Jom kongsi pendapat anda.
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

18 June 2010

Mohd Shubhi  /  18.6.10  /  , ,   /  No comments
Ada 2 jenis lanun, satu, lanun yang merompak kapal yang lalu lalang kawasan mereka di lautan dan satu lagi yang merompak orang atau peniaga yang melalui kawasan mereka di darat.

Jenis yang di laut semua orang dah biasa dengar dari cerita dulu kala. Yang merompak di darat kita biasa dengan dalam sejarah atau cerita dongeng dari asia tengah. Lanun di asia tengah atau di tanah arab merompak kafilah perdagangan yang merentas padang pasir dari satu bandar ke bandar lain dulu kala.

Ada juga lanun darat ditonjolkan di dalam filem-filem melayu yang merompak di kampung-kampung. Oleh kerana pengankutan utama dahulu adalah kjalan laut maka lanun amat berkait rapat dengan jalan laut dan menggunakan kapal.

Evolusi lanun bergerak seiring dengan perkembangan zaman moden. Masih ada lanun laut sekarang seperti di perairan Afrika tetapi mereka mempunyai perlengkapan senjata serta kapal yang canggih.


Lanun darat pula sekarang dah bertukar menjadi kumpulan gangster atau individu perseorangan yang merompak rumah serta bank. Kedua jenis orang jahat ini masih tetap sama dari segi keganasan mereka.

Dalam dunia perniagaan kontaraktor sekarang ada satu jenis lagi lanun moden yang berevolusi secara profesional. Mereka menyamar bekerja di agensi kerajaan yang memberikan kontrak kepada para usahawan untuk kerja-kerja penyelenggraan dan pembinaan harta orang awam.

Dalam agensi kerajaan tempatan yang berlumba membaiki ketelusan pemberian kontrak kepada para usahawan, prosedur menyaringan serta pemilihan para pembida projek kecil-kecil (Kontraktor Kelas F) di jalankan dengan telus untuk memilih mereka yang layak.

Maka urusan pemilihan pembida yang layak berkemungkinan berjalan dengan telus dan dapat menghindari rompakan projek oleh kontraktor yang berketurunan lanun.

Walaubagaimanapun lanun-lanun profesional ini bijak berevolusi. Mereka akan mendapatkan senarai pembida yang berjaya dan mula menghubungi tuan punya syarikat agar meng-sub-kan kerja kepada ahli kumpulan lanun mereka. Biasanya pembantu teknikal akan menghubungi kontraktor bagi pihak jurutera atau ketua jabatan bagi mengarahkan kontraktor menghubungi Bos mereka untuk berbincang.

Kontraktor sebenarnya tidak mempunyai pilihan selain dari menurut arahan memberikan kerja yang mereka dapat kepada pihak lanun yang diketuai oleh kumpulan lanun dalam agensi kerajaan tempatan tersebut. Jika kontraktor berkeras juga mahu melaksanakan sendiri projek itu, alamat mereka akan ditimpa bencana kerugian hasil dari gangguan seribu macam alasan bagi menggagalkan projek yang kontraktor jalankan, kerana mereka mempunyai kuasa penuh atas spsesifikasi serta kelulusan kerja tersebut.

Adakah satu sistem yang dapat membendung kegiatan lanun-lanun di atas?. Jawapannya ialah tidak selagi darah keturunan lanun mengalir di dalam tubuh bada menusia jenis ini. Hanya iman dan kepercayaan kepada hari akhirat sahaja yang mampu mengubah mereka. Malangnya ramai manusia zaman moden ini merupakan pengganut kepercayaan material. Mereka berTuhankan "Duit" dan merujuk kepada Kitab Kapitalis dan cara beribadat bereka adalah "entertainment".

Lebih banyak mereka berhibur, menandakan lebih kuatlah amalan kepercayaan mereka. Moga kita dilindungai Allah dari terjerumus dalam kesesatan zaman moden ini. Amin!.

0 comments:

Post a Comment

Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search