Jom kongsi pendapat anda.
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

07 January 2010

Mohd Shubhi  /  7.1.10  /    /  No comments

Susulan perubahan cuaca dunia, saintis memberikan amaran akan kemunculan berbagai-bagai penyakit baru yang bakal melanda manusia yang berpunca dari haiwan.

Setakat ini laporan menyatakan bahawa sebanyak 45 jenis penyakit jankitan dari haiwan telah dikenal pasti dan banyak lagi dalam senarai menunggu.

Pada permulaan revolusi perindustrian, negara yang membangun mencatatkan penurunan terhadap kes-kes penyakit berjangkit. Apabila aktiviti perindustrian ini meningkat tinggi, manusia menghadapi penyakit baru yang merbahaya seperti kanser, alergi dan kelahiran cacat.

Kini fasa baru pula berlaku dimana penggondolan hutan serta pemusnahan habitat haiwan membawa manusia amat dekat dengan haiwan yang tidak pernah dialami sebelum ini dalam sejarah dunia.

Contoh yang paling baik dalam kes jangkita penyakit dari haiwan ke manusia adalah penyakit HIV yang datang dari Chimpanzee turun kepada manusia di Afrika Barat. Setakat ini seramai lebih 25 juta manusia telah mati akibat dari wabak HIV ini. Begitu juga dengan wabak seperti SARS, H1N1 baru-baru ini yang melanda dunia.

Menurut David Murell, pakar ekologi dari Universiy College London, sejal 1940 sebanyak 300 jenis penyakit baru telah muncul dan sebanyak 60% dari penyakit tersebut adalah dari jangkitan haiwan yang turun kepada manusia.

Daripada 60% jangkitan yang datang dari haiwan tersebut sebanyak 70% darinya adalah dari haiwan liar.

Proses penerokaan menjadikan kawasan penempatan menyebabkan manusia menghampiri binatang yang menjangkitkan penyakitnya kepada manusia, dengan arus globalisasi pula memburukkan lagi penyebaran penyakit ke seluruh dunia dengan mudah cepat.

Antara penyakit yang telah melanda dan datang kembali dengan wajah baru yang sedang dikaji oleh para saintis adalah seperti Malaria, penyakit Lyme yang disebarkan oleh kutu yang terdapat pada rusa, Hantavirus penyakit bawaan tikus, Penyakit West Nile yang disebarkan nyamuk, Schistosomiasis penyakit bawaan siput sungai dan lain-lain lagi.

05 January 2010

Mohd Shubhi  /  5.1.10  /  ,   /  No comments

Menteri Dalam Negeri hari ini memfailkan permohonan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly. Dalam masa yang sama satu rayuan terhadap keputusan tersebut telah difailkan juga.

Segala usaha yang dilakukan oleh KDN dalam menyelesaikan isu tersebut harus mendapat pujian dalam menyelamatkan kekeliruan yang bakal dicetus hasil dari penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan yang menyebarkan dakyah agama Kristian Katholik di negara kita Malaysia.

Apa yang boleh kita rumuskan dari peristiwa ini adalah akuan orang ramai terutamanya bangsa Melayu yang sinonim dengan penganut agama Islam bahawa rata-rata umat Islam di negara kita amat ketandusan atau cetek ilmu agamanya terutamanya dalam pemahaman akidah. Jika tidak mengapa mereka berasa takut terhadap kekeliruan tersebut.

Benar seperti ulasan Dr Asri bahawa umat Islam di Malaysia terlalu menekankan ilmu feqah dan amat sedikit penyebaran ilmu akidah bagi memantapkan pemahaman rakyat Muslim kita. Kita jarang-jarang menbahaskan kefahaman akidah samada dalam pembelajaran sekolah rendah atau menengah.

Dalam program keilmuan yang terdapat di Masjid-Masjid pula kita sering di sajikan dengan pembelajaran ilmu tauhid berlandaskan dari sistem sifat 13 atau sifat 20 yang di pelopori oleh Imam Abu Hassan As'ari atau Imam Al-Maturidi. Pengajaran pula lebih kepada sistem penghafalan sifat-sifat tersebut dan sedikit penekanan pemahaman terhadap apa yang di hafal.

Malang yang menimpa umat Islam di negara kita amat menyedihkan sekali, sudahlah cetek ilmu agama, amalan pula amat luar biasa sekali lemahnya. Rata-rata remaja kita lansung tak pedulikan solat, sama juga pada orang dewasa. Apatah lagi solat berjemaah yang jika ditinjau di seluruh pelusuk tanahair kita bilangan yang mengikutinya amat sedikit sekali, baik di kampung maupun di bandar.

