Jom kongsi pendapat anda.
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

07 September 2010

Mohd Shubhi  /  7.9.10  /  ,   /  No comments
Semalam merupakan malam terakhir para imam jemputan mengimamkan solat tarawih di Masjid Al-Falah, Subang Jaya. Sedikit upacara ringkas penyampaian cenderahati dari pihak Masjid kepada kedua-dua imam jemputan diadakan selesai sahaja solat insya. Mereka diberi kesempatan berucap sepatah dua kata kepada para jemaah.

Secara ringkasnya mereka mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua para jemaah dan umumnya rakyat muslim di Malaysia yang mereka sifatkan sebagai masyarakat muslim yang hebat dan baik hati.


Mereka membandingkan semua tempat penempatan muslim di seluruh dunia seperti di Amerika, Kanada, Asia Tengah dan lain-lain lagi yang pernah mereka sampai, tetapi ternyata akhlak para muslim Malaysia adalah yang terbaik dari segi layanan, keramahan.

Satu pesanan dari Sheikh Ahmad Al-Hadad yang muda remaja ini agar semua rakyat muslim negara ini menghantar anak-anak mereka mempelajari al-quran, menghafal al-quran.

Beliau menunjukkan contoh ketiga-tiga imam masjid al-falah yang hafiz al-quran dengan baik, tiada masalah yang dihadapi mereka dalam menghafal al-quran walaupun mereka bukanlah berbangsa arab.

Selepas itu, katanya lagi jika mahu mempelajari ilmu lain ke mana universiti sekalipun nescaya akan selamatlah anak-anak kita.

Saya merenung kata-kata imam itu dan terfikirkan betapa perbezaan orang melayu yang hafaz al-quran dengan mereka orang arab yang juga hafaz al-quran. Setiap kali mereka membacanya mereka menghayati segala makna, ayat dari firman Allah, maka terhasillah nada yang menggambarkan maksud ayat.

Maka tidak hairanlah apabila para hafiz arab membaca quran di tambah dengan suara yang lunak, kita seolah-olah dibawa bersama ayunan makna dari intonasi suara imam. Sedih, takut, mengharap, memohon, ngeri dan sebagainya.

Amat berlainan sekali apabila kita orang melayu membaca quran, apapun kita tak faham, kita terpaksa menghafal bahasa, terpaksa menghafal lagu, tajwid, serta intonasinya sekali. Silap cara, ayat ancaman kita baca dengan nada gembira manakala ayat ganjaran atau syurga kita baca dengan nada sedih pilu.

Saya rasa saya nampak sekarang kenapa fatwa Imam As-Syafie mewajibkan umat islam mempelajari dan memahami bahasa arab, tapi kita lebih suka memahirkan diri dalam bahasa inggeris, kerana kita mahu menjadikan buku-buku serta ilmu inggeris sebagai rujukan serta contoh ikutan.

Maka umat islam jatuh hina tak bangun-bangun, bahasa arabpun kita bengap bahasa inggerispun kita tak ke mana.

0 comments:

Post a Comment

Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search