Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

20 February 2011

Mohd Shubhi  /  20.2.11  /  ,   /  No comments
Purata pengambilan arak dunia adalah sebanyak 6.1 liter setahun menurut data daripada WHO. Negara yang rakyatnya minum arak paling tinggi di dunia adalah negara Moldova. Mereka minum 18.22 liter sehari untuk bagi setiap rakyatnya, tiga kali ganda lebih tinggi daripada jumlah purata rakyat dunia.

Moldova merupakan sebuah negara yang terbentuk hasil daripada kejatuhan Republik Soviet Union pada tahun 1991. Ia terletak di antara Ukraine dan Romania dan punyai jumlah penduduk seramai 3.6 juta orang. Majoriti rakyatnya beragama Kristian.


Laporan terbaru dari WHO menunjukkan sebanyak 6.2% daripada jumlah kematian penduduk lelaki dunia adalah berpunca daripada minum arak, manakala hanya 1.1% daripada kematian penduduk dunia perempuan mati akibat dari penggunaan arak.

Senarai negara peminum arak lain dunia yang tinggi adalah;

  1. Republik Chez - 16.45 litre
  2. Hungary - 16.27 litre
  3. Rusia - 15.76 litre
  4. Ukraine - 15.6 litre
  5. Estonia - 15.57 litre
  6. Andorra - 15.48 litre
  7. Romania - 15.3 litre
  8. Slovenia - 15.19 litre
  9. Belarus - 15.13 litre
  10. Britain - 13.37 litre
WHO setiap tahun mengeluarkan data-data tentang bahaya nya minuman arak ini tetapi jumlah ketagihan arak makin meningkat tahun demi tahun. Nampaknya tiada sesiapa yang perduli dengan segala data tersebut kerana dikelabui oleh keuntungan berganda-ganda dari industri pembuatan arak.

Ini termasuklah negara kita yang ada 2 kilang besar buat arak. Alasannya adalah kita tak boleh halang orang bukan Islam dari minum arak. Memang kita tak boleh halang orang minum arak, tapi kita boleh tidak izinkan orang buta arak di negara kita.

0 comments:

Post a Comment

Back to Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search