Jom kongsi pendapat anda.
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

04 August 2010

Mohd Shubhi  /  4.8.10  /    /  1 comment
Semenjak kenaikan harga rokok tidak henti-henti dari 10 tahun lalu, permintaan rokok daun iaitu sejenis rokok tradisional yang biasa di gunakan di kampung-kampung menjadi amat tinggi.

Dulu agak sukar untuk melihat perokok yang menghisap rokok daun di kawasan bandar-bandar seperti di KL ini, tetapi kini kelihatan semakin ramai yang mengenepikan perasaan kolot atau kekampungan untuk menghisap rokok daun di bandar, semuanya angkara kenaikan harga rokok yang semakin tinggi.

Di Pulau Pinang, satu jenama tembakau jawa yang amat terkenal dan masih lagi bertahan sejak zaman atuk saya dahulu adalah Tembakan Cap Jeti lama.


Baru-baru ini saya berkesempatan singgah di kedai yang menjual tembakau jeti lama tersebut di Butterworth. Jurujual yang bertugas pada hari itu ialah seorang nyonya tua yang kelihatan sentiasa tertidur ketika menunggu pelanggannya. Apabila datang saja pelanggan dia akan bingkas terjaga dan mula melayan pelanggannya.

Di sebelah utara banyak jenama yang telah lama terkenal dan masih lagi bertahan seperti Tembakau Cap Misai Beng Siong di Kedah, Tembakau Cap Cawan dan sebagainya. Kini berbagai jenama mula muncul dan ramai orang yang mula menjual rokok daun serta tembakau di Pasar malam, cuma saya masih belum jumpa lagi orang menjual tembakau di pasar malam di kawasan KL atau di Selangor.

Jika trend kenaikan harga rokok berterusan, alamat permintaan rokok daun tembakau jawa juga akan mengalami kenaikan permintaan. Ini mungkin dapat menambahkan lagi pendapatan para pengeluar daun rokok di kampung-kampung. Saya ada mendengar bahawa sudah terdapat orang yang mengimport daun rokok dari Indonesia bagi memasarkannya di negara kita malaysia.

Permintaan terhadap daun rokok amat tinggi sekarang ini terutama terhadap daun yang bermutu tinggi. Di Market Permatang Pauh contohnya, sebaik saja daun rokok baru di hantar oleh pengusaha di kedai, berebur orang ramai mendapatkannya dan kesemuanya akan habis dalam masa yang singkat.

1 comment:

Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search