Jom kongsi pendapat anda.
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

20 April 2011

Mohd Shubhi  /  20.4.11  /  ,   /  4 comments
Tak hulur duit pergi kenduripun tak apa
Pernahkan anda bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan seharian. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. 

Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?


Jangan lupa derma ketika ziarah mayat
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan, malu-malu kucing kononnya malu dan beradab, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. Perangai tinggal makanan tak habis dah jadi budaya orang kita.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? (Ini mesti ada tujuan lain!!!).

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak memperhambakan diri padaNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah, kain hamis berbau. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

4 comments:

  1. "1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka."

    Saya belajar dari seorg ust bila seseorg itu meninggal dlm masa 7 hari kita hadiahkan 1) Bacaan alquran 30 juzuk. 2) Surah Ikhlas 70ribu x. 3) La ila haillallah 70ribu x.

    3 perkara tersebut sebaik2nya dihadiahkan oleh anak kpd arwah kerana doa yg sampai & boleh menolong arwah adalah doa anak yg soleh.

    Caranya boleh dikongsi bersama ahli keluarga. Upah kpd org yg alim lagi berilmu pun boleh.

    Biasanya keluarga arwah akan berbuat apa saja terutama menjamu org yg dtg berziarah siang & malam kerana meraka menghadiahkan kpd arwah dgn tahlil doa & bacaan yassin bagi memastikan arwah tenang di alam sana.

    Tidak pernah berlaku org paksa keluarga simati menyediakn juadah.

    Kalu dikg2 masih lagi berlaku dimana bila berlaku kematian maka automatis org2 kg dtg menghadiahkan bacaan tahlil yassin & berdoa utk kesejahteraan arwah & yg hidup. doa meliputi yg hdup & yg mati muslimin & muslimat. Biasanya mereka akan pastikan jamaah yg bertahlil sebaik2nya 40 org.

    Memang tidak di wajibkan kirim arwah. Tetapi doa anak yg soleh akan sampai kpd arwah. Kaedah mcmana itu terpulang kpd kudrat & keupayaan seseorg.

    Amalan ini bukan satu amalan yg terbalik menyonsang. Tetapi perlu diperhalusi asal usulnya.

    Menjamu tetamu yg dtg bertahlil itu sendiri satu kebaikan seorg anak yg akan sampai juga kpd arwah.

    Apa yg terbaliknya amalan ini? Nabi mmang tak suruh. Tapi kaedah perlaksanaan adalah puncanya berasal dari doa anak yg soleh yg dpt menolong arwah dlm kubur.

    Tafsiran terbaliknya amalan ini adalah tafsiran org yg berfikiran sempit.

    ReplyDelete
  2. Anon,
    Hormati pendapat tuan. Moga tuan termasuk dalam lingkungan anak yg soleh yg sering berdoa utk orang tuanya.

    Bagai mana tak terbalik apabila Rasul anjurkan jiran buat kenduri, sebaliknya tuan rumah pula yg buat.

    Kita tak ada lansung bahaskan tentang hukum, hanya antara ajuran dan amalan.

    Tak perlulah menghukum saya berfikiran sempit. Walau bagaimanapun terima kasih atas komen. lebih elok jika tulis nama. senang nak berkomunikasi

    ReplyDelete
  3. Ampun bro....

    Tak niat pun nak kata bro "wartaShubhi" berfikiran sempit.

    Maaf kalau terrrrsinggung. Saya pung merangkak2 lagi cari ilmu. Cuba menyampaikan apa yg pernah ust ajar.

    Tknang masa kecik2 kat kg dulu. Selalu ikut mak rewang tolong jiran yg ditimpa musibah... Kenduri kendara. Kematian. Apa lagi bila mak meninggal. Kagom ngan arwah mak yg tak lokek tenaga & $ dgn jiran tetangga. Mak tak kerja. Duk umah 110% srumah spenuhmasa. Tapi ada je dia selitkan $. Tah mana2 dtg tah $.

    Bila sendiri dah berderet anak mak lagi la tak lokek ngan saya. Bila balik lpas ziarah mah "nah ni kang tambah2 belanja cu2 aku" Busuk2 RM700. Aduh malunya. Tapi mak selit jugek kat kocek. "Amik nanti aku mati nak buat apa $ ni".

    Mak ooo mak nape mak pegi dulu... Gaji mcm tak cukup je mak...
    Mmang saya kurang asam.

    Jangan marah ek.

    Org Jb bro...

    ReplyDelete

Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search