Jom kongsi pendapat anda !

19 February 2011

Petua Hilangkan Calar Pada Cermin Jam


Pemberian kawan sejak zaman bujang dulu
Hampir semua orang ada jam. Kalau bukan jam tangan, tentu ada jam pada telefon bimbit. Sekarang ini kita sudah jarang dengar orang bertanya, "pukul berapa sekarang encik?".

Kalau masa dulu-dulu dalam satu hari sudah tentu sekurang-kurangnya ada sekali orang akan bertanyakan waktu pada mereka yang memakai jam tangan.

Sebelum kemunculan quartz, pereka cipta jam menggunakan seni mekanikal halus untuk membuat jam, maka tidak hairanlah harganya agak mahal pada waktu itu.


Saya meminati jam sejak dari sekolah rendah lagi. Setiap kali balik Sekolah Stowell di Bukit Mertajam, saya terpaksa berjalan kaki merentasi pekan untuk ke perhentian bas balik ke Penanti.

Biasanya saya akan singgah di pertengahan jalan di Pasaraya Bukit mertajam untuk menyejukkan badan di bangunan yang berhawa dingin itu. Sambil itu saya akan leka sehingga 20 ke 30 minit melihat jam-jam yang dipamerkan di dalam almari kaca. Meleleh air liur saya melihat keindahan jam-jam yang ada di situ.

Saya kagum dengan keindahan jam yang berkilat, warna tanah yang berbagai dan perjalanan jarum halus yang lancar tidak berhenti. Ia sesuatu yang amat seni, indah dan penuh dengan ketelitian. Bayangkan pergerakan enjin yang seni dan halus di dalam bekas besi jam dan bagaimana pembuat jam melakukannya.

Begitulah hampir setiap hari saya tak akan lepas peluang pergi melihatnya. kalau amoi yang jaga itu baik dia akan ambil salah satu jam yang saya berkenan dan kenakan pada tangan saya sekejap walaupun dia tahu saya tak akan beli. Saya tersenyum lebar, puas dan berazam akan milikinya bila besar nanti.

Sehingga sekarang minat pada jam tak pernah luput dari diri saya. kalau pergi ke kompleks beli belah, kedai jam adalah salah satu tempat kegemaran saya. Saya akan leka melihat satu demi satu jam terutamanya yang mahal-mahal dari jenis automatik atau mekanik. Sekarangpun saya masih tak mampu beli kerana harganya mencecah puluhan ribu.

Walaupun saya minat jam, peliknya saya tak pernah beli jam. Rezki saya murah kerana dari dulu sampai sekarang saya hanya memakai jam yang dihadiahkan orang kepada saya. Cukuplah jam-jam yang saya minat disimpan oleh tauke-tauke jam di kedainya.

Jam yang lama dipakai sudah tentu tidak akan lepas dari tercalar apabila bergeser dengan benda keras. Ini akan meninggalkan kesan halus yang dapat menghapuskan keindahan jam yang kita pakai. Jika sebula satu calar kecil, lama-lama akan ada berpuluh-puluh calar pada jam kita.

Jika anda ada jam yang anda sayang tetapi ada kesan calar yang banyak pada jam-jam tersebut, jangan risau. Anda boleh memulihkannya seperti baru bersinar-sinar dengan menggunaka ubat gigi. Calitkan sedikit ubat gigi pada jari anda dan gogok pada permukaan cermin yang bercalar itu.

Jika ada banyak, buat lah sekerap mingkin sehingga kesan calarnya hilang. Anda boleh cuba sekarang jika ada jam anda yang calar. Selamat mencuba.

10 comments:

  1. owh..info..baru tahu...hahha
    kamsahamnida..
    terima kasih..

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Terima kasih, insya Allah saya akan amalkan.

    ReplyDelete
  3. cermin mata pun boleh gak kan..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada maklumat pula, perlu tahu skrin tu dari plastik atau dari kaca...cubalah guna teknik yg sama, kalau-kalau berkesan...jangan lupa update tq

      Delete
    2. screen plastik sya dh cba macam2 cra tpi x berjya jga..

      Delete
    3. Kena tukar yang baru lah nampaknya...insyaallah berkilat tanpa calar lagi

      Delete
  5. macam mna nk hilangkan calar pda screen telefon

    ReplyDelete

Contact Form

Name

Email *

Message *

Follow by Email