Jom kongsi pendapat anda !

10 March 2010

Antara Perjuangan Isu Natrah Dan Isu Perempuan Bawah Umur Berkahwin Di Kelantan

Semalam TPM melancarkan sebuah buku yang menceritakan peristiwa Natrah: Cinta Rusuhan dan Air mata. Beliau mahu masyarakat kita mengambil iktibar bagaimana para pemimpin dulu dari parti yang berbeza dapat bangun bergabung bersama membela kesucian agama Islam yang menjadi agama Rasmi negara.

Pagi ini pula saya mendengan radio24 Bernama sibuk mengulang-ulang usi remaja perempuan bawah umur (11 tahun) yang berkahwin dengan lelaki tua yang berlaku di Kelantan. 

Para pejuang hak wanita  terutamanya Sharizat mahu ia disiasat. Ada juga terdapat temuramah dengan seorang motivator wanita yang tidak bersetuju lansung dan menggesa larangan dikuatkuasakan terhadap budak perempuan bawah umur berkahwin.


Saya mahu memberikan sedikit ulasan tentang isu tersebut maka saya membelek-belek website utusan tapi tak bertemu lansung dengan isu kahwin bawah umur yang amat digembar-gemburkan terutamanya dalam radio24.

Tapi saya terjumpa pula berita TPM melancarkan buku Natrah dan memfokuskan bagaimana masyarakat islam kita dulu yang bersatu memperjuangkan maruah agama Islam dan mengecam serta merusuh tindakan penjajah memisahkan Natrah dan suaminya dengan merujuk kepada undang-undang British yang melarang perkahwinan wanita bawah umur dan menganggapnya tidak sah.

Barulah saya perasan bahawa pimpinan kita sekarang ini terutamanya pemimpin wanita yang memperjuangkan hak kaum wanita samada sedar atau tidak sedang mempertahankan pemahaman British yang telah diwarisi mereka dari penjajah yang memisahkan Natrah dan suaminya suatu masa dulu. Sedangkan umat Islam negara kita iaitu datuk nenek kita dulu sanggup bersatu menolak fahaman sesat British.

Kini pemimpin kita pula terbalik melakonkan watak penjajah yang cuba memisahkan pasangan suami dan isterinya dibawah umur di Kelantan. saya berbau sesuatu yang tak kena disini....adakah anda berbau yang sama?. Media nampaknya pandai memainkan peranannya apabila ada unsur tidak seiringan.

Kes kahwin bawah umur amat terpencil dalam masyarakat kita, kesan negatifnya secara kajian dan ilmiah belum ada untuk kita buat rumusan. Yang nyatanya ramai yang tidak kahwin, berzina dan membunuh bayi yang tidak berdosa dikalangan mereka yang bawah umur. Lebih baik kita tangani masalah itu dahulu sebelum berlagak seperti ayam jantan yang berkokok di tengahhari, takut nanti kena sembelih.

0 comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Follow by Email