Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

17 September 2009

Mohd Shubhi  /  17.9.09  /    /  2 comments
Semasa kecil saya sering dimarahi oleh ibu saya jika saya pulang lewat malam dan mandi. "Jangan mandi lewat malam, nanti paru-paru berair". Pesan mak saya. Seringkali saya akan diam-diam mandi juga kerana saya rasa itu hanyalah kepercayaan orang tua-tua dulu dan tak ada fakta kebenarannya.
Baru-baru ini satu laporan dari "The World Today" melaporkan kajian selama 3 tahun yang diketuai oleh Leah Faezal di Amerika Syarikat.
Kajian tersebut memaparkan bahawa 30% daripada alat pancuran yang diambil contoh mengandungi micro organisma yang dihubungkaitkan dengan penyakit paru-paru. Mereka mengambil sampel alat pancuran yang digunakan di serata tempat di Amerika Syarikat.
Hasil dari penelitian mereka mendapati alat pancuran yang digunakan orang ramai penuh dengan Mycobacterium Avium yang boleh menyebabkan penyakit seperti batuk kering.
Menurut kajian, bahagian dalam alat pancuran mandi merupakan tempat yang amat strategik bagi pembiakan bakteria. Apabila kita membuka pancuran untuk mandi kita menyalurkan makanan untuk bakteria dan apabila kita menutupnya kita menyalurkan bekalan oksigen.
Pancuran air yang amat halus juga dapat terserap masuk terus ke dalam paru-paru dan membawa bersamnya bakteria yang boleh mendatangkan penyakit tersebut.
Para pengkaji menyebut bahawa cara mandian yang lebih selamat adalah dengan mengunakan "Bath Tub". (Kata saya: mungkin sama juga jika kita menggunakan cara mandian tradisi kita dengan menggunakan gayung)
Walaubagaimanapun hanya mereka yang kurang daya ketahanan penyakin yang mudah terkesan dengan bakteria dari shower tersebut.
Mungkin mereka yang sering mandi dengan shower patut memikirkan semula cara mereka mandi sekarang ini dengan bertukar cara tradisi kita selama ini yang lebih selamat.
Kajian ini boleh didapati di The Journal Proceedings of the National Academy of Science, US.

2 comments:

  1. Salam Aidil Fitri untuk anda dan keluarga,

    sudah lama saya tidak singgah ke laman ini, banyak posting yang menarik dan 'intelligent' yang telah dikongsikan. Tahniah diatas pemerhatian halus anda. Posting tentang Masjid di Kuantan itu (saya pernah kesana..memang elok) menarik perhatian saya.

    Saya pernah bertarawih di Masjid Besi Putrajaya Ramadhan lalu yang hanya terdapat tidak lebih 3 saf lelaki dan satu saf wanita. Untuk masjid yang bernilai 200 juta dan terletak tidak sampai 700m dari Masjid Putrajaya ini merupakan satu pembaziran yang nyata.

    Kita kini hanya penting kulit dari isi. Kita hanya membina monumen sahaja kita tidak membina insan.

    Maaf Zahir dan batin.

    ReplyDelete
  2. Zulbahau,
    Terima kasih atas komen suntikan semangat anda.
    Selamat hari raya jua kepada anda sekeluarga.

    ReplyDelete

Back to Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search