Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

07 April 2009

Mohd Shubhi  /  7.4.09  /    /  No comments


Klik gambar untuk gambar yang lebih besar

Di atas adalah keratan akhbar Berita Harian pada 7 April 2009 mengenai kursus-kursus perniagaan yang dianjurkan oleh Insken (Institut Keusahawanan Negara) dan MECD.

05 April 2009

Mohd Shubhi  /  5.4.09  /    /  No comments
10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil

Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan umum yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan dan pemilik perniagaan kecil. Berhati-hatilah dengan kesilapan yang amat merbahaya ini……..

1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya.
 
Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja.  Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan.Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda.  

2. Tiada Pelan Pemasaran

Pelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik  pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih dari 25  cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos. Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.

3. Tidak mengenali pelanggan anda

Perubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaing akan mempengaruhi  perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk atapun perkhidmatan tersebut.

4. Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat

Walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan  mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda  fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang  mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut.

5. Tidak peduli tentang kakitangan

Salah satu cabaran yang paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat  boleh musnah dengan segera!

6. Keliru tentang kemungkinan dengan realiti

Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.

7. Tiada pelan penjualan.

Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara  untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda.  Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang  membawa masuk jualan.  

8. Penyendiri

Anda mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.

9. Tiada  'Mastermind'

Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor! Bagi mereka yang memopunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atau sahabat yang anda percayai.Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah,  kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif.

10. Berputus Asa

Kebanyakkan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa dan menderita.

dipetik dari PUNB

04 April 2009

Mohd Shubhi  /  4.4.09  /    /  No comments
Sewaktu saya menghadiri Seminar "Unleash The Power Within" oleh penceramah motivasi #1 dunia, Anthony Robbin pada tahun 2003. Antara kata-kata beliau yang masih saya ingat ialah :

"If you do what you've always done, you'll get what you've always gotten"

(Jika anda buat apa yang anda selalu buat, anda akan dapat apa yang anda selalu dapat)


Jika kita lakukan sesuatu dengan cara yang sama, kita akan mendapat hasil yang sama juga. Ini adalah benar untuk dua-dua keadaan untuk menjadi GAGAL atau BERJAYA.

Manakala orang yang GILA pula menurut Albert Einstein ialah:

"Insanity : Doing the same thing over and over again and expecting different results"

(Gila ialah melakukan sesuatu perkara berulang-ulang dan mengharap keputusan yang sama)

Jadi untuk menjadi orang yang BERJAYA dan tidak GILA, kita perlu sentiasa mencari jalan untuk membuat sesuatu perubahan jika apa yang kita lakukan sekarang ini membawa hasil yang kurang memuaskan. 

Perubahan yang terbaik adalah perubahan yang dihasilkan oleh pemikiran yang kreatif. Jika pemikiran kreatif dapat dihasilkan dengan membuat perkara yang kebiasaannya dilakukan oleh semua orang, maka akan terdapat berduyun-duyun "creative genius" dalam dunia ini.

Pemikiran kreatif dihasilkan apabila seseorang melalukan sesuatu cara yang diluar kebiasaan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. 

Fenomena kebiasaan atau 'peraturan' ini wujud dengan kaedah seperti berikut.

1. Kita membuat sesuatu 'peraturan' yang kita rasakan sangat ideal untuk menyelesaikan sesuatu masalah bersandaran kepada alasan tertentu.
2. Kita turut dan ikut 'peraturan' ini
3. Masa berlalu dan persekitaran kita berubah
4. Kita terus menuruti peraturan asal walaupun alasan yang kita gunakan itu tidak lagi boleh digunakan pada waktu ini. 

Orang yang melanggar 'peraturan' ini untuk menyelesaikan masalah atau membuat perubahan adalah orang yang kreatif. 

Terdapat sebuah cerita mengenai Panglima Alexander dari Macedonia yang bercita-cita untuk menakluk dunia. Pada tahun 333 sebelum Masihi, Alexander dan tentera-tenteranya tiba di sebuah bandar bernama Gordium di Turki. 

