Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

09 August 2011

Mohd Shubhi  /  9.8.11  /  , , , ,   /  2 comments



Mahnaz food
Kita dianjurkan berbuka puasa dengan Kurma sebagai amalan sunnah. Walau apapun hidangan yang kita ada elok jika berbuka dengan kurma terlebih dahulu.

Namun semua tahu harga kurma bukanlah murah sangat terutamanya kurma yang berkualiti. Kalau kurma hancur lenyek yang dijadikan makanan kuda mungkin harganya murah. Itulah kurma yang saya dan keluarga makan masa kecik-kecik dulu. Kita beli dari kedai Pat Janggut kat pekan Penanti.


Kurma terlenyek ini biasanya diletakkan dalam guni kain dan diceduk untuk dijual secara kilo. Walaupun rasanya maca gula merah, tapi sempena nak ambil berkat sunat, emak akan beli juga setiap kali menjelangnya ramadan. Dia akan membasuhnya dulu dengan air panas agar kurma tersebut kembang sedikit sebelum di letakkan dalam piring bagi berbuka.

Tapi kini berbagai jenis kurma telah berada di pasaran di negara kita dan kita boleh membelinya sepanjang tahun walaupun bukan bulan puasa. Di pasaraya juga terdapat banyak jenis kurma yang dijual. Begitu juga di hari jumaat di perkarangan masjid yang ada kemah jualan.

Jika anda tinggal di kawasan Selangor dan mahukan kurma yang murah dan berkualiti, anda boleh mendapatkannya di Shah Alam seksyen 26 berdekatan dengan Kilang Proton. Ia di usahakan oleh warga Iran dan dijual dengan harga lebih murah daripada semua tempat lain.

Ramai para peniaga kurma dibazar ramadan mengambil bekalan daripada kedai ini. Jika di tempat lain anda terpaksa membeli dengan banyak untuk mendapatkan harga borong, di sini anda boleh membelinya untuk kegunaan sendir juga dengan harga borong yang murah 20% daripada harga biasa.

Selain daripada kurma ada segala macam jenis makanan arab yang boleh anda dapatkannya di sini. Bahkah roti Lubnan yang macam capati juga ada dijual. Kalau anda berminat nak jual kurma dan segala makanan arab juga boleh dapatkan bekalannya di sini.



2 comments:

  1. Salam, boleh beritahu nama kedai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar atas sekali...Mahnaz Food. Kalau datang dari proton, selepas ,melintas simpang empat di bawah HW Kesas terus sehingga berjumpa trafik light belok kanan. Terus sehingga jumpa trafik light dan belok kanan sekali lagi dan tengok sebelah kiri anda...nampak kedainya...

      Delete

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search