Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

23 September 2010

Mohd Shubhi  /  23.9.10  /    /  2 comments
Sebelum beli kamera lagi saya dah mula menaruh minat terhadap bidang kamera ini dan sudah tentu terlalu banyak yang perlu saya pelajari untuk memahirkan diri saya.

Saya dah mula mengenali apa yang orang sebut Kamera SLR dan pada masa itu saya sedikitpun tak paham apa yang diterangkan oleh jurujual ketika saya mebelek-belek perbezaan berbagai komputer yang ada. Apabila saya tanya apa beza gambar kamera compact dengan kamera SLR, jurujual itu berkata kalau kamera SLR yang mahal itu anda akan dapati gambarnya lebih hidup seperti 3D, kalau compact tak mampu buat buat begitu.


Ini hasil yang saya tak puas hati dengan Ricoh GX200, bagi ISO melebihi
800, gambar nampak macam bertepung, saya mula faham apa itu bacaan
ISO dan apa kelebihan "fast Lense". Apa yang nak saya tumpukan ialah

gambar anak saya tetapi semua imej dalam gambar terang walaupin saya
letakkan bukaan shutter kepada yang paling besar (f2.5), ini satu lagi 
kelemahan kamera compact.
Dengan pemahaman sebegitu saya terus berazam nak beli SLR tapi untung kawan saya memberikan cadangan untuk beli kamera murah dulu dan mula meneroka satu persatu dunia kemera. Ini lebih memudahkan saya mempelajari selok belok kemera daripada saya terus membeli SLR dan takut nanti saya 'hangat-hangat taik ayam'.

Saya terima nasihatnya dan satu hari saya terus beli kamera Ricoh GX200 yang compact tapi mempunyai beberapa ciri-ciri kawalan seperti kamera SLR. Maka saya saban hari membelek kamera tersebut dan mencuba berbagai-bagai jenis gambar untuk diambil.

Semakin hari saya semakin memahami dunia kamera dan semakin saya tahu bagaimana kelebihan menggunakan kamera tertentu semakin saya tak puas setakat hanya memiliki Ricoh GX200. Tetapi say perlu bersabar dan teruskan aktiviti kamera saya kerana saya tetap yakin yang manghasilkan gambar yang baik adalah jurukamera itu dan bukanlah jenis kamera apa yang kita pakai.

2 comments:

  1. Abdullah,
    sila tengok maklumat kat sini http://www.bhphotovideo.com/c/product/648488-REG/Panasonic.html

    pilih lens yang sesuai dengan keperluan...

    ReplyDelete

Back to Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search