Jom kongsi pendapat anda.
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

07 September 2010

Mohd Shubhi  /  7.9.10  /  ,   /  No comments
Semalam merupakan malam terakhir para imam jemputan mengimamkan solat tarawih di Masjid Al-Falah, Subang Jaya. Sedikit upacara ringkas penyampaian cenderahati dari pihak Masjid kepada kedua-dua imam jemputan diadakan selesai sahaja solat insya. Mereka diberi kesempatan berucap sepatah dua kata kepada para jemaah.

Secara ringkasnya mereka mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua para jemaah dan umumnya rakyat muslim di Malaysia yang mereka sifatkan sebagai masyarakat muslim yang hebat dan baik hati.


Mereka membandingkan semua tempat penempatan muslim di seluruh dunia seperti di Amerika, Kanada, Asia Tengah dan lain-lain lagi yang pernah mereka sampai, tetapi ternyata akhlak para muslim Malaysia adalah yang terbaik dari segi layanan, keramahan.

Satu pesanan dari Sheikh Ahmad Al-Hadad yang muda remaja ini agar semua rakyat muslim negara ini menghantar anak-anak mereka mempelajari al-quran, menghafal al-quran.

Beliau menunjukkan contoh ketiga-tiga imam masjid al-falah yang hafiz al-quran dengan baik, tiada masalah yang dihadapi mereka dalam menghafal al-quran walaupun mereka bukanlah berbangsa arab.

Selepas itu, katanya lagi jika mahu mempelajari ilmu lain ke mana universiti sekalipun nescaya akan selamatlah anak-anak kita.

Saya merenung kata-kata imam itu dan terfikirkan betapa perbezaan orang melayu yang hafaz al-quran dengan mereka orang arab yang juga hafaz al-quran. Setiap kali mereka membacanya mereka menghayati segala makna, ayat dari firman Allah, maka terhasillah nada yang menggambarkan maksud ayat.

Maka tidak hairanlah apabila para hafiz arab membaca quran di tambah dengan suara yang lunak, kita seolah-olah dibawa bersama ayunan makna dari intonasi suara imam. Sedih, takut, mengharap, memohon, ngeri dan sebagainya.

Amat berlainan sekali apabila kita orang melayu membaca quran, apapun kita tak faham, kita terpaksa menghafal bahasa, terpaksa menghafal lagu, tajwid, serta intonasinya sekali. Silap cara, ayat ancaman kita baca dengan nada gembira manakala ayat ganjaran atau syurga kita baca dengan nada sedih pilu.

Saya rasa saya nampak sekarang kenapa fatwa Imam As-Syafie mewajibkan umat islam mempelajari dan memahami bahasa arab, tapi kita lebih suka memahirkan diri dalam bahasa inggeris, kerana kita mahu menjadikan buku-buku serta ilmu inggeris sebagai rujukan serta contoh ikutan.

Maka umat islam jatuh hina tak bangun-bangun, bahasa arabpun kita bengap bahasa inggerispun kita tak ke mana.

06 September 2010

Mohd Shubhi  /  6.9.10  /    /  No comments
Selesai solat witir, saya keluar sebentar untuk minum serta makan roti canai di Restoran Kayu nasi Kandar, Taipan. Jam dah meninjukkan pukul 11.30 malam, saya rasa tentu dah tak ramai orang kerana hari dah agak lewat, lagipun esok hari bekerja.

Sampai di restoran saya sengaja mencari sudut paling jauh dari orang untuk minum, saya duduk di tempat para pekerja restoran rehat dan makan di satu sudut tepi dapur.


Sebaik sahaja duduk saya terlihat 2 remaja betul-betul dihadapan saya bersenda gurau dan bermesra dengan amat intim sekali. Sepatutnya mereka lah yang merasa segan dengan saya, tapi sebaliknya saya pula yang merasa segan dengan perlakuan mereka itu.

Nak kata pasangan suami isteri, nampak masih remaja, lagipun pasangan kelamin jarang berbuat begitu di khalayak ramai, lebih baik buat di rumah terus, lagi best.

