Jom kongsi pendapat anda !

08 October 2010

Renungan Jumaat - Tegakkan Keadilan!

" Wahai orang-orang beriman!,  jadilah kamu penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah, walaupun terhadap dirimu sendiri, ibubapa dan kaum kerabatmu..."
An Nisa' 4:135

Renungan Kehidupan.
Menegakkan keadilan bermakna meruntuhkan kezaliman. Bagaimanakah seseorang itu dikatakan tidak adil?, apa sahaja definasi yang akan kita katakan tentang tidak adil hanya akan menjurus kepada dua perkara sahaja;


  1. Tidak adil apabila kita mengambil hak orang lain yang bukan kepunyaan kita.
  2. Tidak adil apabila kita melangar sempadan ketetapan yang telah ditetapkan oleh mereka yang berhak menentukan mana yang boleh mana yang tidak boleh.
Paling utama yang dapat kita rumuskan dalam dua makna di atas ialah bahawa Tuhan itu walau bagaimana dan apacara sekalipun sentiasa Adil, kerana tidak ada sesuatupun yang bukan hak kepunyaanNya.

Begitu juga Dia yakni Allah tidak ada sesuatupun yang lebih berkuasa yang boleh menentukan mana boleh mana tak boleh. Maka pusinglah ikut manapun tidak dapatlah kita temui bahawa Allah itu zalim bahkan dia Maha Adil.

Ayat di atas menyeru kepada orang-orang beriman agar menegakkan keadilan, bukan sahaja kita disuruh berlaku adil bahkan kita disuruh menegakkannya apabila berlaku ketidakadilan melalui persaksian dan yang seumpama dengannya bahkan terhadap diri kita sendiri.

Antara benda yang dipandang remeh dalam kehidupan kita ialah menurut ketetapan undang-undang yang telah digubal oleh mereka yang punyai hak menggubalnya (asalkan undang-undang tersebut tidak bertentangan dengan syariat).

Contoh yang paling mudah ialah seperti melanggar lampu isyarat lalu lintas, merah berhenti, hijau jalan dan kuning bersedia untuk berhenti, apabila kita melanggarnya maka kita berlaku zalim!.

Begitu juga undang-undang di tempak kita bekerja, selagi ianya tidak bertwntangan dengan syariat, maka kita telah berlaku zalim atau tidak adil jika melanggarnya.

Wallahu'alam. 

0 comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Follow by Email