Sedangkan kebanyakan pengajian ilmu terdapat di Masjid-Masjid, ilmu yang diajar di Masjid-Masjid berulang-ulang dan pengikutnya adalah mereka yang sama sahaja. Aktiviti dakwah secara bebas pula disekat oleh pihak berkuasa agama setempat atas alasan membenteras kekeliruan.

Sistem mengawal penyebaran ilmu yang diamalkan di negara kita ada baik dan buruknya. Yang pasti buruknya adalah sistem tersebut menjadikan seolah-olah menyampaikan ilmu dakwah adalah hak eklusif para-para ustaz bertauliah sahaja, maka orang ramai mengambil sikap apa yang diketahui dan dipelajari adalah untuk diri sendiri sahaja.

Permohonan KDN jika di tolak sekali lagi bakal menimbulkan kucar kacir dalam negara bagi mereka yang mengambil kesempatan menonjolkan diri sebagai hero pejuang Islam di negara kita terutamanya di kalangan orang Melayu.

Kita sepatutnya telah lama sedar betapa giatnya para misionari Kristian dalam menyebarkan dakyah mereka kepada orang ramai, mereka mempunyai dana yang amat besar dan sistem serta pengamal yang amat komited serta bersistematik dalam melaksanakan kerja dakyah mereka.

Umat Islam pula jika yang banyak duit dan berharta, banyak yang lebih suka pergi menunaikan haji serta umrah berkali-kali sehingga banyak yang setahun 2 atau 3 kali berumrah dan ada juga yang setiap tahun menunaikan haji. Kita tidak pernah memikirkan untuk menyalurkan wang tersebut untuk tujuan dakwah sebagaimana yang disuarakan oleh Prof Yusuf Qardawi.

Para Jutawan Arab pula lebih suka melaburkan wang mereka dalam membeli saham pasukan bola sepak dari menyalurkan kepada aktiviti dakwah Islam.

Kita perlu melancarkan perang dengan bersungguh-sungguh bagi menanam pemahaman serta pengamalan Islam kepada seluruh anak bangsa kita, kita perlu menggerakkan satu pengkaderan para pendakwah yang mampu membahaskan perbezaan antara Islam dengan Kristian, seperti mana yang dilaksanakan oleh arwah Ahmad Dirdat.

Jika permohonan KDN ditolak bermakna akan timbul banyak persoalan samada dari para penganut Kristian atau pengganut Islam terhadap erti sebenar Tuhan, erti sebenar Allah, siapa sebenarnya Tuhan Allah yang perlu disembah.

Penggunaan kalimat Allah bakal mencetuskan perbincangan yang hangat dikalangan penganut agama samawi, di kalangan generasi muda kita yang kini mula berfikiran terbuka dan luas pergaulan mereka. Jika kita setuju bahawa adanga Tuhan yang satu, adanya Allah yang Esa, maka kita tidak dapat mengelak dari berbincang tentang apa sebenarnya yang dikatakan Allah itu.

Panggilan perang boleh dimulakan dengan menyeru kepada satu penubuhan tabung bagi melancarkan gerakan dakwah menyebarkan pemahaman terhadap Kalimah Allah tersebut. Tabung itu boleh digunakan bagi melahirkan satu gerakan penubuhan akademi para pengajar yang bakal menjadi pendakwah ke seluruh pelusuk tanah air.

Jika kita melaburkan berjuta-juta ringgit untuk menubuhkan akademi fantasia yang hanya melahirkan para penghibur yang caca-merba akhlaknya, mengapa kita tidak sanggup bersungguh-sungguh melahirkan akademi pendakwah yang tauliahnya dianugerahkan secara automatik setelah tamat mengikuti akademi tersebut.

Kita perlu mengerahkan semua media mempromosikan akedemi yang bakal dilahirkan, memberikan anugerah kepada mereka yang banyak menyampaikan kalimah Tauhid, yang paling banyak berusaha mengislamkan manusia.

04 January 2010

Mohd Shubhi  /  4.1.10  /  ,   /  2 comments

Anak yang pernah dipukul ketika kecil akan membesar dengan lebih bahagia dan berjaya dalam hidup mereka berbanding dengan mereka yang tidak pernah dipukul semenjak kecil.

Demikian hasil kajian yang dijalankan di Amerika oleh Marjorie Gunnoe, seorang pensyarah psychologi di Calvin College, Michigan.

