Jom kongsi pendapat anda.
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

06 October 2009

Mohd Shubhi  /  6.10.09  /    /  No comments

Jika anda membiarkan anak anda makan gula-gula atau cokelat setiap hari, kemungkinan anak anda menjadi ganas apabila ia dewasa adalah tinggi, demikian rumusan daripada satu kajian yang dijalankan di UK.

Kajian dijalankan oleh Universiti Cardiff untuk mengenal pasti hubungkait antara pemakanan dengan keganasan. Mereka telah mengumpulkan maklumat terhadap 17,500 orang dan mendapati mereka yang setiap hari makan gula-gula atau cokelat ketika berumur 10 tahun berpotensi tinggi untuk di dapati bersalah kerana aktiviti keganasan ketika berumur 34 tahun.

69% daripada mereka yang ganas ketika berumur 34 tahun didapati makan cokelat atau gula-gula hampir setiap hari ketika mereka kanak-kanak.

Bagaimana mereka menjelaskan fenomena ini?

Pakar megatakan bahawa ia mempunyai hubungkait dengan keupayaan melawan keinginan yang meluap-luap. Seorang kanak-kanak yang mampu melatih diri menahan keinginan membina sifat kesabaran dan lebih berupaya menangguhkan keinginan mengecapi kenikmatan.

Orang tua-tua kita selalu berpesan, "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian".

Siapa yang dapat menghayati dan mengamalkan pesanan orang tua-tua di atas lebih berpotensi untuk berjaya dalam hidup.

Ada juga pakar yang komen bahawa, biasanya ibubapa kerap memberikan gula-gula pada anak-anak yang bermasalah dan susah dikawal, ini menunjukkan yang kanak-kanak tersebut memang bermasalah dari kecil.

Walau bagaimanapun saya bersetuju dengan andaian bahawa jika kita sentiasa memberikan apa saja permintaan anak-anak kita, kita tidak melatih sifat menahan sabar dan mengawal nafsu kepada anak-anak kita.

Eloklah kita menahan dan menghalang permintaan anak-anak kita sejak dari kecil walaupun kita berkemampuan, bukan kerana kita kedekut tapi untuk melatih mereka kesusahan mendapatkan sesuatu dan jika tak dapat bersabarlah.

kalu kita ikutkan anak-anak apa saja yang mereka lihat menarik mereka akan minta, jika kita ikut kaum ibu, mereka akan berinya saja dan menuduh kaum bapa kedekut jika kita tak bagi.

Ialah, siapa sanggup lihat dan sabar dengar anak meraung dan meronta-ronta minta simpati agar kita perkenankan permintaan mereka. Jika anda cair dan menunaikannya, anda sebenarnya mengajar anak anda bersifat gelojoh dan tidak dapat melawan nafsu apabila besar nanti.
Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search