Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

20 October 2009

Mohd Shubhi  /  20.10.09  /  ,   /  No comments

Pihak berkuasa Amerika telah membatalkan pengharaman menjual dan mengguna Ganja untuk tujuan perubatan.

Ganja boleh digunakan untuk melegakan masalah kesakitan, melegakan rasa mual dan seumpama dengannya. Di negara kita Malaysia pula Ganja digunakan oleh mereka yang bekerja kuat dengan menggunakan tenaga seperti pergi ke laut, berladang.

Baru-baru ini pula polis menangkap ramai pemandu bas menggunakan ganja untuk memberi mereka kekuatan memandu bas  untuk menambah pendapatan mereka melalui memperbanyakan trip.

Ramai juga kawan-kawan saya dulu dan masih ada lagi sebahagian kini yang menghisap ganja untuk mendapatkan idea, melepaskan stress dan tekanan kerja dan ada juga yang menghisapnya untuk bagi kuat kerja tanpa rasa letih.

Kalau dulu-dulu di kampung saya waktu kenduri ganja akan di letakkan dalam pinggan atas meja di bawah kemah untuk kenduri. Orang kampung yang datang gotong royong malam-malam akan pekena ganja sambil bertungkus lumus buat kerja persediaan kenduri.

Saya teringin nak tahu apa kata kerajaan kita terhadap aksi kerajaan Amerika ini. Adakah kita akan mengikuti langkah mereka?

Kalau kita ikut Ganja akan beredar semul;a di pasaran secara terbuka atas dasar tujuan perubatan. Mungkin akan muncul semula para pengedar Ganja yang telah lama mengundurkan diri dalam industri tersebut sekian lama sejak ianya diharamkan.

Mungkin kenduri kat kampung akan dibuat secara gotong royong semula dan tak payah letak Ayer Biak (Daun Ketum) untuk bagi berjaga dan kuat kerja....?

Ramai orang-orang lama kampung juga yang akan lega dapat menggunakan Ganja semula bagi menghilangkan kesakitan tulang belakang, sakit lutut, tahan sakit dan lain-lain lagi.

Kita tunggu dan lihat apa reaksi kerajaan Malaysia dalam hal ini.

0 comments:

Post a Comment

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search