Kanak-kanak yang dipukul sehengga umur 6 tahun didapati lebih baik pencapaiannya di sekolahdan mempunyai sikap yang lebih optimistik terhadap kehidupan berbanding dengan mereka yang tidak pernah dipukul ibubapa. Mereka juga lebih senang membuat kerja-kerja sukarela dan amat berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih jauh.

Bagi mereka yang dipukul sehingga berumur 6 tahun, pencapaian mereka adalah lebih baik dalam segala hal dan sikap mereka adalah lebih terkawal dari segi perkara-perkara negatif.

Bagi mereka yang terus dipukul dari 7 tahun ke 11 tahun, pencapaian pelajaran mereka masih lebih baik dari yang tidak pernah dipukul namun dari segi sikap negatif mereka agak ketara seperti terlibat dalan pergaduhan dan sebagainya.

Keputusan dari kajian ini mencetuskan kemarahan kepada para pejuang hak kanak-kanak yang meniduh ini akan menggalakan lagi penderaan kanak-kanak.

Namun ramai para ibubapa yang bersetuju dengan penemuan tersebut dan mereka sepatutnya perlu memukul anak-anak sekadar yang perlu untuk mengajar.

Kita sepatutnya boleh membezakan antara rotan atau pukul anak untuk mengajar dengan menumbuk muka. Tidak sepatutnya aduan polis dilakukan jika seseorang memukul untuk mengajar.

Kita di Malaysia semakin terikut-ikut dengan sikap orang barat yang berjuang menjaga hak macam-macam termasuklah hak kanak-kanak sampai tak boleh disentuh lansung.

Sedangkan kajian membuktikan sebaliknya, kanak-kanak yang biasa di rotan sebagai mengajar adalah perlu untuk menyediakan mereka kepada kehidupan yang lebih bererti.

Jadi para ibubapa jangan sampai tak pukul anak lansung sebab nak ikut barat, kesian dan sebagainya. Tapi jangan pula sampai bertinju dengan anak-anak sampai anak masuk ICU.
Mohd Shubhi  /  4.1.10  /    /  No comments

Allah dalam bahasa arab, melayu sebut Tuhan, orang inggeris sebut God, orang perancis sebut Dieu, orang Findland sebut Luoja, orang Denmark dan Sweden sebut Gud, orang filipina sebut Diyos, orang German sebut Gott, orang Itali sebut Dio, orang Spanish sebut Dios, bahasa Swahili sebut Mungu, orang Portugis sebut Deus, dan beratus-ratus lagi bahasa yang mempunyai sebutan yang berbeza untuk menerang satu perkara.

Sebelum kedatangan Nabi Muhammad Sallaahualaihiwasalam, orang arab sudah biasa sebut perkataan Allah ini yang membawa maksud sepertimana perkataan Tuhan dalam bahasa kita.

Semua manusia mempunyai naluri semula jadi yang mengakui ada sesuatu yang maha tinggi yang menguasai segala-galanya, yang menguasai dirinya, yang ia takut. Cuma jika tiada utusan dari Tuhan untuk datang menerangkan siapa sebenarnya Tuhan itu, maka manusia akan teraba-raba dan meneka.

Orang arab di mekah dulu beruntung kerana mendapat nabi Ibrahim yang diutuskan oleh Allah mengajarkan pada mereka siapakah Dia Tuhan, masa berlalu mereka sesat dan menyekutukan Tuhan sehingga nabi Muhammad diutuskan kembali membetulkan kesesatan tersebut.

Apabila datangnya Islam kepada bangsa kita di nusantara ini, terutamanya Melayu, maka kita diberikan ilmu menyatakan siapa sebenarnya Tuhan itu, kita di ajar membaca Al-Quran, kita menyerapkan perkataan Allah ke dalam bahasa kita dan kita mengambil bahwa Allah itu adalah nama khas bagi Tuhan yang sebenarnya, Tuhan yang diimani oleh umat Islam.

Ada juga yang tak sedar dengan menyatakan Tuhan orang Islam itu Allah, Tuhan orang Cina, orang putih, orang Hindu itu lain, bukan Allah. Mereka berkata Tuhan Orang Cina lain, Tuhan Orang Hindu lain pula dan Tuhan Orang Putih pun lain pula. Itu merupakan satu kepercayaan yang salah, sesat dan amat jahil. Terkeluar dari Islam bagi seseorang yang beragama Islam jika ia berkata dan percaya begitu.

Mana ada Tuhan selain dari Tuhan yang satu, yang menguasai segala lagit dan bumi dan segala isinya. Mana ada lagi Allah selain dari Allah, yang esa, yang tiada seumpamanya.

