Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

06 July 2010

Mohd Shubhi  /  6.7.10  /    /  No comments
Hujung minggu baru-baru ini 2 orang wakil dari Gerak usahawan Muslim atau GUM telah berlepas ke negara China bersama-sama dengan delegasi perniagaan dari kerajaan negeri Kelantan.

2 orang wakil tersebut adalah En Shahabudeen yang merupakan seorang usahawan dalam perniagaan peruncitan barangan negeri China dan seorang lagi adalah Tuan Haji Mohammad Hasyim, seorang motivator perniagaan dan juga pakar sejarah politik.

Tujuan delegasi adalah untuk mempromosikan ekspo perdagangan yang bakal dianjurkan di negeri Kelantan pada bulan oktober nanti dan juga untuk meninjau peluang kerjasama perniagaan di antara usahawan Malaysia dan negeri China.


Sebelum berlepas ke sana  satu perjumpaan di antara ahli-ahli GUM dengan koordinator delegasi ke China telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Ahli GUM telah diberikan penerangan tentang aktiviti ekonomi yang bakal dilaksanakan terutamanya potensi hubungan niaga diantara usahawan Malaysia dengan usahawan dari negara China.

Kita harapkan lebih banyak lagi lawatan serta promosi perniagaan yang bakal dijalankan akan dapat diturut serta oleh wakil-wakil dari GUM seluruh Malaysia agar dapat membuka minda para usahawan GUM dan seterusnya membina rangkaian perniagaan yang lebih berjaya.

05 July 2010

Mohd Shubhi  /  5.7.10  /    /  No comments
3hb Julai baru-baru ini satu perhimpunan aman sempena kempen "tak nak judi" berlansung di Masjid Negara. Anda boleh baca bantahan terhadap kerajaan dalam kes judi ini dengan klik di sini.

Bagus sangat kalau kempen tak nak judi dapat di jalankan setiap bulan di seluruh masjid di Malaysia dan juga di tempat-tempat awam agar dapat membuka mata orang ramai betapa "sial" nya amalan berjudi ini kepada masyarakat.

Desakan juga perlu dilakukan terhadap semua negeri yang ditadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat bagi memastikan mereka merangka satu polisi di bawah Pihak Berkuasa Tempatan di bawah pentadbiran kerajaan negeri mengharamkan judi di setiap premis perniagaan di bawah jajahan mereka.


Setiap premis perniagaan yang terlibat dengan aktiviti judi hendaklah tidak diperbaharui lesen perniagaannya. Jadfi tak akan ada kedai nombor ekor di seluruh negeri PR, kalau penagih nombor ekor nak tikam nombor kena pergi ke negeri lain, padan muka mereka!.

Jika rakyat terus mendesak dan mendesak, lama kelamaan kita akan dapat menghalau semua kegiatan judi dari negara kita terutamanya pusat kasino di Genting Highland, semua kedai sport toto, kandang lumba kuda, pusat mahjung, pusat judi atau yang mereka namakan kelab sosial dan lain-lain lagi.

03 July 2010

Mohd Shubhi  /  3.7.10  /    /  No comments
Tahukah anda bagaimana menentukan waktu pukul berapa dengan menimbang telur unta jantan?. Tentu ia merupakan satu ilmu yang baru dan tak pernah anda dengar. Begini ceritanya:

Ada seorang pengembara dari Amerika yang melancong ke tanah arab. Dalam pengembaraannya dia melalui sebuah pasar tradisi di tanah arab yang penuh dengan peniaga barang-barang tradisi serta barang harian penduduk tanah arab.

Dia amat asyik sekali meninjau setiap barangan yang dijual di pasar tersebut. Setelah lama meninjau dia melihat jam tangannya untuk mengetahui waktu berapa ketika itu. Oleh kerana terlupa membetulkan waktu pada jam tangannya pada waktu tempatan dia terpaksa bertanya pada orang.


Kebetulan dia berada di hadapan seorang peniaga arab yang mempamerkan segala barangan jualannya di atas hamparan kain tebal sambil berlindung di bawah seekor unta jantan yang besar. Peniaga arab itu duduk betul-betul di bawah perut unta sambil memanggil-manggil orang ramai yang lalu lalang.

