Jom kongsi pendapat anda !

19 July 2010

Tiba-Tiba Semua Jemaah Masjid Bukit Puchong DiBawa Bersolat Jumaat Di Masjidil haram!!!

Kejadian menjadi gempar pada hari Jumaat baru-baru ini di Masjid Bukit Puchong. Tiba-tiba semua para jemaah berada di Masjidil Haram. Ramai yang mengeluarkan air mata menangis terharu mendengar azan yang dikumandangkan oleh ketua muazzin Masjidil Haram Mekah sebaik sahaja waktu zohor masuk. Semua para jemaah solat jumaat di Masjid bandar Bukit Puchong terkedu, diam dan penuh kusyuk mendengarkan alunan suara muazzin.

Bagi mereka yang ada jiwa agama tentu pernah dengar lagu atau irama laungan azan daripada masjidil haram, mungkin ada yang pernah mendengarnya di radio atau TV dan ramai yang kenal benar suara seperti itu. Tetapi tiba-tiba susuk tubuh orang yang punya suara terkenal itu berada di depan mata semua para jemaah masjid bukit puchong.

Adakah kami berada di masjidil haram?, timbul pertanyaan. Warga kariah Masjid Bukit Puchong sebenarnya amat bertuah kerana orang yang melaungkan azan pertama dan kedua pada hari jumaat baru-baru ini merupakan ketua muazzin masjidil haram yang singgah bersolat jumaat di Masjid mereka.

Anda boleh klik di sini untuk melihat gambar serta mendengan rakaman azannya pada hari jumaat lalu.
Rakaman laungan azan Sheikh Ali Mulla di Masjid S Alam di sini

0 comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Follow by Email