Jom kongsi pendapat anda !

17 August 2010

Hikayat Abdullah - Ditulis Semula

Buku yang telah ditulis oleh Munsyi Abdullah pada zaman orang putih menjajah Melaka dahulu ini telah ditulis semula dengan menggunakan gaya bahasa yang moden tanpa mengubah isi kandungannya. Pada halaman tertentu bahasa serta gaya asal di kekalkan bagi menceritakan atau memberikan gambaran yang lebih jelas.

Agak malang ketika zaman itu, orang kita terlalu sedikit yang mampu menulis. Kalau dapat menulispun mereka tidak mengambil usaha menceritakan pengalaman hidup sepertiman yang telah diusahakan oleh Munsyi Abdullah ini.

Kalau ramai yang berbuat begitu, maka kita akan dapat gambaran suasana tempat, keadaan masyarakat dan gambaran pembangunan di serata tempat di tanah air kita.

Membaca buku Hikayat Abdullah, kemudian melawat ke Melaka membuatkan kita menyelusuri semula sejarah yang telah digambarkan oleh Munsyi Abdullah di dalam bukunya.


Banyak maklumat yang penting dan menarik yang dapat dicedok dari tulisan dalam buku ini terutamanya dari segi sejarah perkembangan di Negeri Melaka dan juga di Singapura.

Walaupun ramai orang melayu yang agak membenci Munsyi Abdullah kerana sifat keterlaluannya memuji-muji orang putih serta mengkeji orang melayu, namun kita perlu tolak ke tepi sebentar untuk membaca buku ini sampai habis, ada banyak manafaatnya.
Pemandangan dari atas bukit kubur belanda

Gereja lama di bandar hilir di waktu pagi

Tingkap macam ni dah susah nak cari

Sejarah peninggalan penjajah

Tangga naik ke kubur belanda

Bangunan lama masih kekal

0 comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Follow by Email