Saya terasa malu dengan aksi mereka lalu mengambil gambar untuk dipaparkan kepada umum sebagai pengajaran, untung-untung ada yang mengenalinya.

Cuba anda lihat gambar tersebut, adakah anda kenali mereka? adakah itu anak anda? adakah itu adik anda atau saudara anda, atau jiran anda? laku kan sesuatu jika anda kenali mereka, anda mungkin menyelamatkan satu lagi kes buang bayi pada masa akan datang.
Mohd Shubhi  /  6.9.10  /  ,   /  No comments
Malam 27 ramadan merupakan malam istemewa sepanjang bulan ramadan. Umat islam mencari lailatul qadar sepanjang 10 hari terakhir dari bulan ramadan terutamanya pada malam ganjil. Ada juga ulama yang berpendapat lailatul qadar jatuh pada malam 27 ramadan atas dasar ia merupakan malam ganjil dan dalam tempoh 10 hari terakhir ramadan.

Semua orang islam yang berpuasa dah tahu dan arif benar dengan lailatul qadar cuma bezanya ada yang bersungguh mencarinya dan ada juga yang tak memperdulikannya.

Semalam merupakan malam 27 ramadan dan saya bersolat insya serta tarawih di Masjid Al-Falah Subang Jaya. Sejak awal ramadan lagi teringin untuk bersolat tarawih di situ kerana mereka menjemput imam khas yang di datangkan dari Mesir bagi mengepalai solat sepanjang bulan ramadan.

Aktiviti beribadah mendekatkan diri kepada Allah disusun dengan teratur pada malam 27, bermula dengan majlis berbuka puasa, solat magrib, tahlil, solat insya, solat tarawih, iktiqaf dan menghidupkan malam dari pukul 1 pagi sehingga bersahur pada pukul 5  dan di sudahi dengan solat subuh.

Solat tarawih pula merupakan acara khatam Al-Quran sehingga di akhir solat witir yang disudahi dengan doa khatam Quran yang panjang, mendayu-dayu, shahdu dan penuh dengan keinsafan. Para jemaah ramai memenuhi saf-saf sabar menunggu sehingga ke akhir dari tua muda kecil besar, lelaki serta wanita semuanya setia menunggu.

Walaupun saya tak faham sepenuhnya segala ucapan imam hafiz dari mesir itu, tempoh berdiri mengangkat tangan yang amat lama tidak terasa.

Imam sekali sekala berubah suaranya sedih serta menangis menghayati perhambaan dirinya bermunajat pada Allah, saya rasa secara umumnya saya faham doa imam dan mengaminkan dan saya puas dapat bersolat di situ malam itu.

Bersolat di Masjid Al-Falah memang terasa selesa sekali, kurang pasti pulak kenapa terasa amat selesa bersolat di situ adakah kerana masjidnya yang cantik, imam yang merdu suaranya, sistem penghawa dingin yang baik atau kerana ramai jemaah yang soleh di situ, mungkin kerana semua faktor tersebut.

Kalau di kampung pada thun tahun yang lalu, malam 27 akan disambut dengan diadakan kenduri besar sebagai jamuan more para jemaah, tak pasti jika tahun ini masih sama. Cuma yang pastinya kesedaran beragama dikalangan masyarakat bandar nampak amat menonjol jika dibandingkan dengan masyarakat kampung sekarang ini.

Dulu saya sering berfikiran untuk duduk di kampung sahaja, kerana saya rasa lebih aman dan lebih terasa suasana keagamaannya daripada di bandar, saya fikirkan anak-anak lebih baik dibesarkan di kampung daripada di bandar. Kini saya rasa saya perlu memikirkannya semula samada betul atau tidak fikiran sebegitu.

Walau apapun, moga segala ibadah kita semalam dan sepanjang ramadan ini mendapat kiraan di sisi Allah. Moga kita dipanjangkan umur untuk membaiki lagi kualiti ibadah kita pada ramadan yang akan datang.

02 September 2010

Mohd Shubhi  /  2.9.10  /  ,   /  No comments
Satu hari 400 saman!
MUFORS atau singkatan kepada "Malaysians Unite For Road Safety" adalah satu usaha dari PLUS, Kementerian Kerjaraya, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Jabatan Keselamatan Jalanraya, MIROS, PDRM dan AAM bagi menanam kesedaran terhadap pentingnya keselamatan di jalanraya.