Pelancong Amerika itu terus bertanya kepada peniaga arab di depannya, "boleh tolong beritahu saya pukul berapa sekarang?".

Dengan mesra peniaga arab menjawab "No problem", dia memalingkan mukanya kearah telur untanya sambil tapak tangan kirinya memegang bawah telur unta yang terjuntai dan mula mengangkat-angkat telur unta tersebut seolah menentukan berapa beratnya. Kemudiannya dengan selamba memalingkan mukanya pada pelancong tersebut dan berkata "tepat pukul 6 petang".

Pelancong Amerika tersebut agak sukar menerima cara peniaga arab menentukan waktu lalu berpaling dari situ dan bertanyakan pada orang lain yang lalu lalang untuk memastikan waktu. Terkejut pelancong itu apabila jam tangan orang lain menunjukkan waktu yang sama sepertimana diberitahu oleh peniaga arab.

Dia pulang pada hari itu dengan satu persoalan yang besar bermain dalam kepalanya. Bagaimana caranya peniaga arab mengukur waktu melalui menimbang berat telur unta?, dia tak pernah mengetahuinya sebelum ini, puas dia berfikir dan mula mencari-cari idea namun tidak mendapat jawapan yang meyakinkan.

Dia menelefon kawannya seorang ahli sejarah lama serta ahli geologi yang arif tentang budaya asia tengah dan bertanyakan samada ada kemahiran orang arab menentukan masa dengan menimbang telur unta. Kawannya juga memberikan keyakinan kepadanya bahawa tiada dalam mana-mana catitan sejarahpun yang menyatakan teknik tersebut.

Keesokkan harinya dia nekad untuk pergi menemui sendiri peniaga arab dan belajar sendiri dari peniaga tentang teknik tersebut. Kali ini dia membetulkan jamnya tepat mengikut waktu tempatan.

Lebih kurang pada waktu yang sama dia pergi ke pasar semalam, dan menemui peniaga arab yang berada pada tempat yang sama dengan kedudukan yang tidak berubah seperti semalam. Sambil duduk melutut dia bertanya samada peniaga itu masih mengenalinya lagi, orang yang bertanya waktu semalam.

Peniaga arab dengan mesra berkata, "ya..ya.. saya masih ingat, tuan mahu beli barangan sayakah hari ini?".

"kalau tuan tidak keberatan, saya mahu bertanyakan soalan yang sama seperti semalam, pukul berapa sekarang" beritahu pelancong Amerika itu.

"Ohh, no problem" jawab peniaga sambil terus menimbang telur unta jantannya seperti semalam sambil tertunduk-tunduk memerhatikan di bawah telur unta itu, lalu berpaling dan berkata "pukul 5. 40 petang".

Dengan segera pelancong itu melihat waktunya dan ternyata memang tepat pukul 5.40 petang. Dia tidak tahan lagi lalu bertanya dengan bersungguh-sungguh, "bolehkan tuan mengajar saya teknik menentukan waktu dengan menimbang telur unta, saya akan buat apa sahaja untuk mempelajarinya".

Peniaga arab mengerutkan dahinya dan menjawab "ah, mengapa pula tidak boleh, mudah sahaja" katanya. Membuatkan pelancong amat berbesar hati dan gembira dan mula mengeluarkan buku catitannya lalu merenung muka peniaga arab dengan penuh bercahaya.

Peniaga arab sekali lagi mengangkat menimbang telur unta sambil menunduk-nundukkan kepalanya ke arah telur unta sambil berkata kepada pelancong Amerika itu, "mari dekat dengan saya, saya tunjukkan".

"Tuan nampak jam besar di hujung sana, telur unta ini menghadang pemandangan saya untuk melihat waktu pada jam besar tersebut, jadi saya terpaksa mengangkat telur unta ini, barulah nampak, tuan nampak tak jam itu?"
Mohd Shubhi  /  3.7.10  /    /  No comments
Kes buang anak dan kelahiran anak luar nikah meletup lagi di dalam masyarakat kita. Macam biasa semua orang ingin memberikan pendapat mereka. Saya tak mahu ketinggalan dalam hal memberikan pendapat atau ulasan terhadap isu yang saban hari semakin membimbangkan.

