Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

13 August 2010

Mohd Shubhi  /  13.8.10  /  ,   /  1 comment
Antara perkara yang diungkitkan dalam siri-siri kunjungan ke Sabah ialah terdapatnya aktiviti pemberian kerakyatan kepada warga asing yang datang ke sana ketika pilihan raya.

Mereka yang mendapat status warganegara dengan diberikan kad pengenalan atau mykad, akan segera didaftarkan sebagai pengundi agar dapat memangkah undi mereka pada pilihan raya.

Sudah tentu mereka yang berbesar hati mendapat taraf warganegara hasil pertolongan daripada pihak tertentu akan sanggup berbuat apa saja yang patut demi membalas jasa, maka apabila disuruh mengundi atau memangkah parti tertentu dalam pilihan raya, ianya kan diikuti dengan senang hati.

Hasil daripada itu, sepertimana kata Jeffrey Kitingan, ia merupakan satu pencabulan hak menentukan pemerintah terhadap warga Sabah, dimana keputusan telah menjadi berat sebelah hasil daripada kegiatan memberikan taraf kewarganegaraan.


Sejauh mana kebenaran cerita pemberian taraf kewarganegaraan secara besar-besaran ini berlaku setakat ini tidak dapat dibentangkan secara terperinci statistiknya, namun ianya memang ada berlaku di sana sini apabila orang asing yang kita dapat mengenal pasti memang pendatang mampu menunjukkan mykad yang membuktikan kewarganegaraan mereka.

Kalau dilihat secara positif, pemberian taraf kewarganegaraan kepada orang asing seperti warga Pakistan mungkin perlu dipergiatkan oleh kerajaan kerana saya melihat kebanyakan mereka merupakan manusia yang amat rajin berusaha mencari rezki dengan berniaga.

Ada seorang warga pakistan yang saya kenal di sebelah utara sana yang datang ke Malaysia dan mula berniaga dengan menjual barangan seperti karpet dan lain barangan rumah sekeliling kampung menaiki basikal. Peningkatan kemajuan perniagaannya nampak ketara dari tahun ke tahun.

Dari basikal, bertukar ke motosikal, kemudian kepada kereta, kemudian kepada van dan sekarang ini dia memiliki sebuah kedai perabot yang besar dan maju perniagaannya di utara sana.

Sepanjang perjalanan saya di serata tanah air, saya lihat kini merata tempat terdapat kedai-kedai perabot kepunyaan warga pakistan yang datang sebagai pendatang di negara kita.

Di kawasan Puchong saja ada lebih dari 4 kedai perabot kepunyaan warga pakistan, malah mereka juga menjalankan perniagaan membaiki barangan elektrik dan lain-lain peralatan rumah.

Malah sehingga di kawasan pendalaman Sabah dan juga di Kaki Gunung Kinabalu, Kundasang juga ada kedai perabot yang diusahakan oleh warga Pakistan.

Dalam perniagaan peruncitan pula kita dapat melihat kebanjiran warga Aceh yang membuka kedai-kedai runcit di serata tempat di Lembah Kelang, malah pembekalan ayam basah ke pasar-pasar borong telah dimasuki oleh mereka.

Kita memerlukan warganegara yang rajin dan mampu berdikari seperti mereka yang saya sebutkan diatas, ini dapat mengimarahkan ekonomi negara secara umumnya serta meningkatkan ekonomi orang islam di Malaysia.

Mungkin kita perlu melihat semula sistem pemberian taraf kewarganegaraan kepada para pendatang asing terutamanya yang beragama islam agar ianya menjadi lebih mudah kepada mereka yang terbukti berjaya dan gigih berusaha meningkatkan taraf ekonomi mereka.

1 comment:

  1. Walaupun post ini sudah lama tapi saya rasa terpanggil untuk komen kerana saya rasa bosan dan muak dengan masalah yang terang-terangan.bukan hanya di pekan besar malah hingga ke ceruk2 kampung perniagaan dikuasai pendatang asing.pernahkah kita terfikir walaupun mereka ini diberikan taraf sebagai warganegara,mereka masih mempunyai keluarga di kampung halaman mereka.taraf warganegara hanya lesen untuk berniaga dan mencari wang dan seterusnya dihantar pulang ke kampung halaman masing2.wang keluar begitu banyak dan peluang rakyt tempatan juga terjejas kerana warga asing memonopoli hampir beberapa bidang perniagaan.sukar untuk warga tempatan bersaing kerana warga asing tidak memerlukan untung yang banyak kerana nilai wang malaysia sudah cukup besar.mereka mempunyai group yang membantu antara satu sama lain.membeli secara pukal dengan harga yang murah dan mengagihkan kepada rakan2 di setiap tempat.berkahwin dengan orang tempatan untuk menggunakan nama isteri mendapatkan lesen kedai dan lain2.rimas..apa nak jadi dengan malaysia.kenapa orang yang bertanggungjawab tidak nampak semua ini sedangkan perkara ini terlalu berleluasa.cuma saya risaukan anak bangsa.takut menjadi hamba di tempat sendiri.tidak mustahil kerana ekonomi telah dikuasai oleh warga asing.

    ReplyDelete

Back to Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search