Sewaktu di bandar ini, Alexander terdengar cerita mengenai sebuah simpulan tali yang terkenal di sini yang dikenali sebagai "Gordian Knot". Menurut mitos ini lagi, sesiapa yang berjaya meleraikan simpulan tali ini adalah orang yang akan menawan Asia. 

Alexander meminta penduduk di situ membawanya ke tempat terdapatnya simpulan tali tersebut dan dia pun mula berfikir tentang bagaimana untuk meleraikan simpulan tali tersebut. Selepas gagal beberapa kali, Alexander bertanya kepada dirinya. "Bagaimana aku hendak meleraikan simpulan ini ?"

Kemudiannya Alexander mendapat satu idea. "Aku akan membuat peraturan sendiri untuk meleraikan simpulan tali ini" katanya pada dirinya. 

Sejurus selepas itu, Alexander mengeluarkan pedang dan memotong simpulan tali tersebut. Maka terlerailah simpulan tali itu dan dia berjaya meleraikan simpulan tali tersebut dan menguasai Asia.
Alexander memotong simpulan tali "Gordian Knot"

Apa yang dibuat oleh Alexander adalah berfikir di luar kebiasaan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Inilah yang dikatakan kreatif. 

Simpulan tali apakah yang anda telah leraikan untuk hari ini ?

Terima kasih 


Shahabudeen Jalil
Kuala Lumpur, Malaysia
4 April 2009
Mohd Shubhi  /  4.4.09  /    /  No comments

Setelah kita dapat mengenal pasti perniagaan apa yang kita nak buat, ada baiknya kita mulakan dulu dengan merangka strategi perniagaan kita pada kertas.

Untuk membuat satu kerta kerja perancangan pernigaan kita dengan lengkap, banyak maklumat yang kita perlu kumpulkan dan ini memakan masa. Harus diingat bahawa biarlah kita mengambil masa sedikit dalam mengumpulkan maklumat dan membuat segala perangcangan dengan sesempurna mungkin agar apabila kita memulakan perniagaan kita benar-benar telah bersedia.

Kadangkala hasil dari kertas kerja yang kita buat itu mendapati yang perniagaan itu tidak berdaya saing dan tidak menarik untuk diteruskan. Lebih baik begitu daripada kita mendapat tahu setelah kita mulakan perniagaan itu dan telah membelanjakan wang yang banyak.

Strategi yang baik untuk mendapatkan maklumat dan membuat persediaan ialah dengan menceritakan apa yang kita nak buat pada sebanyak orang yang mungkin. Beri tumpuan yang lebih kepada mereka yang mengkritik kemampuan kita dalam perniagaan itu dan catitkan segala kritikan itu untuk kita renungkan.

03 April 2009

Mohd Shubhi  /  3.4.09  /    /  No comments

Jalan yang lebih selamat untuk berjaya dalam berniaga ialah memilih apa yang orang lain telah buat. Jika memilih jenis perniagaan seperti itu kita akan dapati terdapat seribu satu macam perniagaan yang boleh kita ceburi.

Ini mendatangkan satu lagi masalah untuk memilih perniagaan yang sesuai dengan kita. Kalau nak diikutkan bagi usahawan yang brfikiran positif, dia biasanya yakin dengan apa saja jenis perniagaan. Tetapi adalah lebih baik kita mulakan dengan hanya satu perniagaan, istiqamah membinanya sehingga mencapai ke satu tahap yang kita ingini.

Bagaimana nak pilih...?

1. Senaraikan perkara yang anda suka lakukan di waktu bekerja.
Memberi latihan, membuat perancangan, memberi motivasi, berjumpa pelanggan...
2. Senaraikan kegemaran masa lapang anda.
Membaca, melancong, bersukan, masuk hutan...

Berdasarkan senarai di atas carilah satu perniagaan yang anda dapat melakukannya seiring dengan perkara kesukaan anda. Contohnya bagi mereka yang suka melancong, dan gemar berjumpa orang baru dia boleh menceburkan dalam industri pelancongan, atau apa sahaja yang membolehkan dia sentiasa "out-station".