Pakailah sebutan apapun, yang penting pemahaman siapa sebenarnya yang dikatakan Tuhan itu. Apa guna pakai nama Allah, jika masih percaya bahawa Melayu Tuhannya Allah, Cina ada Tuhan Lain, dan Hindu ada Tuhan Lain.

Apa guna pakai nama Allah jika percaya Allah itu hanya untuk orang Islam, hanya untuk orang Melayu, sedangkan hakikatnya Allah itu adalah Tuhan semesta Alam, itulah yang perlu kita dakwahkan kepada semua orang.

Jika kita muliakan perkataan Allah itu, maka kita juga perlu muliakan perkataan Tuhan, perkataan God, perkataan Dieu, perkataan Luoja, perkataan Gud, perkataan Diyos, perkataan Gott dan lain-lain yang mahu menyebut benda yang sama.

Cuma perlu ditambah bahawa saipa yang mereka sebut itu sebenarnya adalah seperti dalam surah Al-Ikhlas:
" Katakanlah Tuhan itu Esa, Tuhan itu Tempat memohon, Dia tidak beranak dan Dia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesuatupun yang serupa denganNya".

Itulah yang kita perlu ajarkan pada anak-anak kita, pada remaja-remaja kita, pada orang tua-tua kita, pada orang kristian negara kita, dan pada semua orang di Malaysia. Lebih baik kita mula gerakkan usaha menyampaikan pemahaman apa sebenarnya yang dikatan Tuhan atau Allah itu daripada kita melalak-melolong berdemontrasi melarang orang lain sebut perkataan ALLAH.

Jika orang Hindu tunjuk patung banyak tangan kemudian dia kata itu Tuhan, kita kata itu bukan Tuhan, itu tokong berhala.

Jika orang budhha tunjuk patung sedang tidur lalu berkata itu Tuhan, kita kata itu bukan Tuhan itu berhala, patung tak bernyawa.

Jika orang Kristian kata Jesus itu Tuhan, kita kata itu bukan Tuhan, itu Rasul, manusia seperti kita. Sekarang orang Kristian cuma tukar istilah Tuhan itu kepada Allah, sama juga jawapannya, jika mereka kata Allah itu 3 dalam satu, satu dalam 3, ada anak, dan lain-lain, kita baca surah Al-Ikhlas.

Adakah susah sangat untuk anak-anak kita memahami surah Al-Ikhlas sehingga kita khuatir mereka terpengaruh dengan agenda Kristian memakai perkataan Allah.

Ramai anak-anak muda kita masuk Kristian bukan kerana faham dengan konsep ketuhanan mereka, tetapi kerana, harta, kesenangan, kerana mengikut nafsu cinta, kerana layanan akhlak orang Kristian yang lemah lembut, kerana orang kristian lebih prihatin, lebih buat apa yang mereka cakap bukan kerana siapa yang mereka namakan Tuhan. Itu semua yang lebih utama yang perlu kita perbaiki.

02 January 2010

Mohd Shubhi  /  2.1.10  /    /  No comments

Kanak-kanak yang tidur lewat tengah malam didapati 25% lebih berisiko mengalami tekanan jiwa dan berkeinginan membunuh diri daripada mereka yang tidur pada atau sebelum pukul 10 malam. Demikian menurut kajian yang disiarkan dalam majalah Sleep.

Kajian dilakukan pada 17,000 pelajar yang berumur antara 12 dan 17 tahun dan ibubapa mereka di Amerika. Mereka mendapati remaja yang tidur selama 5 jam atau kurang mempunyai 71% risiko tekanan jiwa dan 48% kecenderungan membunuh diri jika di bandingkan dengan mereka yang tidur sekurang-kurangnya 8 jam.

Dr. James Gangwisch, professor di Columbia University College of Physicians and Surgeon di New York menyatakan bahawa kajian tersebut adalah selari dengan theori yang menyatakan bahawa tekanan jiwa berkait rapat dengan kekurangan tidur.

Beliau menambah lagi bahawa tidur dan rehat yang cukup adalah rawatan terbaik dalam menangani tekanan dan stress.

Para penyelidik percaya bahawa tidak cukup tidur memberikan kesan secara lansung terhadap tekanan, ini membawa mereka menghadapi kesukaran mengharungi cabaran harian dan sukar menyesuaikan diri dengan kawan-kawan atau orang dewasa lain, dan mereka juga lebih mudah menjadi murung.

Kajian terbaru ini juga mengesahkan kajian sebelum ini yang mendapati bahwa kesukaran tidur boleh membawa seseorang menjadi gila.

