Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

27 July 2010

Mohd Shubhi  /  27.7.10  /  ,   /  No comments
Kerajaan akan meminda akta kebankrapan 1967 bagi memberi peluang kedua kepada para usahawan yang jatuh muflis akibat salah niaga atau tak tahu niaga. Baca laporan lanjut dengan klik di sini.

Ramai usahawan dari kalangan kenalan saya yang telah jatuh muflis bukan disebabkan oleh berniaga, tetapi kerana menjadi penjamin kawan atau saudara yang meminjam duit dari bank. Kebanyakan dari mereka sebenarnya pandai mencari peluang untuk menyara kehidupan mereka dengan berniaga.

Walaupun diistihar muflis, tak ada yang putus asa dan hilang arah untuk meneruskan perniagaan mereka. Terdapat berbagai cara untuk menyelesaikan masalah kedudukan mereka yang jatuh muflis.


Sebenarnya mereka jarang memerlukan pinjaman dari bank untuk menjalankan perniagaan mereka kerana mereka sendiri tahu tiada guna pergi mendapatkan pinjaman dari bank yang selalunya menolak mentah-mentah segala permohonan dengan seribu satu macam alasan.

Orang yang berniaga semua tahu bahawa pihak bank hanya mahu berkawan kepada mereka yang banyak duit. Mereka yang memerlukan atau terdesak untuk mendapatkan duit, pihak bank akan menjauhkan diri dari mereka.

Bagi meneyelesaikan kekecewaan seperti di atas kebanyakan dari usahawan akan menjadi kreatif bagi menyelesaikan masalah kewangan mereka. Saya rasa ramai usahawan yang sejati di luar sana dan mereka hidup penuh dengan cabaran, dan itulah yang sebenarnya yang mematangkan mereka.

Jika kerajaan sanggup menolong membantu mereka yang jatuh muflis dengan memberikan peluang kedua, saya tidak nampak kenapa kerajaan tidak boleh menggiatkan lagi usaha membantu para usahawan sejati yang tidak muflis.

Kerajaan sepatutnya menggerakkan semua agensi bantuan kewangan kerajaan seperti MARA agar lebih aktif dan agresif turun ke padang mencari para usahawan sejati. Lihat di sekeliling mereka, lihat di dalam akhbar, lihat di dalam website dan cari serta cari dengan bersungguh mereka yang sejati.

Apabila berjumpa datang melawat pejabat operasi mereka, lawat tuan punya syarikat, kaji bagaimana kerajaan dapat membantu dari segi kewangan dan sebagainya. Sudah tentu ini akan banyak membantu para usahawan sejati yang biasanya terkurung dengan aktiviti berniaga mereka dan tidak berkesempatan mencari atau mendapatkan bantuan kerajaan.

Jika ini dapat dilaksanakan oleh kerajaan sudah tentu sekejap sahaja kita akan dapat menyaingi negara lain di sekeliling rantau ini.

0 comments:

Post a Comment

Back to Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search