Salah satu program yang telah diadakan oleh MUFORS ialah menubuhkan satu pusat keselamatan yang berupa Galeri untuk orang ramai yang terletak di Restoran Jejantas USJ lebuh raya utara selatan.


Pandangan restoran jejantas USJ
Saya kebetulan lalu di situ pada pagi tadi dan terdetik untuk melihat apa yang ada di dalam Galeri Mufors tersebut. Setelah meletakkan kereta dikawasan parkir, saya mengambil lift naik ke tingkat satu untuk masuk ke Galeri.

Sampai di atas sunyi sepi tak ada manusia di dalam geleri itu. Saya melihat-lihat sekeliling apa yang dipamerkan dan terdengar seperti ada bunyi alat elektronik berbunyi lalu mencari dari mana datang bunyi tersebut.

Menyorok di atas mencari mangsa.
Rupa-rupanya ada aktiviti tembakan mengesan  had laju sedang dijalankan di tingkap atas betul-betul di atas lebuhraya itu. Patutlah dah lama saya tak nampak polis mengesan had laju pada tiang jejantas ditengah lebuh raya itu, rupa-rupanya mereka dah berpindah ke atas.

Antara barangan yang dipamerkan di galeri.
Tentu ramai yang tidak tahu kehadiran mereka dan tidak mengawal had laju ketika melintasi jejambat tersebut sedangkan had laju yang dibenarkan di situ hanyalah 90km/j dan bukan 110km/j, ramailah yang kena perangkap nampaknya.

Saya tanya pegawai yang sedang bertugas itu satu hari ada berapa ramai yang ditembak, "400 " jawabnya ringkas. Bayangkan jika satu saman RM150, bermakna satu hari ada RM60,000 nilai saman dikeluarkan. 

Jika yang bayar dalam lingkungan 30%, maka ada RM18,000 hasil pendapatan satu hari untuk kerajaan. Ia bersamaan dengan RM468,000 untuk satu bulan (26 hari bekerja). Itu baru satu tempat. Puhhh!!! banyak tu pendapatan kerajaan melalui saman.

Walau apapun, para pembaca yang membaca blog ini diharap berhati-hati ketika melalui jalan tersebut, perhatikan kelajuan kereta anda agar tidak melebihi 100km/j.

01 September 2010

Mohd Shubhi  /  1.9.10  /  ,   /  No comments
Balik solat subuh pagi tadi saya memandu perlahan-lahan sambil melihat permandangan Masjid As-Salam di waktu pagi dari seberang tasik di sebelah taman. Nampak sungguh damai sekali keindahannya apabila cahaya mula muncul sedikit demi sedikit di langit. Kesempatan itu saya ambil untuk rakaman sebagai sebagai tatapan untuk semua.

Bukan ramai yang sempat datang menghadiri solat subuh di masjid, kalau datangpun kebiasaannya kita tergesa-gesa pulang tanpa sempat menoleh sebentar melihat rupa masjid kita sendiri, membuatkan kita tidak sedar rupa-rupanya ia amat indah.


Tidak banyak masjid di Malaysia yang binaannya terletak di atas air, Masjid As-Salam adalah salah satu daripada sebilangan masjid yang sedikit itu. Cuma jika pemandangan diambil pada waktu siang, ada sedikit kecacatan dibawah masjid yang banyak sampah terkumpul hasil dari mereka yang tidak ada kesedaran iman.

Mungkin keindahan tasik akan lebih terjaga jika Masjid As-Salam mengusahakan perkhidmatan riadah berdayung sampan sambil bersantai di sekeliling tasik tersebut dengan pelantar atau jetinya bermula dari masjid itu. Kutipan hasil dari perkhidmatan itu dapat menampung sedikit sebanyak aktiviti pembersihan kekotoran di bawah masjid.

Moga perjalanan aktiviti dakwah dan mengimarahkan masjid akan sentiasa indah seindah pemandangannya di subuh hari, Insyallah.
Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search