Jom kongsi pendapat anda !

23 May 2011

Bandar Paling Banyak Kereta Elektrik Di Dunia

Kereta yang menggunakan kuasa eletrik memang mahal daripada biasa. Tapi ia hanyalah pelaburan awal yang menguntungkan kerana kos penggunaan kereta letrik jauh lebih murah daripada kereta yang menggunakan petrol.

Disamping menjimatkan penggunaan tenaga, kereta eletrik juga mesra alam sekitar yang mana pelepasan gas karbon dioksida dapat dapat dikurangkan jika lebih banyak kereta menggunakan tenaga eletrik.

Oslo merupakan sebuah bandar yang jumlah pengguna kereta eletrik di sana adalah paling tinggi di dunia. Lebih daripada 4,000 unit kereta eletrik berlegar-legar di sepanjang bandar tersebut. Ini merupakan satu langkah nekad Norway bagi mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida sebanyak 30% menjelang 2020.

Berbagai insentif diberikan pada mereka yang menggunakan kenderaan eletrik. Antaranya adalah parking percuma di semua kawasan tempat kereta majlis perbandaran. Kereta eletrik juga boleh menggunakan semua jalan khas untuk kenderaan awam seperti bas atau teksi.

Baca laporannya di sini.

0 comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Follow by Email