Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

31 January 2011

Mohd Shubhi  /  31.1.11  /    /  No comments
Kita orang Islam semua faham yang mengumpat itu haram. Walaupun begitu, setiap masa kita kita terlanjur juga mengata kat orang apabila bersama dengan kawan.

Sepanjang hari mengumpatpun tak ada apa-apa yang berlaku. Maka tak hairanlah ia dah jadi amalan hidup kita yang sukar nak diubah.

Sebenarnya ada contoh untuk menunjukkan bahawa mengumpat itu teramat bahaya. Akibat sering mengumpat akhirnya kita boleh dibunuh.

Hari ini berita melaporkan 2 orang remaja di tembak mati oleh ibu mereka sendiri kerana bosan kedua-dua anaknya asyik mengumpat mengenai dirinya.


Anak lelakinya ditembak ketika berada di dalam kereta semasa menghantarnya ke latihan bola di sekolah. Setelah menembak anak lelakinya itu, dia pulang untuk menembak anak perempuannya pula di rumah. Ibu malang yang tertekan itu berumur 50 tahun dan merupakan isteri seorang tentera. Baca laporannya di sini.

Apa macam, ada percaya ka yang mengumpat itu bahaya?. Mengumpat terbukti bahaya terutamanya jika:

  1. Orang yang diumpat ada masalah tekanan jiwa.
  2. Orang yang diumpat tahu menggunakan senjata.
  3. Orang yang diumpat rapat dengan tentera/polis. Ada akses mudah dengan pistol.
  4. Orang yang diumpat sering terdengar anda sedang mengumpatnya.
  5. Terlalu kerap megnumpat orang yang sama saban waktu.
Yang paling afdal adalah hentikan terus mengumpat....

0 comments:

Post a Comment

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search