Sejak kecil saya tak pernah di dedahkan kepada pelajaran seks di kampung. Sepanjang yang saya ingat ketika sekolah rendah saya anggap kemaluan saya hanya untuk buang air kecil, tidak lebih dari itu. Cuma pada penghujung sekolah rendah saya mula merasakan pengalaman menyukai perempuan, menikmati keindahan serta kecantikan kaum perempuan.

Perbualan mengenai kaum perempuan sudah mula menjadi antara perbualan yang di perbincangkan sekali sekala dalam bentuk ringan dan berseloroh. Namun ia amat terbatas sekali dan bukanlah satu topik yang hangat di perbualkan. Kita lebih suka bermain dan menceritakan aktiviti keseronokan lain yang lebih menceriakan daripada bercerita tentang perempuan.


Di kampung kanak-kanak serta remaja mempunyai peluang bersama sekali sekala dalam aktiviti kenduri-kendara, gotong royong, solat jemaah di masjid atau surau, bermain permainan kampung seperti gasing, layang-layang dan lain-lain.

Kesempatan bergaul dengan mereka yang lebih remaja atau lebih besar mendedahkan saya secara tidak formal tentang perkara-perkara baru terutamanya mengenai pengetahuan seks, mengenai aktiviti orang berkahwin, aktiviti jatuh hati atau suka pada seseorang dan lain-lain lagi yang seumpamanya.

Dulu di kampung bersunat biasanya di buat ketika umur dah agak besar seperti ketika darjah 5 atau 6, selepas bersunat kita mula pakai seluar dalam dan biasanya kita di anggap sudah besar dan meningkat kepada satu taham keremajaan. Kita sudah mula di ajar oleh kawan-kawan yang lebih senior tentang kenapa anu kita mengeras, apa gunanya kekerasan anu tersebut dan lain-lain lagi.

Kawan-kawan senior juga memperkenalkan perkataan seperti air mani, mandi hadas dan seumpama dengannya. Kita menghafal semua perkataan tersebut tanpa benar-benar mengetahuinya. Apa yang kita pasti adalah ia merupakan perkataan yang tidak boleh di sebut secara terbuka.

Kadang-kadang kita akan ditunjukkan dengan gambar-gambar bogel yang entah dari mana para senior mendapatkannya dan masing-masing akan melihatnya sambil ternganga dan mula merasa ada sesuatu yang tak kena dengan perasaan tersebut.

Semua aktiviti di atas di lakukan dengan penuh rahsia. Tidak ada sesiapapun di kalangan orang tua kampung yang boleh tahu, kerana sesiapa sahaja orang tua kampung, sikap mereka adalah sama sahaja dengan sikap orang tua kita terhadap kita, mereka ambil berat terhadap setiap individu terutamanya anak-anak kawan mereka. Semua aktiviti "nakal" perlu di rahsiakan, pecah rahsia amat memalukan dan mata yang melihat terlalu ramai.

Begitulah saya membesar sehingga ke sekolah menengah dan ilmu tentang seks berkembang secara spontan dari tidak formal sehinggalah kepada formal di mana ia di sentuh ketika kelas agama di sekolah menengah. Ustaz akan menerangkan secara lebih terperinci dan kita mendengarnya sambil tersenyum samada malu atau gembira dan seronok.

Di peringkat sekolah menengah bahan lucah mula di perkenalkan oleh kawan-kawan. Sumbernya juga adalah dari mereka yang lebih senior. Buku cerita atau novel lucah amat laris, biasanya kawan-kawan akan menyimpan pada keratan babak-babak yang mendebarkan sahaja. Walaubagaimanapun imaginasi kita hanya setakat apa yang kita alami sahaja, kita tak tahu secara mendalam tapi yang pastinya kita merasa amat ghairah sekali.

Ada juga kawan-kawan yang dek perasaan ingin tahu yang amat meluap melihat secara real anu wanita menjalankan aktiviti mengendap bagi memuaskan perasaan mereka, itupun masih tiada kepastian apa sebenarnya yang dilihat tersebut. Remaja meneroka semua pengalaman tersebut secara penuh rahsia. Pastikan tidak bocor atau tertangkap, malu besar akibatnya.

