama tu orang luar. bimbang kot la ...

    ReplyDelete
  4. mola,
    ya! ada kemungkinan melihat dari namanya.
    Tapi sebelum masuk mahkamah semua itu akan di pastikan terlebih dahulu, kalau tidak kes tak akan lekat.
    Terima kasih kerana komen

    ReplyDelete
  5. Salam.
    Orang-orang politik dan aktivis hak wanita yang mengaku beriman tu patut dirotan 10X6 sebatan sebab menghina hukum Islam...munafikun betui!

    ReplyDelete

Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search