Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

26 February 2011

Mohd Shubhi  /  26.2.11  /  ,   /  2 comments
Ban Busuk yang memisahkan Kubang Semang dan
Penanti di waktu pagi. Keheningan waktu pagi
 juga adalah ayat-ayat Allah yang mengajak
manusia berfikir.
Kita dah banyak dengar isu hangat apabila orang bukan Islam komplen masjid yang pasang bacaan Quran melalui pembesar suaranya sehingga terdengar ke seluruh taman kadang kala hingga terdengar sayup ke taman-taman jiran berhampiran.

Biasanya isu sebegini akan meletup dan dipolitikkan oleh pihak yang pandai mengambil kesempatan sehingga kita tak tahu masalah sebenarnya dan kita lupa mengkaji apa yang disyorkan oleh agama dan apa yang tidak berkenaan membaca Al-Quran dan juga mendengar bacaan Al-Quran daripada mesin.

Kalau di bandar mungkin lebih baik mendengar bacaan quran daripada mendengar deruman kenderaan lori, motosikal, kereta dan sebagainya. Tetapi bagaimana pula di kampung?.

Saya balik kampung baru-baru ini sebentar untuk setelah mendapat berita kematian ibu saudara. Mayat selamat diselenggarakan pada petang harinya dan selesai pada waktu magrib. Keletihan malam itu saya bermalam di rumah ibu sebelum pulang keesokan harinya.


Terjaga sebelum subuh dikejutkan oleh bacaan Quran yang kuat yang saya sangkakan dari corong siaraya masjid. Jadi saya pejamkan mata kembali sementara menunggu azan dilaungkan. Tunggu punya tunggu akhirnya ibu kejutkan saya, "bangun lekas !, dah lama dah waktu subuh masuk, solat !", kejut ibu.

Saya terus bangun dan bunyi bacaan Quran kuat masih lagi kedengaran menutup semua bunyi lain di kampung. Saya tak fikir panjang terus ke bilik air untuk berwuduk kemudian terus solat subuh.

Selesai solat, saya tanya ibu, "bila waktu orang azan, asyik pasang bacaan quran sampai tak azan ka?".

"Itu bunyi bacaan datang dari sekolah, bukannya masjid, nak kena komplen kat sekolah ni, sampai apa pun tak dengar dari sebelum subuh sampai habis subuh", jawab ibu.

Terkejut juga saya dan hairan kenapa sekolah pasang bacaan quran setiap pagi pada corong siarayanya kuat seluruh kampung, apa matlamatnya. Kalau kat bandar ni dah lama orang komplen, jadi isu besar pulak lagi. Kenapa kat kampung tak ada orang yang tegur, adakah salah kalau menegur agar sekolah hentikan perbuatan yang saya rasa tak sesuai itu.

Memang bagus mendengar bacaan ayat-ayat Allah, malah perkara yang terbagus sekali bagi mereka yang faham maknanya dan mahu berfikir. Tapi bukankah bunyi kicauan burung dipagi hari juga merupakan ayat-ayat Allah, bunyi kokokan ayam juga ayat Allah, malah bunyi hening, sunyi sepi sehingga menambahkan kedinginan di pagi hari juga adalah ayat-ayat Allah.

Malah ayat-ayat Allah tersebut amat bermakna, besar kesannya bagi yang mahu berfikir dan merenungkannya daripada mendengar bacaan Quran dari mesin yang kuat tanpa sepatah ayatpun di mengertikan oleh orang kampung. Dan jika manusia membaca Al-Quran,dia akan dapati anjuran untuk melihat semua ayat-ayat Allah tersebut dan bertafakur memikirkan kebesaran Penciptanya.

Harap cikgu yang bertanggungjawab membaca tulisan ini dan menghentikan kerja pasang kuat-kuat seluruh kampung di waktu pagi. kalau dia minat mendengar bacaan dari Imam Masjidil Haram itu, dengarlah sendiri melalui radio kat sekolahnya.

Ataupun kalau dia takutkan hantu kacau orang kat sekolah tersebut, pasanglah sekadar kawasan sekolah saja, bukan sampai keliling kampung, biarlah hantu-hantu kampung berehat kat hutan serta semak kampung dan jangan kacau mereka, memang itu tempat mereka.

2 comments:

  1. As'salam sahabat,

    Orang Melayu kat Malaya ini spesis yang pelik. Buat kerja yang dianggap satu jihad yang besar. Cikgu sekolah yang diceritakan oleh sahabat mungkin berniat baik. Tetapi tak terfikirkah dia bahawa pada zaman Rasulullah S.A.W dan pada zaman 4 sahabat menjadi khalifah tak pernah dibuat kerja membaca Al-Qur'an secara kuat hingga menganggu jiran tetanggga.

    Di setengah masjid pun ada dilakukan pembacaan seperti itu tetapi sebelum waktu subuh. Ini pun tidak ada dalil Naqli.Baik Al-Qur'an dan As-Sunnah.

    Teringat kenangan sewaktu muda dulu dimana saya mendengar seorang Imam yang juga merupakan Tuan Guru bermazhab Shafie telah menegur seorang muazim kerana sebelum melaungkan azan beliau telah berselawat di hadapan microphone dan kemudian melaungkan azan. Imam Masjid itu dalam tegurannya menyatakan tidak ada nas yang menyuruh supaya dibacakan selawat sebelum azan.

    Peristiwa itu berlaku hampir 35 tahun yang dulu.

    Masalah umat Melayu yang beragama Islam di negara kita ialah mengamalkan ajaran Islam secara ikut-ikutan. Akibatnya yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul ditinggalkan, yang tak diperintah oleh Allah dilakukan konon dalam beribadah.

    Terima kasih kerana sahabat telah menulis isu berkaitan dengan cara berfikir umat melayu beragama Islam, agar umat ini dapat disedarkan.

    Terima kasih dan wassalam.

    Cucu Cicit Bani Adam

    ReplyDelete
  2. Cucu cicit bani adam,
    Terima kasih atas komen anda.

    ReplyDelete

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search