Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

25 January 2011

Mohd Shubhi  /  25.1.11  /  ,   /  No comments
Buku-buku tersebut dikatakan bertentangan dengan hukum hakam Islam dan tidak sesuai dijual di pasaran. Pengharaman dibuat setelah mendapat aduan daripada orang ramai yang telah membaca kedua buku itu.

Buku pertama bertajuk " Egyptian Alaa Al-Aswany's " Chicago" - Ia berkisar tentang orang mesir yang telah berhijrah ke Amerika dan di dalamnya menceritakan pasangan intim lelaki dan perempuan yang belum berkahwin. Ternyata beromen sebelum kahwin dalam Islam adalah sesuatu yang salah.


Buku kedua bertajuk " A Banquet for Seaweed". Tulisan seorang penulis dari Syria dan telah ditulis 18 tahun yang lalu. Di dalamnya terkadung ayat yang menyatakan bahawa Tuhan adalah 'artis yang gagal' dan buku itu juga menuduh nabi Muhammad seorang kaki perempuan (Nauzubillah).

Pasaran buku di negara kita semenjak dua menjak ini menjadi-jadi dan saya kurang pasti adakah kita benar-benar menapisnya. Jika buku seperti tajuk yang pertama di atas di haramkan, pasti beribu-ribu naskah buku serta novel yang terjual di pasaran negara kita akan terpaksa di tarik balik.

Buku yang mencaci serta menghina Tuhan atau Nabi setakat ini alhamdulillah masih terkawal hasil daripada kepekaan masyarakat dan juga jabatan agama yang sensitif dengan isu akidah.

0 comments:

Post a Comment

Back to Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search