Jom kongsi pendapat anda !

27 September 2010

Suasana Damai Di Ulu Yam

Kenapa saya rasa berbaloi untuk memberikan perhatian dan membina minat terhadap dunia kamera ini ialah apabila ianya dapat digunakan sebagai serampang dua mata dalam membina hubungan keluarga.

Seorang isteri yang sepenuh masa bertugas sebagai suri rumah tangga sudah tentu ingin melepaskan rasa lelah dan bosannya terperuk di rumah sepanjang minggu.

Hari yang baik untuk aktiviti itu adalah pada hujung minggu atau pada masa cuti-cuti tertentu di mana suaminya tidak bekerja.

Saya pula apabila mempunyai kamera, pantang ada kelapangan masa cuti akan mengatur rancangan lawatan atau kembara ke destinasi tertentu yang membolehkan saya mengambil gambar.


Anak-anak pula, apa sahaja yang boleh dikategorikan sebagai berjalan menjadi kegembiraan mereka apa lagi jika dapat pergi ke kawasan perkelahan yang ada sungai atau air terjun.

Hujung minggu baru-baru ini saya mengajak semua ke Ulu Yam untuk berkelah sambil saya berlatih mengambil gambar pemandangan di sana. Pagi-pagi lagi kami berangkat dari rumah menuju ke Batu Caves dan seterusnya menyelusuri ke kawasan perkelahan di Ulu Yam. Saya perlu sampai ke sana awal ketika tiada manusia lagi sampai bagi memudahkan saya mengambil gambar alam sekitar. Sampai awal juga membolehkan kami sekeluarga memilih tempat yang selesa dan sesuai untuk kami sekeluarga.

Waktu pagi juga merupakan masa yang amat sesuai untuk merakamkan gambar alam sekitar dengan keadaan cuaca yang redup dan segar ia dapat menimbulkan suasana damai dan menambahkan lagi warna-warna segar pada alam sekitar. Di Ulu Yam di sediakan pondok-pondok kecil yang dapat kita jadikan tempat berteduh sepanjang perkelahan di sana.

Berikut saya paparkan hasil gambar yang dapat di rakam sepanjang pagi itu. Siapa sangka tak jauh dari pusat bandar KL ada kedamaian dan kesegaran. Kesemua gambar di ambil dengan menggunakan kamera kompak Ricoh Caplio GX200 saya. Klik pada gambar untuk besarkannya.







0 comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Follow by Email