Harus diingat yang berniaga bukanlah sesuatu yang mudah. KIta akan menghadapi seribu satu cabaran. Kecekalan dapat membuatkan kita bertahan walaupun susah. Oleh itu membuat sesuatu yang kita suka banyak membantu kita meneruskan perniagaan kita walaupun menghadapi kesukaran.

02 April 2009

Mohd Shubhi  /  2.4.09  /  2 comments

Lumrah manusia mahukan kemajuan dan sesuatu yang sentiasa lebih baik. Apabila kita merancang sesuatu aktiviti, kita mahu aktiviti itu mendatangkan hasil yang lebih baik daripada yang dapat dihasilkan oleh orang lain.

Begitu juga apabila sekumpulan manusia mengambil alih pengurusan pentadbiran sesebuah organisasi, syarikat atau sesebuah negeri kumpulan yang baru mengharapkan mereka dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik dan memberikan hasil yang lebih bermakna. Begitu juga harapan orang sekeliling yang melihat samada sebagai penyokong atau pengkritik.

Saya terlibat dalam kumpulan pengurusan baru petadbiran Masjid As-Salam di Puchong Perdana. Fenomena yang saya sebutkan di atas terjadi juga. Tujuan perlantikan kumpulan yang baru adalah dengan membawa satu aspirasi inginkan satu pembaharuan yang lebih mantap dan makmur.

Atas alasan tersebut diatas juga kumpulan yang baru telah terpilih oleh orang ramai ketika proses pemilihan dijalankan.

Namun memang pelik manusia ini, kerana apabila kumpulan yang baru itu melakukan sesuatu yang amat berbeza dari kebiasaan mereka mula rasa kaget atau lebih tepat lagi merasa loya. Mereka jadi begini kerana melihat sesuatu yang baru diperkenalkan yang berbaza dari kebiasaan yang diamalkan oleh orang ramai, mereka tidak dapat menerimanya walaupun dari segi hukum samada sivil atau syariah tidak ada salahnya.

Memang lumrah manusia bersifat amat susah menerima sesuatu yang di luar dari kebiasaan, kita lebih selesa dengan cara yang kita telah biasakan diri mengamalkannya atau menerimanya. Fenomena ini juga mengakibatkan kita susah menerima kebenaran berlainan dari yang kita jangkakan.

Apabila kita mahu perubahan atau hasil yang berbeza terhadap sesuatu, mahu tidak mahu kita juga harus melaksanakan proses penghasilan yang berbeza daripada amalan biasa. Adalah mustahil dari hukum adatnya apabila kita mengharapkan sesuatu hasil yang berbeza dengan mengaplikasikan methodologi yang sentiasa sama.

Seperti kata salah seorang presiden Amerika apabila ditanya erti Gila atau tak siuman,dia berkata "apabila seseorang itu mengharapkan hasil yang berlainan dengan mengulangi aktiviti atau proses yang sentiasa sama maka itu dinamakan gila"

Jika kita mengidamkan kek coklat lalu membuatnya dengan resepi kek keju, maka nampak sangan ada sesuatu yang tak betul dalam pemikiran kita. Apalagi jika kita masih juga membuatnya sebiji demi sebiji dengan ramuan dan resepi yang sama dan dengan sabar menunggu munculnya kek coklat.

Tapi itulah kejadian yang sedang berlaku. Samada di masjid As-Salam, di beberapa negeri di Malaysia ini dan juga di merata-rata organisasi.

Namun sebagai orang yang berfikiran terbuka kita harus menggalakkan orang mengkritik kita sebagai satu sumber maklumat untuk kita mengenaliorang yang sedang mengkritik itu.
Mohd Shubhi  /  2.4.09  /    /  No comments

Hampir semua orang jika ditanya samada dia minat mempunyai perniagaan akan menjawab ya, tapi terlalu sedikit yang meneruskan impian itu. Bagi yang memang bersungguh mahu mencapai impian tersebut, antara perkara yang amat sukar sekali untuk diselesaikan ialah mengenal pasti apa yang mahu diniagakan.

