Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

18 February 2011

Mohd Shubhi  /  18.2.11  /    /  No comments
WHO dedahkan arak merupakan penyebab 4% daripada kematian seluruh dunia. Ia lebih tinggi daripada AIDS,  Batuk kering dan juga keganasan.

Minum arak adalah punca kepada lebih daripada 60 jenis penyakit yang merbahaya. Peningkatan pendapatan rakyat menjadi punca kepada penggunaan arak yang semakin tinggi dari tahun ke tahun terutamanya di Asia dan juga Afrika.

Laporan dari WHO mengenai kematian penduduk dunia menyatakan seramai 2.5 juta orang mati berpunca dari alkohol. Mereka berumur di antara 15 hingga 59 tahun.


Fakta demi fakta diberikan oleh WHO membuktikan betapa bahayanya minum arak, tapi manusia masih tidak mahu melepaskannya. Negara kita masih sayangkan pendapatan yang dijana daripada jualan arak daripada sayang kepada rakyat yang kojol sia-sia.

Ini juga berlawanan dengan prinsip kerajaan kita sekarang dengan moto "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan", nampaknya dalam kes ini "rakyat tidak didahulukan, keuntungan diutamakan". Biar ramai rakyat yang rosak dan mampus asalkan negara dapat menjana wang dari cukai arak.

CAP, pertubuhan pengguna Pulau Pinang yang amat aktif juga telah sekian lama mendesak kerajaan berbuat sesuatu dengan amsalah ketagihan arak di negara kita. Ada sekali dulu sebuah syarikat arak dilihat menjalankan kerja-kerja masyarakat di sekolah-sekolah tamil dengan memberikan berbagai bantuan. Ini sebenarnya hanya memberikan mesej yang salah kepada pelajar-pelajar tamil tersebut. Janganlah tambahkan lagi jumlah orang India yang ketagihan arak di negara kita.

0 comments:

Post a Comment

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search