Jom kongsi pendapat anda.
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

29 July 2011

Mohd Shubhi  /  29.7.11  /  ,   /  2 comments
Sheikh Saleh Al-Fawzan
Islam tidak menghalang seorang wanita untuk dikahwinkan oleh ibubapanya walaupun budak perempuan itu masih lagi di buaian. Demikian kenyataan Sheikh Saleh Al-Fawzan, salah seorang ulama berpengaruh di Arab Saudi.

Ini bagi menentang usaha kerajaan yang mahu meletakkan larangan kepada perkahwinan kanak-kanak di bawah umur yang berleluasa di sana. Usaha tersebut dilihat oleh Sheikh Saleh Al-Fawzan sebagai satu cubaan mengharamkan sesuatu yang tidak diharamkan oleh Allah.

Bagi Ulama itu, seorang kanak-kanak boleh sahaja dikahwinkan oleh ibubapanya walaupun ia masih kecil dan perkahwinan tersebut sah sebagaimana yang telah dibuat oleh Rasul ketika mengahwini A'aisyah yang baru berumur 6 tahun.

Namun perhubungan seks hanya boleh dilakukan apabila perempuan atau kanak-kanak tersebut telah bersedia samada secara fizikal ataupun mental. Ini bersesuaian dengan amalan Rasulullah yang meniduri A'aisyah setelah umurnya mengjangkau 9 tahun.

Rata-rata umat Islam di seluruh dunia kini terpaksa tunduk dengan pergerakan hak asasi manusia dan wanita yang telah berkaya tanam doktrin bahawa berkahwin dengan kanak-kanak bawha umur adalah perlakuan rogol. Begitulah kenyataan Mohammed Al-Qahtani, pemimpin pertubuhan hak asasi manusia yang berpusat di Riyadh. Beliau menentang aktiviti kahwin awal di Arab saudi kerana baginya itu bukan kahwin tetapi sebaliknya adalah aktiviti rogol kanak-kanak.

Sebenarnya kita berada di dalam dilema dengan kes seperti ini. Negara kita juga telah mula mengikuti rentak pentafsiran barat dalam kes wanita kahwin awal. Jika kita menerimanya bermakna kita secara tidak lansung mengakui penafsiran mereka bahawa membenarkan perkahwinan wanita bawah umur adalah sama dengan membiarkan mereka dirogol.

Dalam masa yang sama ramai umat Islam termasuklah mereka yang menentang kanak-kanak kahwin awal akan naik minyak apabila terdapat golongan barat atau yahudi atau nasrani yang membuat kenyataan bahawa Nabi Muhammad adalah seorang perogol kanak-kanak. Kenyataan seperti itu sering kita dengar berlaku di negara barat melaui laman sosial mereka seperti twitter dan juga FB.

Kita sebenarnya tidak perlu terkejut dengan kenyataan mereka kerana itulah definasi mereka terhadap mereka yang membenarkan kanak-kanak bawah umur berkahwin. Dan ramai dari kalangan umat Islam sendiri yang tidak bersetuju dengan perkahwinan kanak-kanak bawah umur dan mahu menguat kuasaknnya.

Nampaknya walupun kita tidak sedar dan tidak menyebut apa yang dikatakan oleh pihak barat, kita sebenarnya telah menurut dari segi perbuatan mereka.

Tidak bolehkah kita mencari penyelesaian lain tanpa mengharamkan perbuatan tersebut dari segi undang-undang agar tidak kelihatan bahawa kita mengakui difinasi barat terhadap urusan perkahwinan ini. Kalau nak turutkan definasi barat, lelaki sama lelakipun mereka benarkan, perempuan sesama perempuanpun mereka benarkan, takkanlah itupun kita nak turut?

2 comments:

  1. betulkah Nabi kita mengahwini Aisyah semasa umurnya 9 tahun..? boleh jelaskan lagi dengan lebih mendalam...
    dari : org yg baru mengenal Islam..

    ReplyDelete
  2. Salam.

    terdapat perbezaan pendapat mengenai umur aishah. sebagaimana yang diutarakan oleh penulis artikel ini.
    ada beberapa hujah meragui umur Saidatina Aishah berumur 6 tahun ketika dinikahkan kepada Rasulullah saw.

    link as below

    http://aobm.org.uk/main/?page_id=724

    ReplyDelete

Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search