Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

23 November 2010

Mohd Shubhi  /  23.11.10  /  ,   /  No comments

Darul Uloom
Fatwa yang dikeluarkan oleh Darul Uloom Deoband, Uttar Pradesh India telah mencetuskan perdebatan samada perlu menerima keputusan fatwa tersebut yang telah menjatuhkan talaq tiga kepada pasangan muda suami isteri yang bersenda menaip perkataan 'talaq' sebanyak 3 kali kepada isterinya.

Para ulama di Darul Uloom menegaskan pasangan tersebut telah jatuh talaqnya dengan talaq tiga yang memberi maksud bahawa si suami tidak dapat merujuk semula kepada isterinya melainkan setelah habis iddah, kemudian berkahwin dengan lelaki lain, bersama dengan suami barunya, kemudian memohon cerai dari suami itu, dan menghabiskan tempoh eddah, barulah mereka boleh berkahwin semula.

Kalau di negara kita, orang biasa memanggil lelaki pak sanggup yang mengambil isteri yang telah dijatuhkan talaq tiga untuk berkahwin sementara sebagai 'cina buta'. Risiko bagi mengambil cina buta ialah apabila pasangan berkahwin yang sepatutnya untuk sementara waktu, mula berkenan dan seronok untuk meneruskan nikah mereka. Alamat putih matalah bekas suami yang menunggu.

Perkahwinan adalah sesuatu yang tidak boleh dipermainkan, itulah yang saya semat di dalam hati hasil daripada pesanan guru-guru agama semenjak kecil. Saya pegang sehingga kini dan perkataan cerai atau talaq merupakan perkataan yang mahal yang perlu difikirkan sebanyak 10 kali sebelum dilafazkan.

Saya sekali-kali tidak akan menjualkannya dengan harga murah kerana saya beranggapan hak menjatuhkan talaq berada di genggaman saya yang akan saya genggam selagi hayat dikandung badan, insyallah.

Kebanyakan mereka yang mudah bermain dengan talaq ialah mereka yang jahil dan kurang pendedahan dengan ilmu agama, tidak berkawan dengan mereka yang ada ilmu agama dan tidak berusaha mendapatkan ilmu agama. Biasanya mereka ini kurang penghayatan terhadap agama, maka segalanya menjadi permainan dalam hidup mereka.

Elok di pertahan kan fatwa keras seperti di atas agar kita tidak mengambil sikap sambil lewa dengan perkahwinan.

Baca berita asal dengan klik di sini.

0 comments:

Post a Comment

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search