30 Manusia Paling Kaya Dalam Sejarah Dunia - No 26

Don Simón Iturri Patiño
26. Don Simon Iturbi Patino - USD81.2 Billion

Dilahirkan pada 1hb Jun 1862 di Santivanez, Cochabamba Department, Bolivia. Mengumpul kekayaannya hasil daripada penguasaan industri Timah di Bolivia.

Sejarah dirinya pada awal kehidupan mempunyai banyak versi yang berbeza, namun kisah kekayaannya merupakan satu kisah seperti angan-angan impian menjadi kenyataan

Ketika bertugas dengan sebuah syarikat Fricke y Compania sebagai pengurus hutang, dia telah menerima caga ganti sebidang tanah untuk hutang sebanyak $250 yang mana tanah itu adalah sebuah kawasan berbukit yang penuh batu.

Majikannya amat marah dengan kes itu kerana bagi mereka tanah itu lansung tiada nilai, lalu membuangnya kerja dan dia dikatakan terpaksa membayar semua hutang tersebut dengan duitnya sendiri. Seperti cerita dongeng yang selalu kita idamkan, tanah tersebut sebenarnya kaya dengan galian.


Dengan usaha yang kuat pada tahun 1900 dia menemui timah pada satu kawasan di tanah berbukit itu dan dalam tempoh 10 tahun dia menguasai semua kawasan perlombongan berdekatan dan akhirnya di seluruh Bolivia. Dia membesarkan empayarnya dengan membeli beberapa kepentingan dalam industri termasuklah di Englang dan juga di Jerman.

Pada tahun 1940 beliau menguasai industri timah antarabangsa dan menjadi salah seorang yang paling kaya di dunia dan digelar Raja Timah. Syarikat yang dikuasainya termasuk yang beroperasi di negara kita Malaysia melalui syarikat British yang bergabung dengan syarikat timah Bolivia.

Dia terkena serangan jantung dan akhirnya mati pada tahun 1947. Baca ceritanya di sini

Kenapa negara kita yang kaya dengan biji timah tetapi lansung tak ada mengeluarkan seorangpun usahawan yang berjaya?, kerana semua sumber kekayaan negara kita dikuasai oleh British. Habis mereka bolot semua yang ada dan kita miskin merempat di tanah sendiri tiada kebebasan. British hanya berurusan dengan raja-raja dan sultan yang menjual dan menyewa tanah melayu sesuka hati mereka.

No comments

Powered by Blogger.