Jom kongsi pendapat anda.
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

29 December 2010

Mohd Shubhi  /  29.12.10  /  ,   /  No comments
Ketua pergerakan Syiah Malaysia menuntut perlindungan daripada Suruhanjaya Hak Asasi agar mereka dapat megamalkan fahaman mereka dengan bebas. Ini berikutan penangkapan seramai 200 pengikut fahaman Syiah baru-baru ini di Batu Cave Selangor. Demikian laporan dari sebuah portal Amerika di sini.

Ketuanya yang tidak di sebut pula nama memberitahu terdapat seramai 40,000 penganut fahaman Syiah di Malaysia yang mengamalkan fahaman mereka secara sembunyi. Terdapat seramai 15% daripada umat Islam di dunia yang menganut fahaman Syiah di seluruh dunia, namun di Malaysia aliran yang dibenarkan sebagai anutan hanyalah fahaman Sunnah.

Dalam laporan lain ada di namakan ketua mereka iaitu "Kamil Zuhairi Abdul Aziz", lihat sini


Jumlah 40,000 itu bukanlah satu jumlah yang kecil. Saya yakin dalam masa terdekat ini ia akan meningkat lagi dengan lebih ramai memandangkan kegiatan para da'ie Syiah ini amat aktif sekali menyebarkan ajaran mereka.

Ramai jyga yang saya kenal yang sebelum ini lansung tidak memperdulikan amalan agama (sunnah) tetapi tiba-tiba menjadi pencinta 'Ahlul Bait' dan menjadi pengikut tegar ajaran Syiah dan berhujah serata tempat. Banyak buku-buku rujukan mereka boleh didapati dengan senang dan amat pelik apabila orang yang saya kenal sebelum ini amat malas membaca mula menjadi pembaca tegar buku-buku syiah yang tebal-tebal.

0 comments:

Post a Comment

Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search