Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

26 February 2011

Mohd Shubhi  /  26.2.11  /  ,   /  No comments
Pemandangan surau di Tingkat 3 Hotel De Palma
Solat jumaat di masjid semua orang dah tahu. Solat jumaat di surau juga ramai yang dah tahu, di mana surau-surau sebegitu kita namakan surau Jumaat. Saya rasa surau jumaat ini tak ujud di negeri lain selain Selangor dan KL.

Surau jumaat ini unik di sekitar Selangor dan KL yang mempunyai penduduk yang amat padat. Masjid yang banyak bertaburan serata tempat di seluruh lembah klang ini nampaknya tidak dapat menampung jumlah umat islam yang ramai mencari nafkah hidup di pusat-pusat bandar besar.


Ada satu lagi yang lebih unik di KL yang tidak ada di mana-mana lagi, Hotel Jumaat !. Ini merupakan pertama kali saya dengar sumur hidup saya Hotel menyediakan kemudahan solat jumaat pada setiap hari jumaat. Saya rasa ia adalah unik seumpamanya bukan sahaja di malaysia, malah di dunia.

Jika anda berada di sekitar Ampang dan mahu menunaikan solat jumaat, anda boleh pergi ke Hotel De Palma yang terletak bersebelahan Jalan Ampang berhampiran Ampang Point.

Saya difahamkan terdapat sekitar 1,500 orang yang datang berjemaah solat jumaat di hotel tersebut pada setiap hari jumaat dan ia diluluskan oleh JAIS. Kutipan derma setiap solat jumaat sekarang berjumlah sekitar RM90,000 dan ia digunakan bagi aktiviti dakwah yang dianjurkan oleh pihak hotel.

Solat diadakan di surau hotel tersebut di tingkat 3 dan jemaah memenuhi segenap ruang sehingga ke luar kawasan kolam mandi hotel

0 comments:

Post a Comment

Back to Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search