Jom kongsi pendapat anda.
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

12 March 2010

Mohd Shubhi  /  12.3.10  /  ,   /  3 comments
Ada sekali peristiwa seorang ulama yang amat terkenal di negara kita yang beritanya sering keluar di dada akhbar memberikan pandangan serta teguran dalam isu-isu semasa telah dijemput ke sebuah masjid berdekatan dengan kawasan pejabat saya di Shah Alam.

Pada hari ceramah yang diadakan selepas solat magrib tersebut kawan saya kebetulan bertugas sebagai bilal pada malam itu dengan sopan santun dan penuh hormat bangun untuk melaungkan azan kerana waktu Isya telahpun masuk.

Seperti biasa sebelum azan kawan saya itu rapatkan diri pada ulama yang sedang berkuliah atau berceramah dan membisikkan pada telinganya meminta laluan untuk melaungkan azan.


Begitulah kebiasaanya  berlaku pada setiap kuliah lepas magrib, penceramah akan berhenti sebentar untuk memberikan laluan bilal melaungkan azan. Tidak pernah seorangpun dikalangan ustaz atau ulama lain yang menentang permintaan untuk berhenti seketika bagi melaungkan azan.

Kawan saya pun merasakan tentulah ulama yang dijemput pada hari itu lebih terbuka dan tidak akan timbul sebarang masalah.

Ternyata sangkaannya dan sangkaan orang ramai meleset sama sekali pada hari itu. Secara tiba-tiba ulama itu bertempik memarahi kawan saya si muazzin malang itu di depan khalayak umum yang ramai sedang menyaksikan peristiwa itu.

"Jangan azan!, kalau nak azan juga saya akan berhenti kuliah ni tak payah sambung lagi" jeritnya dengan muka  yang amat marah.

Merah padamlah muka kawan saya terkejut dan amat malu diperlakukan sebegitu oleh ulama yang disanjunginya selama ini. Kalau tak nak bagi azanpun cakaplah elok-elok secara perlahan kepadanya, janganlah dimalukan dia di depan orang ramai.

Ramai yang menyaksikan peristiwa tersebut dan hanya menggelengkan kepala. Entah apa yang orang ramai fikirkan dalam fikiran mereka hanya Tuhan yang mengetahui.

Begitulah secebis kisah yang boleh dijadikan iktibar pada kita. Ulama yang banyak ilmu belum tentu dapat mengawal sikap panas baran mereka apabila terasa dirinya dicabar. Apatah lagi apabila ada orang yang dianggap jahil atau bodoh menyatakan pendapat mereka yang bertentangan dengan kefahaman ulama maka terus sajalah orang yang dianggap jahil itu di serang dan diperlekehkan, bukan diperbetulkan secara ilmiah dan  bersabar mendidik sijahil tersebut. Maka menjadilah sijahil makin menjauhkan diri dari mendekati ulama yang bengis. 

Nota: Gambar yang dipaparkan adalah sekadar hiasan, tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.  

3 comments:

  1. Siapakah ulama "singa" itu wahai sang penglipurlara ?

    ReplyDelete
  2. ni bukan ulamak,ini dh jd "alamak,manusia mcm ni pon ada?!"

    ReplyDelete
  3. Boy,
    Eloklah kita rahsiakan siapa ulama itu, takut nanti mengaibkan dia pula, maklumlah dia terkenal dan sering dipinta pendapat...

    Melor,
    Kita manusia semua pada hakikatnya sama saja, yang membezakan kita hanyalah taqwa. Orang yang mencari ilmu untuk dihayati dan diamalkan, menjadilah dia waris anbiya'. Orang yang mencari ilmu untuk mencari makan, tiada bezanya dengan orang awam yang lain...

    ReplyDelete

Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search