Ramai yang terperangkap dengan kepercayaan untuk berjaya kita mesti memikirkan satu perniagaan yang baru yang tak ada orang lain buat lagi. Maka kita sering amat tertarik dengan produk atau perkhidmatan yang orang lain tak pernah buat.

Berdasarkan statistik yang dijalankan di Amerika, peratus mereka yang berjaya dalam menjalankan perniagaan yang baru diperkenalkan (tak pernah orang buat lagi) adalah hanya sebanyak 20% sahaja, manakala mereka yang menceburkan diri dalam perniagaan yang biasa dijalankan di mana-mana adalah sebanyak 80%.

Jadi untuk mencari jawapan pada soalan "nak berniaga apa...?", jika anda mahu peluang untuk berjaya lebih tinggi pastikan anda memilih satu perniagaan yang biasa-biasa sahaja, yang terbukti mempunyai pasaran.

Seterusnya kita hanya perlu memperbaiki perniagaan itu lebih baik sedikit sahaja dari mereka yang dah lama dalam perniagaan tersebut.
Mohd Shubhi  /  2.4.09  /    /  No comments
Malam yang dingin di bandar Guangzhou ini, saya bersama 3 orang lagi rakan duduk minum sambil menghisap shisha bersama di sebuah restauran Arab di sini. Banyak yang dibincangkan tetapi topik utama pada malam ini adalah mengenai kegagalan sesuatu perniagaan kecil. 

Masing-masing menceritakan pengalaman peribadi mengenai kegagalan masing-masing. Kita dapat mengenal kawan kita dengan lebih rapat jika dia bukan saja menceritakan kejayaan diri sendiri tetapi juga kegagalan diri sendiri. Jika dia hanya menceritakan kegagalan atau hanya menceritakan kejayaan, tentu ada sesuatu yang cuba disembunyikan.

Ini adalah kerana setiap orang pasti merasa gagal dan pasti merasa berjaya. Kejayaan itu satu proses dan kegagalan juga adalah satu proses yang berterusan dan berpanjangan. 

Kejayaan hakiki hanyalah di akhirat kelak. Apa yang kita kecapi di dunia hanyalah kejayaan dan kegagalan yang sementara.

Berbalik kepada topik kita pada hari ini iaitu mengenai kegagalan dalam perniagaan. Kami berempat sepakat dan setuju bahawa terdapat beberapa perkara yang menjadi penyebab kegagalan dalam perniagaan.

1. Terlalu banyak idea - Idea datang apabila kita bekerja dan berusaha. Idea ini tidak datang secara berkala seperti seminggu sekali atau 2 minggu sekali. Kadang-kala idea datang sekaligus dan serentak. Kadang-kala mungkin tidak ada langsung. Maka kita kena mahir untuk mengurus idea-idea yang ada.

Tidak semua idea mempunyai potensi untuk maju. Dalam masa yang sama, idea-idea ini juga tidak mampu untuk kita laksanakan dalam satu masa yang sama. Terdapat idea yang kita perlu tulis dan ingat untuk masa depan, ada idea yang kita perlu terus lupakan, ada idea yang kita boleh sampaikan sebagai cadangan untuk orang lain manfaatkan. (Apa guna kita simpan jika kita sendiri tak mampu untuk laksanakan, lebih baik bersedekah dalam bentuk ini)

2. Tidak fokus - Ini adalah kesinambungan pada perkara yang pertama. Apabila terlalu banyak idea yang hendak kita laksanakan, maka kita akan hilang fokus terhadap apa yang kita sedia lakukan. Ini kerana kita cuba untuk lakukan beberapa perkara dalam satu-satu masa. Kadang-kala perkara ini tidak ada perkaitan langsung.