Ketika remaja, saya masih ingat sehingga sekarang bagaimana orang yang kena tangkap basah menjadi warga kelas bawahan. Cara orang tua menceritakan hal mereka yang ditangkap basah membayangkan sendiri bagaimana hinanya perbuatan yang telah mereka lakukan. Image tersebut masuk melekat ke dalam minda dan di terima pakai oleh semua orang kampung. Hasilnya ia menjadi sesuatu yang saya tidak sanggup hadapi, lebih baik mengelakkan diri dari terjebak.

Keinginan kepada seks sentiasa di bendung oleh perasaan malu dan terjaga agar tidak dapat di kesan oleh orang lain. Malu-malu kucing kata orang, jika di lepaskan atau di beri peluang belum tentu selamat. Keterlanjuran merupakan sesuatu yang kita cuba elakkan hasil dari pada pemahaman betapa hinanya orang yang gatal dan ditangkap basah. Namun begitu pengetahuan masih terus di teroka secara diam-diam.

Begitulah saya membesar dan membesar bersama latihan mengawal keinginan nafsu kerana takut malu dan  takut menjadi hina melepaskan nafsu tidak dengan cara betul. Perasaan nafsu yang membuak tersebut di kawal dan di tewaskan sebahagian besarnya adalah atas sikap masyarakat sendiri.

Hal-hal seperti zina, khalwat, dan segala apa sahaja aktiviti yang menjerumus kepada aktiviti itu akan sentiasa di pelihara oleh masyarakat membuatkan remaja umumnya mampu  mengharungi cabaran tersebut sehinggalah mereka berkahwin.

Saya sedar bahawa selama ini yang menyelamatkan saya dari tergelincir adalah latihan mengawal desakan nafsu tersebut, begitu guga dengan semua orang lain yang berjaya memelihara diri mereka sehingga sekarang. Cuma bezanya ketika kecil kita hanya khuatir kepada hukuman masyarakat, kini kita lebih memahami bahawa ia juga melibatkan hukuman di akhirat.

Tanpa ujudnya sistem masyarakat seperti dahulu yang amat berahsia, bersopan dan berhati-hati saya merasa amat berterima kasih kepada semua masyarakat tempat saya di besarkan, merekalah yang telah menyediakan saya satu medan latihan menahan nafsu yang amat berguna dalam kehidupan saya.

02 July 2010

Mohd Shubhi  /  2.7.10  /    /  1 comment
Saya terbaca satu kajian mengenai cara duduk yang betuk bagi mengelakkan kesakitan tulang belakang di sini.

Rumusannya ialah cara duduk yang betul amat sesuai untuk mereka yang pemalas tak buat kerja di pejabat kerana posisinya dalam keadaan melepak dan bersantai seperti menonton TV di rumah.

Selepas ini harap orang atau boss jangan marah jika saya duduk bersantai macam orang malas ketika bermesyuarat. Ha ha ha...!!!
Mohd Shubhi  /  2.7.10  /  ,   /  No comments
Hari ini saya pergi menghadap guru di sekolah rendah anak saya di Puchong. Dua orang anak saya bersekolah di sekolah yang sama. Seorang darjah dua dan seorang lagi darjah satu. Sekolah mengadakan hari terbuka di mana ibubapa diminta menemui guru anak masing-masing bagi mengambil buku rekod prestasi anak-anak mereka.

Sementara menunggu giliran mengadap guru anak saya darjah satu, saya duduk sambil memerhatikan hiasan poster yang banyak tertampal pada dinding dan pintu darjah. Satu poster amat menarik perhatian saya yang memaparkan tajuk "Kata Hikmat", ayatnya berbunyi seperti berikut:

" Kekayaan menjahanamkan si bodoh, merosakkan si pandai".

Saya termenung memikirkan ayat yang tertera tersebut yang bagi saya janggal bunyinya. Ayat itu meletakkan kekayaan sebagai sesuatu yang perlu dijauhkan oleh dua kumpulan manusia, iaitu kumpulan manusia yang bodoh dan kumpulan manusia yang pandai.


Bagi pelajar yang pandai, kekayaan akan merosakkan mereka manakala bagi pelajar yang bodoh pula kekayaan akan menjahanamkan mereka, jadi kalau seseorang pelajar itu mahu menjadi kaya dan selamat maka dia hendaklah memastikan dirinya berada di antara bodoh dan pandai atau tidak bodoh dan tidak juga pandai.

