Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

07 September 2009

Mohd Shubhi  /  7.9.09  /  ,   /  No comments

Ramai pejuang kemanusiaan dan juga pejuang hak wanita memberikan komen yang menentang hukuman rotan yang telah dijatuhkan oleh mahkamah syariah terhadap seorang model sambilan yang mengaku bersalah minum arak di pusat peranginan Cherating.

Mereka melihat isu hukuman rotan tersebut sebagai sangat zalim dan tidak berperi kemanusiaan. Itulah alasan yang sangat hebat diperkatakan oleh para pejuang tersebut.

Saya amat tertarik dengan artikel temuramah dalah Mingguan Malaysia semalam bersama dengan Prof Datuk Dr Mahmud Zuhdi Abdul Majid. Beliau menyentuh tentang hukuman rotan yang digunakan dalam syarak yang sebenarnya adalah lebih baik dari hukuman penjara.

Saya terfikir juga betapa benarnya kata-kata prof itu. Hukuman penjara walaupun selama satu bulan merupakan satu siksaan mental yang amat teruk bagi manusia.

Kita manusia ini merupakan makhluk yang bersosial. Bayangkan selama satu bulan kita tidak dapat bertemu dengan kawan-kawan, saudara-mara, anak-anak, dan suami atau isteri.Bukankah amat tersiksa jadinya kita menahan rindu?.

Jika hukuman rotan, sebaik saja selesai dirotan kita akan dibebaskan menjalankan kehidupan semula, tiada tekanan jiwa dan kita bebas untuk memikirkan langkah selanjutnya samada berbuat salah lagi atau berhati-hati.

Sepatutnya mereka yang kononnya amat prihatin dan bijaksana itu memikirkan mengapa mereka tidak perjuangkan agar memansuhkan hukuman penjara?

03 September 2009

Mohd Shubhi  /  3.9.09  /  , ,   /  No comments

Dalam perniagaan ada 4 perkara penting yang kita harus berikan tumpuan.

1. Jualan & Pemasaran
2. Operasi
3. Sumber Manusia
4. Kewangan

Kita tak boleh sekali-kali lalai untuk membina tiap-tiap jurusan yang disebut kan diatas.

Jika kita baru mahu menceburkan diri dalam perniagaan, kita masih perlu melihat ke empat-empat perkara tersebut.

Contohnya jika kita mahu mulakan perniagaan Kedai gunting rambut. Kita perlu memikir perkara seperti tersebut dibawah:
1. Jualan dan Pemasaran - mengenal pasti lokasi, konsep kedai, harga perkhidmatan dan lain-lain lagi.
2. Operasi - Mengenal pasti siapa yang akan jadi tukang gunting, style guntingan, peralatan yang diperlukan dam sebagainya.
3. Sumber manusia - Menentukan gaji, prospek pekerjaan, pakej pekerjaan, latihan dll.
4. Kewangan - Modal untuk memulakan perniagaan, membeli peralatan dll.

Jika kita mempunyai semua kemahiran seperti yang tersebut diatas, maka ternyata kita tidak memerlukan seorang rakan kongsipun untuk memulakan perniagaan itu.

Tapi jika kita tidak mampu salah satu dari perkara tersebut diatas, kita memerlukan rakan kongsi untuk membantu kita menjalankan perniagaan tersebut sehingga berjaya.

Contohnya jika kita tiada modal, maka kita boleh mencari rakan kongsi yang punyai wang, jika kita tak tahu gunting rambut dengan baik, kita perlukan rakan kongsi yang mahir dalam teknik guntingan rambut.

Ringkasnya, rakan kongsi hendaklah seorang atau mereka yang dapat saling lengkap melengkapi.

Jika anda tersilap dari mula dengan memilih rakan kongsi yang tak punyai apa-apa kelebihan yang dapat melengkapi kelemahan anda, apabila perniagaan berkembang, maka anda perlu membahagikan kerja agar masing-masing mendalami dan memahirkan diri masing-masing dalam salah satu dari 4 jurusan tadi.

Jika perniagaan berkembang dan setiap rakan kongsi semuanya sama sahaja dan tidak ada kelebihan masing-masing yang boleh membantu mengembangkan lagi perniagaan, maka anda sebenarnya membawa penumpang yang berlebihan dalam satu kapal.

Jika perkara tersebut berlaku maka anda perlu mencari kapal yang baru untuk mengasingkan rakan kongsi anda dan anda tidak akan membazirkan tenaga.

01 September 2009

Mohd Shubhi  /  1.9.09  /    /  No comments

Setelah sekian lama berniaga saya kali ingin berpatah balik mencari perniagaan lain yang lebih mudah dan dapat menjana keuntungan yang lebih baik.

Semuanya disebabkan sangkaan bahawa perniagaan orang lain nampak lebih mudah dan nampak mereka semacam lebih berjaya dari pada saya.

Nasib baiklah saya punya ramai kawan yang masing-masing mempunyai perniagaan mereka sendiri dan saya sering berjumpa dengan mereka berkongsi pengalaman masing-masing.

Hasil dari perbincangan rupanya saya dapati hampir semuanya mengalami masalah yang sama, ingin menukar perniagaan lain dan lari dari perniagaan mereka sendiri.

saya merumuskan bahawa itu hanyalah salah satu dari cabaran dalam membina perniagaan kita, membina syarikat kita. Jika kita mengikut rasa hati yang tak sabar itu alamat proses pembinaan perniagaan kita akan terhenti.

maka saya akan mengingatkan pada diri saya sendiri bahawa saya sedang membina syarikat perniagaan saya dan bukannya membina kekayaan diri sendiri. Ini memerlukan kesabaran dan sentiasa sanggup belajar dari masalah dan kesilapan.

Dengan sabar, tidak jemu belajar dan terus menerus berusaha maka insyallah saya akan sampai ke destinasi yang saya inginkan.
Mohd Shubhi  /  1.9.09  /  ,   /  No comments

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search