Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

28 January 2011

Mohd Shubhi  /  28.1.11  /    /  No comments
Mereka kini boleh tinggal lebih lama di negara kita dengan
adanya perkhidmatan 'suami sewaan'.
Jabatan Imigrasi mengenal pasti satu perniagaan baru dalam kategori "industri perkhidmatan" sedang mendapat tempat di kalangan mereka yang berumur dalam lingkungan pertengahan, berpendapatan rendah dan mestilah seorang lelaki.

Pelanggan mereka adalah perempuan asing dari negara luar yang datang mencari makan dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral seperti menjadi GRO, pelacur dan lain-lain.

Dalam beberapa serbua yang dijalankan oleh pihak berkuasa, perempuan asing terutamanya daripada negara China dan juga vietnam akan melepaskan diri mereka dengan mengeluarkan sijil perkahwinan. Apabila suami mereka dipanggil oleh pihak berkuasa, suami mereka akan muncul dan mereka didapati dari kalangan penoreh getah dan juga nelayan.


Saya tak pasti samada ada kaum melayu yang terlibat dalam industri penyewaan diri sebagai suami atau tidak setakat ini. Ini merupakan satu lagi gejala baru masyarakat yang sanggup berbuat apa sahaja asalkan mendapat ganjaran. Institusi kekeluargaan telah menjadi perkara mainan dan diperniagaan zaman kini.

Tertanya-tanya jugak saya samada mereka dapat tidur bersama dengan perempuan yang telah menyewa mereka sebagai suami. Kalau ada, satu generasi zuriat baru akan muncul dalam masyarakat kita yang dalam surat beranak mereka akan dinyatakan waris mereka sebagai 'ayah sewaan'.

Kemana agaknya arah masyarakat kita....? Baca laporannya di sini.

0 comments:

Post a Comment

Back to Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search