Selama ini para pakar telah mengaitkan masalah tidur dengan masalah mental tetapi ianya dianggap sebagai kesan sampingan sahaja, namun kini para saintis di Harvard percaya kesukaran untuk tidur merupakan penyebab kepada berbagai masalah jiwa.

Kekurangan tidur juga menyebabkan badan anda mengalami kekacauan yang teruk terhadap hormon-hormon badan termasuklah hormon yang diperlukan dalam menangani tekanan.

Saya teringat semasa belajar fiqah dulu dalam bab sembahyang, guru saya ada memberi tahu bahawa ada saranan daripada ulama supaya segera tidur selepas selesai solat insya dan sunat-sunat selepasnya, ini untuk memastikan kita dapat bangun awal dalam linkungan 2/3 malam untuk beribadat.

Apabila dikira-kira jika kita tidur selepas selesai solat insya dan sunat-sunat yang selepas itu, bermakna kita tidur dalam lingkunngan selewat-lewatnya pukul 10 malam. Jika kita tidur semaksimum 8 jam bermakna kita akan bangun sebelum pukul 5 pagi.

Terdapat ramai di kalangan kawan-kawan terutamanya yang berniaga atau berpolitik sangat kurang tidur dan selalunya tidur amat lewat, saya khuatir dengan budaya tersebut yang telah menjadi satu lumrah.

Saya tak pasti bagaimana kita perlu melihat fenomena tersebut, adakah kita perlu mengorbankan kesihatan kita atas alasan cari makan, atau berjuang? sama-samalah kita fikirkan sendiri, tapi yang penting, pastikan kita mendidik anak-anak kita tidur sebelum pukul 10 malam dan kemudian bangun awal.

Jangan sampai anak-anak kita memandang sinis pada amalan sebenar kita sudahlah, jangan sampai mereka menuduh si ketam mengajar anaknya berjalan lurus ke depan.

01 January 2010

Mohd Shubhi  /  1.1.10  /    /  No comments

Ramai orang-orang yang dah berumur dan berduit mengambil pil-pil herba yang kononnya dapat mengembalikan kekuatan daya ingatan mereka.

Di Malaysia juga kita dapat melihat lambakan suplemen yang dinamakan Ginkgo Biloba dalam bentuk kapsul atau cecair yang dipercayai dapat melancarkan perjalanan darah, memperbaiki daya ingatan dan meningkatkan daya tumpuan.

Ginkgo merupakan sejenis herba perubatan berasal dari negeri China yang digunakan dalam perubatan tradisional mereka semenjak ribuan tahun dahulu.

Jika anda pergi ke pharmasi atau gedung membeli belah, anda boleh dapati suplemen Ginkgo Biloba ini yang dibotolkan dalam bungkusan yang cantik, dan harganya pula bukannya murah. Namun ramai yang membelinya demi menjaga keupayaan otak agar dapat berfungsi dengan baik walaupun dah tua.

Bagi mereka yang telah lama mengamalkan pemakanan Ginkgo ini, berita sedih bagi anda adalah anda sebenarnya hanya membazir dan membuang masa. Demikian rumusan dari kajian yang dijalankan baru-baru ini.

Kajian melibatkan seramai 3,069 orang sukarelawan yang berumur antara 72 dan 96 tahun yang diberikan suplemen tersebut selama 6 tahun secara konsisten.

Hasilnya adalah daya ingatan mereka yang diberikan suplemen selama 6 tahun dengan mereka yang tidak menggunakan suplemen tersebut adalah sama sahaja, mereka yang menggunakan Ginkgo lansung tiada kemajuan yang dapat membezakan mereka dengan yang tidak makan ginkgo.

Sebelum ini, kajian juga menunjukkan bahawa Ginkgo tidak ada kesan dalam mengurangkan kecederaan otak mereka yang terkena strok sepertimana yang dipercayai selama ini.

Laporan kajian diatas di terbitkan dalam The Journal of The American Medical Association (JAMA).

Bagi para pembaca yang memang dah mengamalkan makan Ginkgo Biloba ini, lebih baik berhentilah, anda hanya buang duit dan buang masa sahaja.

Saya dapat tahu dari cerita ramai orang tua-tua dan orang-orang alim, mereka yang sering baca Al-Quran, lebih-lebih lagi menghafal banyak ayat-ayat suci, daya ingatan mereka tak pernah pudar sampai mati.

Saya lihat sendiri Tok saudara susuan Tok saya yang umurnya lebih dari 100 tahun, namun kekuatan ingatannya tak siapa dapat tandingi. Jadi rajin baca Quran dan banyakkan hafalan, tak perlu keluarkan duit, insyallah ingatan anda tak akan pudar.
Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search