Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

20 November 2009

Mohd Shubhi  /  20.11.09  /  , ,   /  No comments

"Engkau tak pa la, duit banyak, ada modal bolehlah berniaga, aku nak niaga apa, tak ada lansung duit !".

Ayat di atas adalah lumrah alasan yang sering kita dengar apabila bersembang bersama kawan-kawan tentang berniaga. Secara umumnya alasan ini menduduki tempat teratas kepada semua orang yang ada cita-cita atau angan-angan menjadi seorang usahawan.


Apabila kita fokuskan bahawa untuk menjadi seorang usahawan modal utama adalah wang, maka sampai bilapun kita tak mula berniaga. Memang tak dapat dinafikan untuk berniaga perlu ada wang malah dalam dunia kehidupan ini semua minda menumpukan pada wang untuk apa-apa saja.

Banyak orang berniagapun kerana nak banyak wang, dan kalau nak banyak wang kena ada wang, seperti perkataan biasa orang ramai sekarang ini, "wang buat wang".

Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu menjinakkan minda kita pada menumpukan apa kehendak kita sebenarnya selain daripada mendapatkan wang. Kita perlu meyakinkan diri kita bahawa ada banyak benda lain yang boleh merealisasikan impian kita selain dari wang.

Untuk menyakinkan minda kita dengan kepercayaan ini, kita perlu mencari contoh-contoh mereka yang berjaya mendapatkan impian mereka tanpa adanya wang. Saya berikan beberapa contoh kisah benar di bawah sebagai bukti bagi menguatkan keyakinan kita dan memberikan kefahaman tentang apa yang dimaksudkan bahawa kita boleh mencapai impian kita dengan cara lain selain dari wang.

Ibnu Hasyim - Menulis dan Mengembara

Seorang kawan saya yang memang saya tahu tidak ada wang tetapi impian dan kesukaannya adalah mengembara ke negeri dan negara orang dan berkongsikan segala pengalamannya melalui penulisan.

Dengan memfokuskan kepada impiannya tersebut, melalui jaringan kawan-kawan, dengan berbekalkan kejujurannya, sikap suka menolong dan gembira melihat orang lain berjaya dalam perniagaan dia menggunakan segala pengalamannya memberikan nasihat dan tunjuk ajar serta idea berniaga dia berjaya mencapai impiannya.

Ibnu Hasyim juga mempunyai jaringan yang banyak yang membuatkan ramai kawan-kawan akan mencarinya jika ingin menyelesaikan masalah. Semua orang tahu dia tak kedekut memperkenalkan jaringannya kepada orang lain.

Melalui aktiviti yang tersebut diatas beliau mendapat sponsor bagi merealisasikan impiannya pergi ke serata tempat. Malah jika beliau mahu memulakan perniagaan, akan ada sahaja orang yang akan sanggup memberikaannya wang sebagai modal permulaan.

Untuk impiannya sebagai penulis, beliau gunakan blog, dan blognya www.ibnuhasyim.com diikuti oleh ribuan orang setiap hari.

Osman - Mengembara di Asia Tengah dan Menunaikan haji satu keluarga.


Osman (bukan nama sebenar) mempunyai impian bagi mengembara ke asia tengah dan menunaikan haji bersama anak isterinya. Bagi menunaikan impiannya itu dia memerlukan duit yang banyak yang jika diharapkan gajinya memang tak akan cukup.

Dia merupakan seorang tenaga pengajar di salah sebuah universiti. Dengan merangka kerjayanya yang boleh digunakan untuk menjayakan impiannya, dia akhirnya mendapat satu peluang sebagai ketua ekspedisi satu rencana tv di negara asia tengah. Ini dapat merealisasikan impiannya. Dari situ juga beliau dapat membawa keluarganya sekali dalam kembaranya itu yang diakhiri dengan menunaikan haji di Mekah.

Pernah satu ketika dia amat teringin berjalan ke Iran, dengan mengintai-intai peluang, akhirnya beliau di taja oleh universitinya bagi membentangkan kertas kerja di Tehran.

Ustaz Ahmad - Pakai Merz

Kerjaya seorang ustaz bukanlah lumayan sangat, wang yang dihadiahkan oleh melalui kuliah atau ilmu yang disampaikan hanya cukup untuk menyara hidup keluarga. Namun Ustaz Ahmad mempunyai sebuat kereta Merz baru yang segala minyak dan penyelenggaraan keretanya di taja oleh orang yang suka dengan keikhlasannya.

Dari 3 contoh di atas saya rasa kita dapat memahami bahawa untuk mendapatkan sesuatu kita ada berbagai cara bagi merealisasikannya selain dari menggunakan wang.

Pengalaman saya juga memulakan perniagaan pest control tanpa ada sesen wang simpanan dalam akaun. Tapi saya masih boleh memulakan berniaga sehinggalah sekarang. Bermula dari kosong, perniagaan saya mencecah jutaan ringgit setahun.

Setelah kita yakin bahawa kita tak memerlukan wang untuk memulakan perniagaan, kita perlu megenal pasti apa yang ada pada kita sebagai modal permulaan. Kita perlu menyenaraikan perkara berikut:
1. Kemahiran
2. Kenalan
3. Reputasi

Dari senarai di atas kita perlu mengenal pasti perniagaan apa yang hendak kita jalankan, apakah yang perlu kita sediakan bagai menjalankan perniagaan tersebut dan seterusnya rujuk dari senarai apa yang kita ada bagi melengkapkan kekurangngan kita.

Ingat, selain dari wang, kejujuran, jaringan kawan-kawan, kemahiran dan idea adalah modal yang paling utama bagi memulakan perniagaan. Yang pentingnya adalah kenal pasti apa nak diniagakan dan letakkan matlamat tersebut teratas sekali dan fikirkan bagaimana mahu mulakannya.

Selamat mencuba

0 comments:

Post a Comment

Back to Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search