Maka adalah baik jika kita cuba berada dalam satu-satu perniagaan dalam tempoh masa yang lama dan cuba untuk kembangkan perniagaan kita seiring dengan bidang yang kita ceburi. Jika kita dalam perniagaan minyak wangi, biarlah kita dalam bidang ini sehingga kita membina nama dalam bidang ini. Apabila terbau saja minyak wangi, pasti orang akan teringat pada kita. 

Jika kita menceburi bidang pelancongan sebagai ejen pelancongan yang menerima pelancong asing, maka kembangkanlah perniagaan kita juga dalam bidang yang sama seperti menceburi bidang kereta sewa, perhotelan atau penjualan cenderamata pelancong. Jangan ceburi bidang penanaman jagung atau penternakan kambing. Ini adalah kerana bidang-bidang ini adalah terlalu jauh berbeza dari bidang asal yang kita sedia ceburi.

3. Perniagaan Kredit - Sebagai peniaga kecil, kecairan wang tunai adalah sangat penting. Oleh itu cuba sedaya upaya untuk tidak menjual apa-apa barangan secara hutang atau consignment. Anda boleh untuk tidak menjual produk langsung jika tidak mendapat pasaran tunai. 

Ini mungkin kedengaran seperti agak janggal tetapi inilah realitinya. Ramai usahawan-usahawan kecil cuba untuk menggunakan rangkaian rakan-rakan untuk menjadi pengedar mereka, tetapi rakan-rakan ini tidak berminat dengan perniagaan. Mereka fikir mereka menjual barangan kita untuk membantu kita. Akhirnya, barangan terjual tetapi duit entah ke mana. 

Apabila kita bertanya mengenai duit, mereka sendiri pun tidak tahu. Kita perlu lebih tegas dalam perniagaan. Jika ada kawan hendak memulakan perniagaan tetapi tidak ada modal, minta kawan anda cari modal sekurang-kurangnya sedikit untuk memulakan perniagaan. Jika kawan anda tidak juga mampu mencari modal ini, maka dia masih belum bersedia untuk meniaga.

Jika kawan kita berkata, "dengan kawan-kawan pun kau nak berkira". Jawapan yang tepat adalah "Dengan kawan-kawanlah, aku perlu lebih tegas dan keras kerana aku perlu menjaga 2 benda utama iaitu yang pertama adalah persahabatan dan yang kedua adalah perniagaan" 

Kita tegas adalah untuk menjaga persahabatan. Kerana duit, kawan-kawan dan keluarga pun boleh bermusuhan. Lebih baik kita bertegas berbanding bermusuhan. 

Ini adalah antara 3 perkara penting kegagalan sesuatu perniagaan kecil. Terdapat banyak lagi yang mungkin kita dapat kongsi bersama dalam ruangan komen di bawah atau dalam artikel-artikel yang akan datang. 

Dalam hidup dan perniagaan, terdapat waktu-waktu yang kita perlu lihat pada kegagalan lampau kita supaya kita tidak menyeluk tangan ke dalam lubang ular yang sama. Kesalahan pertama boleh dianggap pengajaran, tetapi kesilapan kedua dalam kesalahan yang sama adalah kebodohan diri kita sendiri.

Sekian, terima kasih


Shahabudeen Jalil
2 April 2009
Guangzhou, China.

01 April 2009

Mohd Shubhi  /  1.4.09  /    /  No comments

Wujudnya sesuatu perniagaan adalah bilamana adanya sesuatu yang hendak ditawarkan kepada pengguna. Oleh itu untuk memulakan sesuatu perniagaan soalan yang perlu dijawab adalah:

Apakah yang aku ada, yang boleh ditawarkan kepada pengguna...?

Untuk menjawab soalan itu kita boleh membuat satu senarai yang menggariskan segala kelebihan, keupayaan kita yang boleh kita tawarkan kepada pengguna. Jika lansung tak ada bermakna anda harus mencari suatu pekerjaan dimana anda dapat mempelajari selok-belok industri yang anda berminat untuk menjadikan perniagaan anda.

Bekerjalah bersungguh-sungguh tanpa mengira gaji yang anda dapat sehingga anda mahir dan bersedia untuk mula berniaga sendiri.
Back to Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search