Dalam ertikata lain pelajar yang mahu menjadi kaya dan selamat maka dia hendaklah mendapat keputusan yang sederhana sahaja yang membolehkan dia tidak termasuk dalam kumpulan bodoh atau kumpulan pandai.

Dalam satu segi saya berasa agak lega kerana anak saya memang berada dalam kumpulan yang tidak bodoh dan tidak juga pandai, jadi jika anak saya membaca ayat hikmat yang dipaparkan di pintu masuk kelasnya dan mempercayai ayat tersebut, dia boleh meneruskan cita-citanya untuk menjadi kaya.

Satu hal yang tidak mengembirakan adalah sudah tentu anak saya tidak akan berusaha untuk menjadi pandai dengan alasan bahawa orang yang pandai akan rosak jika diberi kekayaan.

Walau bagaimanapun, maksud kata-kata hikmat tersebut seolah-olah mengajar serta menanam ke dalam minda para pelajar di sekolah rendah agar menjauhi kekayaan. Kekayaan di gambarkan sebagai satu malapetaka yang perlu di jauhi.

Mungkin ia sebagai satu penyedap hati kepada masyarakat di kawasan Puchong yang majoritinya orang susah dan tidak kaya agar mereka merasa lega dengan keadaan mereka dan tidak merasa rendah diri dengan keadaan itu, malah mereka patut merasa bangga dengan keadaan susah mereka.

Kenapa perlu meletakkan kekayaan sebagai punca malapetaka kepada manusia yang bodoh dan juga pandai. Kekayaan hanyalah satu alat bagi mencapai matlamat. Kekayaan itu sendiri bukanlah satu matlamat.

Pisau juga adalah satu alat bagi mencapai matlamat. Penggunaan pisau boleh dijuruskan kepada perkara yang baik dan juga perkara yang buruk. Pisau boleh dijugakan untuk membunuh dan dalam masa yang sama ia juga boleh digunakan untuk memotong sayur.

Walaupun kita sering mendengar pisau digunakan orang bagi tujuan mencederakan atau membunuh manusia, kita tidak sepatutnya meletakkan pisau sebagai sesuatu yang perlu dielakkan.

Kesimpulannya kita tidak patut mengajar anak-anak kita agar menjauhi kekayaan semata-mata kerana ada manusia yang kaya yang jahanam atau yang rosak. Kita perlu juga membuka mata melihat berapa ramai orang kaya yang berhati mulia, pemurah dan berakhlak tinggi.

Mendorong anak-anak kita menjauhi kekayaan hanya akan melahirkan masyarakat yang tidak bercita-cita tinggi. Masyarakat yang tidak bercita-cita tinggi tidak akan dapat menyempurnakan fardu kifayah seperti menyediakan peluang perniagaan serta pekerjaan, membuat pembangunan, menginfak harta untuk kerja dakwah dan lain-lain lagi.

01 July 2010

Mohd Shubhi  /  1.7.10  /    /  No comments
Siapa nak sangka di celah-celah rumah kampung ada sebuah "Hanger" di mana peralatan penerbangan tersedia lengkap di dalamnya.

Semalam saya dan beberapa orang rakan berpeluang melawat hanger tersebut dan melihat serta mencuba sendiri memandu sebuah helikopter.

Helikopter berlepas dari lapangan terbang subang dan masing-masing mencuba memandunya tanpa terhempas atau kemalangan.


Sebenarnya, pemanduan helikopter yang di buat semalam adalah satu simulasi yang di sediakan oleh En Azlan, seorang jurutera penerbangan bagi melatih mereka yang berminat mengendalikan helikopter.


Menurut En Azlan, latihan selama 10 jam akan melayakkan seseorang itu untuk mahir dan mampu mengendalikan sebuah helikopter.

Di situ juga mereka yang berminat untuk mereka cipta sendiri kapal terbang atau helikopter akan diberikan latihan bagi mengembangkan minat mereka.

Jika kerajaan membantu dan lebih mesra rakyat pada mereka yang kreatif serta mahir, sudah tentu kita akan melahirkan berbagai produk berteknologi tinggi tetapi ringkas dan mudah sepertimana yang telah di buktikan oleh En Azlan.
Back to Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search